"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 February 2010

Bagaimanakah Cara Untuk Menggalakkan Oksitosin

1. Menolong Ibu cara psikologi:
  • Memberi keyakinan
  • Meringankan kesakitan dan juga kebimbangan
  • Menolong memberi perangsang terhadap keadaan bayinya

2. Menolong atau memberi nasihat secara praktis:
  • Berehat sendirian dengan pertolongan kawan
  • Memegang bayi dengan cra sentuhan kulit
  • Memegang bayi diatas peha dengan emosi yang menggalakkan atau merenung bayi atau mengambil gambar bayinya sendiri
  • Meminum air yang suam
  • Demahan buah dada atau mandi dengan air suam
  • Rangsang puting dengan menarik atau menggentel dengan sendiri
  • Mengurut atau menggentil puting dengan jari
  • Urut belakang dengan bantuan seseorang

Faktor Ibu
  1. Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak berkeyakinan
  2. Menggunakan 'nipple shield'
  3. Tidur jauh daripada anak
  4. Mengambil ubat yang mungkin boleh mengurangkan penghasilan susu
  5. Keletihan atau sakit
  6. Penyakit Tiroid
  7. Kurang zat makanan
  8. Kurang tisu buah dada yang berfungsi

Faktor Bayi
  1. Bayi mengantuk
  2. Sukar melekap atau menghisap
  3. Sakit atau mempunyai masalah perubatan seperti penyakit metabolik, sakit jantung, hypothyroidism, jangkitan salur kencing dan sebagainya

Bagaimana Boleh Meningkatkan Penghasilan susu
  1. Meneruskan penyusuan ibu untuk meningkatkan penghasilan kalori
  2. Memastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan
  3. Memberi susu dari kedua-dua belah buah dada untuk beberapa kali pada satu penyusuan
  4. Memberi susuan ibu lebih kerap dan lebih lama, siang dan malam sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari
  5. Berhenti menggunakan susu botol dan puting
  6. Menambah pengambilan makanan ibu jika pemakanan ibu tidak mencukupi
  7. Lebih rehat kepada ibu
  8. Letakkan bayi ke buah dada untuk menenangkan bayi
  9. Menggunakan bahan-bahan yang dapat meningkatkan penghasilan susu
  10. Memerah susu di antara penyusuan dan memberikannya dengan cawan atau 'supplementer'


Menolong Ibu Mengembalikan Penyusuan (Relactation)
Syarat-syarat
  1. Mempunyai motivasi
  2. Sokongan dari keluarga dan kakitangan kesihatan
  3. Bayi diberikan buah dada dengan kerap untuk hisapan
  4. Memerah susu di antara penyusuan
  5. Bayi hanya diberi penyusuan ibu dan menggunakan 'supplementer'

Nota: Breastfeeding Supplementer : Satu tiub plastik dengan cawan yang berisi susu perahan dan satu lagi ditempatkan di buah dada. Bayi mendapat susu dari tiub dan juga dari buah dada.


Pembantu Mengurut Belakang Ibu

Ibu dalam posisi duduk, sambil membongkok ke hadapan dan meletakkan kepala di atas lengan. Dedahkan payudara - Pembantu akan mengurut kedua belah kiri dan kanan tulang belakang dengan ibu jari secara gerakan pusingan dari bahagian leher ke tulang belikat selama 2 hingga 3 minit.

No comments:

Post a Comment