"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 February 2010

Endometriosis

Satu penyakit ginekologi yang paling lazim dialami oleh kaum wanita. Di Amerika Syarikat, satu daripada tujuh wanita dalam lingkungan umur reproduktif dianggarkan mengalami penyakit ini. Risalah ini bertujuan untuk memberi anda maklumat tentang endometriosis dan jenis-jenis rawatan yang terdapat buat masa ini.

Perkara-Perkara Asas Yang Mungkin Anda Ingin Ketahui

Apa Itu Endometriosis Itu?

Semasa haid, tisu endometrium iaitu tisu pengalas uterus, akan tanggal. Endometriosis berlaku apabila tisu endometrium tersebut yang sepatutnya keluar dari tubuh semasa haid, tumbuh di luar uterus, tisu endometrium menjadi pertumbuhan yang menyakitkan. Tempat-tempat biasanya berlaku pertumbuhan endometrium atau endometriosis adalah ovari, tiub Fallopio dan ligamen yang menyokong uterus. Pundi kencing, usus dan vagina adalah tempat-tempat lain yang mungkin dapat ditumbuhi tisu endometrium.


Apakah Yang Menyebabkan Endometriosis?

Endometriosis adalah salah satu penyakit wanita yang masih menjadi tanda tanya bagi pakar perubatan. Sebab-sebab sebenar berlakunya penyakit ini masih belum dapat dipastikan. Teori paling lazim yang dikemukan disebut "haid retrograd" atau haid menyonsang. Menurut teori ini, sebahagian daripada bendalir haid yang sepatutnya mengalir keluar tubuh melalui vagina, sebaliknya mengalir menyongsang naik ke dalam tiub Fallopio. Sel-sel endometrium yang terkandung dalam bendalir haid tersebut mungkin melekap pada tempat-tempat tertentu dalam rerongga pelvis seperti yang disebut sebelum ini.


Siapakah Yang Berkemungkinan Mendapat Endometriosis?

Kira-kira 15% wanita dianggarkan akan mengalami penyakit ini sebanyak sedikit sebelum putus haid (menopaus). Sungguhpun penyakit ini lebih lazim berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 25 hingga 40 tahun, endometriosis mungkin berlaku kepada semua wanita, termasuk yang sudah beranak, pada bila-bila masa sepanjang tempoh kesuburan mereka.


Apakah Gejala-Gejala Endometriosis?

Gejala atau tanda endometriosis yang paling lazim ialah kesakitan sebelum atau selepas haid, kesakitan semasa bersetubuh dan darah haid yang banyak, atau tidak tetap masa keluarnya. Dalam keadaan yang lebih serius, tisu parut mungkin terbentuk di tiub Fallopio dan / atau ovari. Ini akan menyekat telur yang keluar dari ovari dan menghalang perjalanannya melaui tiub Fallopio ke arah uterus. Akibatnya wanita yang terlibat sukar mengandung.

Walau bagaimanapun, ada wanita yang menghidap endometriosis tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala / tanda. Lagipun, besar atau kecilnya pertumbuhan endometrium itu, tidak ada kaitan dengan teruk atau tidaknya kesakitan yang dialami. Ada wanita yang tidak mengalami sebarang kesakitan walaupun pertumbuhan endometriumnya banyak, manakala ada pula yang mempunyai sedikit pertumbuhan sahaja tetapi kesakitan yang dialaminya amat kuat.


Apakah Kesan Hormon Wanita Terhadap Pertumbuhan Endometrium?

Semasa haid, pertumbuhan endometrium juga berdarah, sama seperti tisu pengalas uterus yang berdarah sebagai gerak balas terhadap hormon-hormon dalam kitaran haid. Walau bagaimanapun, tidak seperti tisu pengalas uterus, darah yang dikeluarkan oleh pertumbuhan endometrium tidak ada jalan keluar untuk meninggalkan tubuh. Ini akan mengakibatkan kerengsaan pada tisu-tisu yang di sekelilingnya. Sebagai tidak balas terhadap kerengsaan ini, tubuh mungkin akan menghasilkan perekatan atau tisu parut untuk melingkungi tempat tersebut. Ini akan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat kepada wanita yang terlibat. Dalam erti kata lain, selagi kitar haid berjalan, selagi itu tisu endometrium akan dirangsang. ini akan mengakibatkan senggugutyang kuat sakitnya, kesakitan atau tekanan teruk pada pelvis, kesakitan semasa persetubuhan dan /atau masalah usus dan pundi kencing. Jika wanita tersebut mengandung atau mula putus haid, pertumbuhan endometrium ini akan mengecut dan hampir semua kesakitannya akan hilang. Walau bagaimanapun, tisu parut yang terbentuk semasa tempoh penyakit tersebut tetap kekal. Tisu yang tinggal ini mungkin masih dapat menyebabkan kesakitan, walaupun kitar haid sudah putus.


Bagaimanakah Diagnosisnya Dilakukan?

Jika doktor mengesyaki endometriosis, diagnosis yang tepat dapat dibuat melalui prosedur yang disebut laparoskopi. Semasa pembedahan kecil ini, alat yang dinamai laparoskop, iaitu suatu mikroskop pemancar cahaya yang kecil, akan dimasukkan ke dalam abdomen melalui tebukan kecil. Dengan cara ini, doktor dapat memeriksa keadaan organ-organ dalam abdomen dan memeriksa saiz dan takat pertumbuhan endometrium tersebut. Kaedah pembedahan ini juga membolehkan doktor menentukan bahawa apa yang dialami oleh pesakit tersebut bukanlah penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama, misalnya barah ovari.


Apakah Jenis Rawatan Yang Ada?

Endometriosis dikawal dengan cara menyekat tahap estrogen dan progesteron yang merangsangkan pertumbuhan endometrium, dalam tubuh pesakit. Antara rawatan yang dapat dipilih ialah dari tiada rawatan langsung bagi kes endometriosis yang amat sedikit atau tidak menyakitkan sangat hingga ke pembedahan besar. Umumnya, pesakit mempunyai dua pilihan yang dapat digolongkan secara kasar kepada dua kaedah rawatan iaitu rawatan secara pembedahan atau rawatan dengan ubat (terapi dadah). Bagi wanita tertentu, kedua-dua jenis rawatan mungkin diperlukan.


Apakah Objektif Rawatan?

Semasa menentukan rawatan apakah yang sesuai bagi pesakit endometriosis, doktor akan mengambil kira perkara-perkara berikut:
  • Meringankan kesakitan dan gejala-gejala lain
  • Menyekat penyakit tersebut daripada merebak
  • Memulihkan kesuburan pesakit yang telah kehilangan kemampuan untuk mengandung.
  • Mengekalkan fungsi organ pembiakan supaya pesakit dapat beranak pada masa depan.

Pilihan Rawatan

Pembedahan

Rawatan secara pembedahan tergolong pada dua kategori iaitu pengawalan konservatif dan bukan konservatif.

Penbedahan Konservatif

Rawatan secara pembedahan konservatif bertujuan untuk mengekalkan kemampuan wanita tersebut untuk mengandung dan beranak pada masa hadapan. Rawatan secara ini bertumpu pada usaha membuang pertumbuhan endometrium pada bahagian-bahagian yang terlibat. Doktor bedah biasanya dapat melakukan ini dengan menggunakan laparoskop. Pertumbuhan superfisial dapat dipotong atau dimusnahkan dengan arus elektrik atau dengan menggunakan alat laser.

Pembedahan bukan Konservatif

Pembedahan bukan konservatif adalah kaedah rawatan yang memberikan kelegaan yang berterusan untuk pesakit endometriosis. Walau bagaimanapun kaedah ini digunakan hanya setelah semua cara lain tidak berjaya untuk melegakan kesakitan teruk. Antara kaedah rawatan bukan konservatif ini termasuklah histerektomi sepenuhnya (uterus dan kedua-dua ovari dibuang) atau bilateral salpingo-ooforektomi (kedua-dua ovari dan tiub Fallopio dibuang). Kaedah ini mungkin dapat menghindar endomentriosis daripada berlaku semula. Namum demikian dengan pembedahan seperti itu, pesakit tidak akan dapat beranak lagi dan kekal dalam keadaan putus haid (menopaus).


Rawatan Dengan Ubat

Antara rawatan dengan ubat atau terapi dadah yang biasa bagi endometriosis termasuklah penggunaan pil pencegah kehamilan, progesteron dan derivatif hormon lelaki.


Pil Pencegah Kehamilan

Penggunaan pil pencegah kehamilan untuk merawat endometriosis adalah bertujuan untuk menghentikan buat sementara waktu pengovulan dan kitar haid wanita yang terlibat. Pil pencegah kehamilan amat berkesan untuk merawat kes endometriosis yang tidak teruk. Penggunaan pil pencegah kehamilan mungkin dapat mencegah endometriosis daripada merebak dan melegakan kesakitan akibatnya, tetapi belum terbukti berkesan dalam menghapuskan pertumbuhan endometrium yang sudah wujud. Kaedah ini kadangkala digunakan sebagai rawatan susulan selepas pembedahan membuang pertumbuhan endometrium , iaitu sebagai cara untuk mengurangkan kemungkinan endometriosis itu berulang semula. Kesan-kesan sampingan yang dikaitkan dengan penggunaan pil pencegah kehamilan ini, yang digunakan mengikut dos yang diperlukan bagi merawat endometriosis, termasuklah tekak berasa loya, pengekalan air dalam tubuh, dan pendarahan vagina yang tidak teratur. Kesan sampingan yang lebih serius, seperti strok, masalah vaskular dan penyakit jantung jarang berlaku tetapi pernah dilaporkan.


Progesteron

Dos tinggi progesteron (hormon wanita) menggangu kitar fungsi ovari biasa dan juga mengurangkan kesan rangsangan estrogen terhadap pertumbuhan endometrium. Progesteron dapat diberi secara oral atau secara suntikan. Seperti pil pencegah kehamilan, progesteron amat berkesan dalam kes endometriosis yang sedikit atau tidak teruk. Sebaik sahaja rawatan dihentikan, satu tempoh kemandulan yang tidak dapat ditentukan mungkin akan berlaku. Kesan-kesan sampingan yang dikaitkan dengan progesteron termasuk tompok-tompok darah seperti haid yang keluar dalam tempoh sela antara haid, pengekalan bendalir dalam tubuh, payu dara berasa sakit, kemurungan dan kesan buruk terhadap tahap lipid dalam tubuh.


Derivatif Hormon Lelaki

Sejenis derivatif hormon lelaki testosteron, yang diambil secara oral digunakan untuk menehan pengeluaran estrogen dalam tubuh. Ini akan menggangu kitar haid dan menghentikan pertumbuhan tisu endometrium. kaedah ini berguna untuk melegakan gejala endometriosis sepeti senggugut, sakit pelvis dan persetubuhan yang sukar atau menyakitkan. Ada beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi dengan rawatan menggunakan hormon lelaki. ini termasuklah muka merah atau rasa panas / berpeluh, kekeringan vagina, berat badan bertambah, payu dara mengecil, kulit berminyak / ada akne, bulu pada tubuh atau muka bertambah lebat sedikit, suara mendalam, dan libido (nafsu berahi) yang berkurangan. Sebahagian daripada kesan sampingan yang mengakibatkan ciri kelakian ini mungkin tidak dapat dipulihkan apabila rawatan dihentikan.


Analog GnRH (Gonadotropin - Releasing Hormone)

Satu pilihan rawatan baru bagi wanita yang mengalami endometriosis melibatkan penggunaan analog GnRH. Apabila diambil selama tempoh enam bulan, analog GnRH menggangu pengeluaran estrogen. Ini mengakibatkan keadaan putus haid yang dicetuskan secara perubatan. Akibatnya, tisu endometrium selalunya mengecut, lalu melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan penyakit tersebut.

Pada masa ini ada dua jenis analog GnRH yang tedapat di pasaran untuk merawat endometriosis. Perbezaan utama antara kedua-duanya adalah dari segi cara penggunaannya. Satu jenis diberi melalui suntikan bulanan oleh doktor. Dengan cara ini pesakit tidak perlu bersusah payah mengingat untuk makan ubat setiap hari. Pertemuan dengan doktor setiap bulan juga membolehkan pesakit bertanya kepada doktor tentang keadaan penyakitnya dan membolehkan doktor mengawasi kemajuan rawatannya. Analog GnRH yang satu lagi adalah dalam bentuk semburan hidung yang perlu digunakan dua kali sehari.

Rawatan analog GnRH memberikan kadar kejayaan yang sama dengan kaedah derivatif hormon lelaki, tetapi kesan sampingan ciri kelakian tidak begitu kerap berlaku. antara kesan sampingan rawatan menggunakan analog GnRH termasuklah merah muka, dan panas badan, kekurangan libido dan kekeringan vagina. Sedikt kesusutan tulang mungkin berlaku semasa tempoh rawatan, tetapi ini akan dapat diatasi sebahagiannya atau sepenuhnya sebaik sahaja rawatan dihentikan. Sepanjang tempoh rawatan dengan analog GnRH, seseorang wanita itu masih dapat menjadi hamil. Oleh itu penting sekali bagi wanita yang terlibat menggunakan kaedah rintangan yang bukan hormon dalam mencegah kehamilan. Misalnya kondom atau diafragma, sebagai langkah berjaga-jaga.


Keputusan Yang Terbaik Adalah Yang Berdasarkan Pengetahuan

Kesan endometriosis terhadap setiap wanita adalah berbeza-beza. Pada asasnya, pilihan rawatan untuk endometriosis bergantung kepada individu yang terlibat. Risalah ini sekadar memberi amda maklumat am tentang penyakit tersebut. Wanita yang menghidapi penyakit ini haruslah membincangkan sepenuhnya semua jenis rawatan yang terdapat dengan doktor masing-masing. Walau apa jenis rawatan yang dipilh, pesakit perlulah mengikutinya dengan penuh keyakinan.

4 comments:

  1. salam kak,sye suspek penyakit endometriosis..tpi sye blom cek lg...mslh sye ble sye period,nk buang air besar sakit sgt di ari2 saya tpi die akn sakit hari 1st n 2nd day priod,dia akn hilang bila sye da buang air besar dlm 1st n 2nd day period t...bley x bg info detail...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kurikkundicontengconteng,
      Mungkin sakit yg dialami adalah masalah senggugut. Jd lbh baik buat pemeriksaan untuk tentukan punca sakit berlaku ye. Tq

      Delete
  2. salam...akk, sy br 22, kekadang sy rasa sengal kat ari-ari..5-10 minit lepas tu mesti sy jadi lenguh dari punggung hingga kaki..nk jalan pun jadi sakit dlm perut.. lenguh yg sy alami boleh sampai 2 3 jam... bt check, doc syak endometriosis. baru syak..result x comfirm lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      Maaf akak tak dapat nak pastikan punca ia berlaku. Kita sama2 tunggu result dari doktor ye. Tq

      Delete