Anda mungkin akan menjalani ujian penyaringan serum dan scan ultrasound sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan antenatal. Dalam keadaan tertentu, beberapa ujian akan ditawarkan, biasanya apabila terdapat kemungkinan kecil bayi berkeadaan tidak normal. Jika masalah tersebut dapat dikesan pada peringkat awal, sekiranya anda mahu, kehamilan anda boleh diakhiri dengan selamat.
Scan Ultrasound
Minggu ke 16 (adakalanya lebih lambat). Ini merupakan satu ujian yang menyeronokkan kerana ujian membolehkan anda melihat bayi anda buat pertama kali, biasanya bayi sedang bergerak-gerak. Anda mungkin akan ditawarkan satu scan pada sekitar minggu ke 16. Tanyakan pekerja hospital jika anda boleh ditemani oleh pasangan anda. Bayi anda menjadi suatu kenyataan yang mempesonakan apabila anda berdua melihatnya pada skrin.
Ultrasound tidak dapat menunjukkan jantina bayi dengan tepat dan anda tidak akan diberitahu tentang maklumat ini. Walau bagaimanapun, ultrasound juga boleh digunakan untuk memeriksa:
- Bayi membesar secara normal.
- Umur bayi dan jangkaan tarikh kelahiran.
- Kedudukan bayi dan plasenta, contohnya sebelum amniosentesis atau pada masa kehamilan yang selanjutnya, untuk memastikan plasenta tidak menghalang leher rahim.
- Keadaan tidak normal seperti masalah berkaitan dengan otak dan tulang belakang.
- Kemungkinan anda sedang mengandungkan lebih daripada seorang bayi.
- Jika anda mengalami ujian pada awal kehamilan, anda akan diminta minum banyak air dan datang ke klinik dalam keadaan pundi yang penuh, supaya rahim anda dapat dilihat dengan jelas pada skrin. Prosedur ini mengambil masa lima hingga sepuluh minit, selamat dan tidak menyakitkan anda dan bayi anda.
- Satu lapisan nipis minyak disapu pada bahagian perut anda dan sejenis alat pegang, transduser, dilalukan perlahan-lahan pada perut. Alat ini memancar dan menerima gelombang bunyi yang membentuk imej pada skrin.
Ujian Penyaringan Serum
Pada minggu ke 16, ramai wanita yang ditawarkan untuk menjalani ujian darah pada kira-kira minggu ke 16 untuk mengetahui kemungkinan mereka menghadapi risiko mendapat anak yang mengalami Sindrom Down atau kecacatan tiub neural terbuka seperti spina bifida. Ujian darah ini tidak membuat diagnosis tetapi dapat mengenal pasti wanita yang paling berisiko mendapat bayi yang mengalami salah satu keabnormalan ini, dan oleh yang demikian,dapat ditawarkan ujian diagnosis. Penyaringan bagi Sindrom Down ditawarkan kepada wanita pada semua peringkat umur. Risiko mendapat bayi Down meningkat mengikut usia ibu. Namum, disebabkan kebanyakkan bayi dilahirkan oleh wanita yang berusia 37 tahun, maka begitu juga dengan bayi Down yang kebanyakkannya dilahirkan oleh wanita di bawah usia 37 tahun.
Tigaan atau ujian Bart mengukur tahap AFP (alfa fetoprotin) uE3 (estirol) dan hCG (gonadotrofin korionik manusia) dalam darah ibu. Sesetengah hospital hanya mengukur 2 daripada penanda ini (ujian ganda dua). Tahap AFP sendiri digunakan untuk menafsir risiko bagi kecacatan tiub neural.
Apabila keputusan penyaringan didapati positif, ujian lanjut seperti scan ultrsound atau amniosentesis akan ditawarkan. Namum, kebanyakkan wanita yang disaring positif akan mendapat bayi yang normal.
Keputusan saring negatif bermakna terdapat kemungkinan kecil bayi yang dikandung mengalami keabnormalan. Namum ujian itu tidak boleh menidakkan sepenuhnya kemungkinan ini. Wanita yang bercadang hendak melakukan penyaringan perlu membincangkan ujian berkenaan dengan bidan atau doktornya.
(sambung pada bahagian 5)
No comments:
Post a Comment