"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 February 2010

Relaktasi

Satu Keadaan di mana ibu mahu menyusukan anaknya kembali setelah ia berhenti, situasi dimana:-
  1. Bayi yang sakit dan tidak menyusu beberapa ketika
  2. Bayi yang menyusu botol dan ibu ingin menyusu badan
  3. Bayi yang sakit dan tidak membesar dengan baik ketika menyusu botol
  4. Ibu/bayi yang sakit
  5. Menyusukan anak angkat
Proses relaktasi mengambil masa yang lama. Ibu mestilah berkemahuan, bermotivasi untuk menyusu bayi mereka


Masa Relaktasi

Penghasilan susu ibu berbeza di antara satu ibu dengan ibu yang lain. Ibu-ibu yang bermotivasi dan bayi yang kerap menghisap akan menghasilkan susu yang lebih.

Susu ibu boleh dihasilkan semula dalam jangkamasa 1 - 2 minggu atau lebih jika bayi sudah berhenti menyusu
  • Relaktasi boleh dilakukan kepada semua bayi tetapi mengambil masa yang panjang, ibu-ibu perlu mempunyai kesabaran dan keazaman yang kuat.
  • Ia lebih mudah bagi bayi yang baru berhenti menyusu berbanding dengan yang sudah lama berhenti
  • Ibu-ibu yang sudah lama berhenti menyusukan bayinya boleh menghasilkan susunya semula

No comments:

Post a Comment