"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 February 2010

Fibroid Dan Kehamilan

FIBROID atau dalam istilah perubatannya myoma, leioyoma atau leiomyotoma merupakan antara penyakit puan yang sering disalahertikan dengan pelbagai gambaran negatif.


Fibroid yang merupakan ketumbuhan dalam rahim bukan jenis kanser dianggap sebagai satu masalah kesihatan yang digeruni oleh sebahagian besar wanita.


Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Noraihan Nordin berkata, ketumbuhan yang kerap ditemui dalam sistem reproduktif wanita ini hampir sebahagian besarnya tidak berbahaya.


Menurut beliau, risiko fibroid berubah menjadi kanser juga begitu kecil iaitu kurang daripada 0.13 peratus.


Bagaimanapun, ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya ia menyebabkan pendarahan yang banyak.


“Pendarahan tanpa henti mengakibatkan individu terbabit mengalami kekurangan darah (anemia) jika mereka tidak mendapatkan rawatan doktor. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh memudaratkan,” katanya.


Fibroid yang berasal daripada otot rahim dan tisu fibrous biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur 30 tahun ke atas.


Dianggarkan 20 hingga 25 peratus kes fibroid ditemui di kalangan wanita yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Namun, ini tidak bermakna wanita yang berumur kurang daripada lingkungan tersebut bebas daripada fibroid.


“Segelintir wanita muda juga menghadapi masalah fibroid, malah terdapat kemungkinan ia dikaitkan dengan faktor genetik,” katanya.


Fibroid biasa berlaku sama ada pada rahim atau pangkal rahim dengan saiz yang berbeza-beza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.


Ia boleh terbentuk sama ada seketul atau berketul-ketul dengan saiznya daripada sekecil buah mata kucing dan boleh membesar sehingga saiz buah tembikai.


“Sesetengah fibroid yang bersaiz kecil akan kekal dengan keadaan tersebut, manakala sebahagiannya boleh membesar secara perlahan-lahan,” katanya.


Kajian mendapati wanita kulit hitam mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap fibroid berbanding wanita kulit putih.


Menurut Dr. Noraihan, fibroid juga boleh berlaku di kalangan wanita hamil.

Seiring dengan tempoh kehamilan, saiz fibroid akan mengalami degenerasi dan ada kalanya menimbulkan masalah kepada ibu.


Pembesaran saiz ini ada kaitan dengan hormon dan pengaliran darah ke rahim.

Namun, dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh tubuh semasa hamil dan ditambah tumbesaran fibroid ia mungkin menimbulkan rasa tidak selesa, sakit atau tekanan.

Bagaimanapun, wanita yang pernah mengalami fibroid semasa hamil boleh melalui proses kehamilan pada masa akan datang.


“Seperti wanita lain, mereka yang mempunyai fibroid juga boleh melahirkan bayi yang sihat dan tidak menghadapi masalah,” ujarnya.


Walaupun begitu, terdapat komplikasi yang boleh berlaku semasa kehamilan.


Sehubungan itu, wanita yang menghadapi masalah fibroid dinasihatkan supaya tidak bimbang atau malu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


Pesakit boleh berbincang dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai berhubung komplikasi dan kesannya dalam jangka masa panjang.


Individu Berisiko


* Wanita yang berumur lebih 30 tahun


* Wanita yang tiada anak atau tidak mempunyai ramai anak.


Punca Fibroid

Sehingga kini, punca sebenar fibroid tidak diketahui. Namun, terdapat kemungkinan ia berkait dengan hormon estrogen yang dihasilkan oleh tubuh setelah seseorang wanita mengalami haid.


Gejala

Fibroid biasanya tidak menunjukkan gejala terutama jika ia bersaiz kecil. Bagaimanapun, jika ia berada di dinding dalam rahim, ia boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu.


Pun begitu, ada kalanya ia dapat dikesan jika wanita terbabit menyedari adanya:

* Masalah haid seperti:


- Perubahan pada pusingan haid


- Pendarahan yang lebih banyak daripada biasa


- Tempoh haid yang lebih panjang


* Anemia


* Sakit pada perut


* Gejala tekanan pada pundi kencing yang mengakibatkan:


- Sukar membuang air kecil


- Kerap membuang air kecil


- Masalah sembelit atau buasir


- Bengkak kaki


* Masalah semasa hamil


* Kurang kesuburan


Rawatan

Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberi rawatan konservatif iaitu ubat untuk mengecutkan fibroid dan ubat tahan sakit.


Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang boleh membahayakan nyawa wanita terbabit.


Bagaimanapun, ubat-ubatan yang berfungsi untuk mengecutkan fibroid ini hanyalah untuk sementara.


Sekiranya pengambilan ubat itu dihentikan, fibroid akan membesar semula.

Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas kehamilan sekiranya fibroid tersebut berbahaya kalau tidak dibuang.


Fibroid Dan Ketidaksuburan


Masalah fibroid dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah ketidaksuburan, namun ia bukanlah faktor utama yang menyebabkan ketidaksuburan.


Ini kerana fibroid mempunyai kaitan dengan endometriosis iaitu masalah kurang kesuburan.

Komplikasi Fibroid Semasa Hamil


* Keguguran. Fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran semasa hamil sekiranya janin tersebut melekat pada fibroid


* Kelahiran songsang


* Rasa sakit akibat degenerasi sel-sel fibroid (fibroid mati)


* Rahim kelihatan lebih besar daripada biasa


* Pembedahan caesarean


Sekiranya fibroid yang besar tumbuh di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang proses kelahiran secara normal. Sehubungan itu, pembedahan caesarean diperlukan.


Malah, sekiranya terdapat lebih daripada satu ketumbuhan fibroid dalam rahim, doktor juga perlu berhati-hati semasa melakukan pembedahan membantu kelahiran bayi.

Pembedahan mungkin agak sukar jika fibroid tumbuh pada bahagian bawah rahim.

Selepas bersalin, risiko pendarahan adalah tinggi (post partum haemorrhage).

Komplikasi Fibroid


* Pendarahan


* Sakit


* Gejala tekanan


* Rasa sakit semasa hamil


* Sakit semasa menopaus


* Kurang kesuburan


Rawatan Fibroid Untuk Wanita Tidak Hamil


* Ubat-ubatan


* Pembedahan. Sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan mengambil kira faktor usia dan gejala yang dialami. Terdapat dua kaedah pembedahan yang dilakukan iaitu:


- Pembuangan fibroid sahaja (Myomectomy). Kaedah memotong dinding rahim dan mengeluarkan fibroid ini dilakukan ke atas wanita yang masih belum mempunyai anak, tetapi berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata.


- Pembuangan rahim (Hysterectomy). Kaedah ini hanya dilakukan kepada wanita yang telah mempunyai anak dan mempunyai pelbagai jenis fibroid. Rawatan ini dilakukan bagi mengelakkan fibroid tumbuh semula.


* Hysteroscopic resection. Pembedahan bagi fibroid yang berada dalam rahim (submucous) dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui faraj dari pintu rahim.

Melalui teropong dan kamera, sistem fibroid dapat dilihat dan dipotong melalui peralatan canggih.


* Pembedahan melalui laparaskopi


* Uterine artery thrombosis. Kaedah yang menyekat pembuluh darah yang membekalkan darah ke fibroid adalah sama dengan teknik angiografi iaitu dengan memasukkan kateter ke dalam pembuluh darah dan memasukkan bahan yang akan menyumbat salur darah yang mengalir ke fibroid.


Sekatan darah ini akan menyebabkan sel-sel fibroid mati dan mengecut sendiri.

9 comments:

  1. 1.kalau saya tidak mahu pergi berjumpa dengan doktor, saya hanya pergi farmasi ambil ubat. adakah tindakan saya wajar.
    2.adakah herba yang boleh mengecutkan fibroid?

    ReplyDelete
  2. ayie ainoor: akak rasa adalah lebih baik dapatkan rawatan dan pemeriksaan diklinik, kerana perkara begini tidak boleh dipandang remeh. mengenai pengambilan herba, akak rasa cuba dapatkan pandangan dari doktor terlebih dahulu. tq

    ReplyDelete
  3. Salam.. Saya baru melakukan myomectomy bulan lepas dan sedang mengalami period pertama selepas operation tersebut. Masalahnye period kali ni sangat sakit & heavy flow.. Adakah ini normal ? Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam asklily,
    Akak nasihatkan jumpa doktor segera ye. Tq

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Engku,

    Saya dari Johor Bahru. Saya disahkan mempunyai fibroid di dinding rahim saya oleh doktor. Doktor hanya memberi pandangan supaya saya menjalani pembedahan sedangkan saya ingin elakkan dari dibedah. Saya faham ajal maut ditangan Allah tapi saya beritahu doktor saya ingin mencuba rawatan alternatif. Apakah nasihat Kak Engku & herba apa saya patut ambil. Utk pengetahuan Kak Engku saya sudah berumahtangga selama 15 tahun & belum mempunyai anak.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Untuk rawatan alternatif bg fibroid akak tak pasti nak suggestkan apa. Akak nasihatkan patuh pada arahan doktor ye. Insyaallah mudah2an semua akan kembali pd normal. Tq

      Delete
  6. Salam, sy turut bersimpati dgn apa yg pn alami sekarang, ada beberapa testimoni drpd mereka yg tlh mengmbil produk makanan kesihatan USANA & alhamdulillah berhasil..jika puan ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi sy di 011-18302177(Has)

    ReplyDelete
  7. assalam, baru 3minggu lepas saya operate buang fibroid, alhamdulillah semakin pulih. cuma saya nak tau bila masa sesuai untuk saya dan suami bersama. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. saya hamil dan ada fibroid ....saya sangat takut dan risau.....

    ReplyDelete