"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

24 February 2010

Placenta Previa / Uri Di Bawah

Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.


Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.


Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.


Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.

Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.


Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.

Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.


Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.


Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia). Jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.


“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.

“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.


“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.

Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.


Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.


Punca, Jenis Dan Faktor Risiko


Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.


Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:


Jenis I atau uri rendah.

Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.


Jenis II atau pinggiran.

Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.


Jenis III atau separa.

Uri menutup separuh pangkal rahim.


Jenis IV atau lengkap.

Uri menutup seluruh pangkal rahim.


Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.

Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.



Komplikasi

Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:

Pendarahan yang banyak.


Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).


Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.


Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.
Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku.

Adakah Ia Membahayakan Bayi Anda?


Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.


Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).


Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.


Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.


Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.


Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.


“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.

“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.


Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.


Namun Doktor menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.


Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.


Kumpulan Berisiko


Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.
Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.


Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. .


Mempunyai luka pada rahim.


Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.


Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.


Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu.
Mengandung anak kembar.


Merokok atau mengambil dadah.

17 comments:

  1. salam kak engku
    thanks for the info...pagi tadi baru lepas scan dgn doktor...
    doktor ckp uri kat bawah..tahap I-II...dia akan refer saya ke pakar..
    risau tetap ada...tak senang duduk dibuatnya..

    biasanya ianya akan bertambah teruk atau akan ok?
    kandungan 28 minggu... (anak 1st)

    ReplyDelete
  2. wsalam, takpe jangan risau ye, cuma nasihat akak kene bykkan rehat dan jgn nak tunjuk terror lakukan kerja kerja yang berat tau, insyaAllah segalanye akan ok

    ReplyDelete
  3. shuhada: wsalam, banyakkan berdoa ye, moga segalanye dipermudahkan, tak kire la kaedah mana pun ye.

    ReplyDelete
  4. Salam, K.engku.. pg td ms g checkup, baby sume okay..tp doc tu kate kepala baby atas uri..maknanyer dua2 pun dh kebawah..mas dh 36w..jumaat ni kene g hospital untuk scan n confirmation. Tkot la..ade ape2 x cara mas boleh buat untuk naek kan balik uri ni...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak engku...saya hamil 21 minggu...saya telah pg ke klinik pakar perbidanan..dan disahkan bahawa uri saya terlalu dekat dgn pintu rahim tetapi tidak menutup pintu rahim.....adakah uri saya berpotensi utk naik selapas ini kerana uri saya adalah posterior placenta.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam amy,
      Kandungan baru 21 minggu, peluang untuk uri naik tu ada. Byk2 doa dan selalu ckp dgn bb ye...insyaallah.

      Delete
  6. Salam kak engku sy aisya.. sy pn tgh risau gak ni...uri kat bawah gak...takot x naik2...redha je la...tgu keputusan doc je..ni dh 27w..mungkin ade mase lg untuk uri tu naik kot..tgh ikhtiar dr segi fizikal dan mental..tq for the info..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aisya,
      Sabar byk2 ye. Peringkat awal mmg uri bawah. Byk2 sabr, doa n selalu ckp dgn bb ye. Insyaallah uri akan naik nanti. Amin.

      Delete
  7. salam, dekat 3 minggu saya warded kat spital, PP type3....rasanya ada hope utk uri ni naik ke atas ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sabar byk2 ye. Tiap yg berlaku pasti ada hikmahNya. Insyaallahbpeluang untuk uri naik ke atas ada jika kandungan bawah 36 minggu. Selalulah bercakap dgn bb ye. Mudah2an uri naik. Amin.

      Delete
  8. askm kak engku..

    saya mengandung 21 minggu..doktor scan tadi uri kat bawah...ini kelahiran yang kedua saya. puteri pertama saya baru berumur 1 thn 4 bln...bersalin dahulu pembedahan....ehm....masih ada peluang ke uri naik ke atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam puteri intessar,
      Peringkat awal kehamilan uri mmg bawah. Sebelum 36 minggu kehamilan, insyaallah peluang uri naik tetap ada. Byk2 doa n selalu ckp dgn bb ye. Tq

      Delete
  9. salam akk..
    kndungan sy 35w sblm ni uri sy dbwh tp sy scan br2 ni uri dh naik blik.. sy nk tya akk klau blaku pndarahan hmpir bsalin adakah sy akn trus bsalin sbb rmah sy dgn hosptl lbh kurang 1jam.. sy takut sy tdak smpat smpai hosptl n risiko yg dialami adakah mjejeskn kndungan sy.. smsa pndarahan adakah ksakitan yg dialami sgt kuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shida,
      Jika uri dah naik puan tak perlu risau. Insyaallah puan blh bersalin normal. Jika puan ada tanda2 hendak bersalin sila segera ke spital ye. Insyaallah segala masalah dpt di atasi. Tq

      Delete
  10. salam kak...
    kndungan sy bru 21w but placenta low tutup pintu rahim..ada baca ttg placenta previa...mmg rs takut ckit dia punya risk...n 4 information sy penah gugur n 2 x caesarian..leh x sy nk mengurut bidan utk naikkan rahim @ akan lbh bhy...tq

    ReplyDelete
  11. Salam kak, kes camni boleh 'bersama' tak atau memudaratkan?

    ReplyDelete
  12. Salam kak,

    kndungan sy skrg dh 32 mggu. Ari tu check kt hospital uri still kt bwh n dkt ngn pintu rahim. Nti akan repeat scan pd kndungan 34 mgu. Kalo still kt bwh akn kene tahan di wad smpai tarikh ceaser. Akak, bole tak kt g try mengurut @ jumpe bidan/tkg urut utk tlg btlkn kedudukan baby n uri ni?

    ReplyDelete