"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 January 2010

Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (2)

Ketinggian

Pada lawatan pertama ketinggian anda akan diukur kerana ini menjadi panduan kepada saiz pelvik. Pelvik yang kecil kadangkala bermakna kelahiran yang sukar. Jika ketinggian anda melebihi 152cm (5 kaki), anda tidak mungkin mengalami kesukaran kecuali anda mengandungkan bayi yang luar biasa besarnya.


Berat

Pada setiap lawatan anda akan ditimbang untuk memastikan berat anda bertambah dengan sempurna. Cuba pakai pakaian yang agak sama beratnya setiap kali ditimbang supaya bacaan berat anda lebih tepat. Jangan bimbang jika anda kehilangan sedikit berat sepanjang 3 bulan pertama disebabkan mabuk hamil kerana ini merupakan perkara biasa. Jika berat bertambah dengan tiba-tiba pada kehamilan anda yang seterusnya, ini mungkin menandakan praeklampsia. (nanti Kak Engku Post Entri berkaitan praeklampsia).


Ujian Darah

Pada lawatan pertama sedikit darah akan diambil dari lengan anda untuk memeriksa:
  • Kumpulan darah anda dan kumpulan darah rhesus anda.
  • Anemia, darah anda akan diperiksa sekali lagi bagi penyakit ini kira-kira pada minggu ke 32.
  • Pengimunan terhadap rubela
  • Penyakit seks berjangkit, contohnya sifilis, jika ada, mesti dirawat sebelum minggu ke 20 supaya tidak membahayakan bayi.
  • Trait sel sabit jika anda dan pasangan anda daripada keturunan penduduk India Barat atau Afrika, dan Talasemia jika keluarga anda dari kawasan Mediterranean atau Timur Tengah dan Timur Jauh. Bentuk Anaemia seperti ini diwarisi dan mungkin akan membahayakan bayi.

Tekanan Darah

Pada setiap lawatan tekanan darah biasanya rendah sedikit pada waktu kehamilan dan diukur dengan kerap untuk mengesan sebarang kenaikan yang tiba-tiba supaya dapat dikawal. Tekanan darah yang normal adalah kira-kira 120/70 dan akan diberi perhatian sekiranya melebihi 140/90.

Kenaikan tekanan darah boleh menandakan berbagai-bagai masalah, termasuk praeklampsia, namun begitu tekanan jiwa yang dihadapi disebabkan lawatan antenatal yang sibuk dan masa menunggu ujian yang dijalankan, boleh menyebabkan bacaan yang lebih tinggi daripada biasa. Minta bidan anda memberitahu anda bacaan tekanan darah anda sekiranya dia tidak berbuat demikian. Bacaan patut tertulis pada nota atau ko-op anda.


Pemeriksaan Umum

Pada lawatan pertama Doktor atau bidan akan memeriksa keadaan fizikal anda dan mendengar degupan jantung dan paru-paru anda. Buah dada anda akan diperiksa untuk kehadiran gumpalan dan puting yang tersongsang. Anda mungkin akan disoal tentang kesihatan gigi anda dan akan digalakkan melakukan pemeriksaan.


Bertanyakan Soalan

Kemungkinan terdapat perkara yang meragukan atau membimbangkan anda atau menarik perhatian anda pada suatu masa tertentu kehamilan anda. Klinik antenatal merupakan peluang untuk mengemukakan pertanyaan. Adalah suatu idea yang baik untuk anda menulis sebarang soalan yang hendak dikemukakan sebelum anda berjumpa doktor anda kerana di bawah tekanan klinik yang sibuk, anda mudah terlupa akan pertanyaan tersebut.

Bukan semua doktor fasih menerangkan hal perubatan dalam istilah bukan perubatan. Oleh itu, jika anda tidak memahami jawapan yang anda terima, bertanya lagi jika perlu, atau berbincanglah dengan bidan anda.

(sambung pada bahagian 3)


No comments:

Post a Comment