"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 February 2010

Bimbingan Awal Untuk Ibubapa/Penjaga

  • Beritahu klinik berhampiran dalam masa 24 jam selepas keluar dari hospital supaya jururawat dapat melawat ibu dan bayi di rumah dalam masa beberapa hari akan datang.
  • Susukan bayi anda sepenuh masa dalam masa enam bulan pertama dan teruskan penyusuan ibu sehingga anak berumur dua tahun. Kerap membuang air besar adalah normal bagi bayi yang diberi susu ibu.
  • Bayi anda mungkin mengalami jaundis dalam beberapa hari selepas lahir. Dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin apabila jaundis dikesan. Jangan jemur bayi anda.
  • Pastikan tali pusat bayi anda bersih dan kering.
  • Ibu mesti membasuh tangan selepas menukar lampin bayi.
  • Rasa suhu air sebelum memandikan bayi anda. Sentiasa isikan besen mandi dengan air sejuk dahulu sebelum air panas.
  • Dapatkan imunisasi untuk bayi anda mengikut jadual untuk melindunginya daripada mendapat jangkitan yang teruk.
  • Daftar kelahiran bayi anda dalam masa 14 hari.

No comments:

Post a Comment