"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

19 January 2010

Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (1)

Lawatan Ke Klinik

LAWATAN PERTAMA anda ke klinik adalah kira-kira pada minggu ke 12 kehamilan anda. Anda akan diminta untuk mengunjungi klinik sekali dalam sebulan hingga minggu ke-28. Lawatan menjadi lebih kerap selepas ini, iaitu pada setiap dua minggu hingga minggu ke-36, dan setiap minggu pada bulan yang akhir. Ujian rutin dijalankan oleh seorang doktor atau bidan pada setiap lawatan anda untuk memastikan kehamilan anda berkembang dengan normal. Anda mungkin terpaksa menunggu giliran untuk diperiksa. Oleh itu, bawa buku atau majalah untuk mengisi masa lapang.


Perbincangan Pertama

Pada lawatan pertama anda, doktor atau bidan akan menyoal anda tentang diri anda dan pasangan anda untuk memastikan samada terdapat maklumat tentang sesuatu yang boleh mempengaruhi kehamilan anda atau bayi anda. Rutin klinik berbeza dari sebuah tempat ke tempat yang lain, tetapi anda pada umumnya akan disoal tentang:
  • butir peribadi, contohnya tarikh lahir anda dan jenis pekerjaan anda dan pasangan anda.
  • negara asal anda kerana beberapa jenis anaemia diwarisi dan hanya mempengaruhi kaum tertentu (rujuk ujian darah)
  • kesihatan anda: penyakit serius dan pembedahan yang mungkin telah anda lalui, atau adakah anda sedang mendapatkan rawatan untuk sebarang penyakit, mempunyai sebarang alahan, atau sedang mengambil dadah
  • sejarah perubatan keluarga anda: sama ada terdapat bayi kembar atau sebarang penyakit keturunan dalam keluarga anda atau keluarga pasangan anda
  • jenis pencegah kehamilan yang akan guna sebelum anda hamil dan bila anda berhenti menggunakannya
  • kitaran haid anda: masa bermula, sama ada tetap atau tidak, bila hari pertama kitaran haid anda yang terakhir dan berapa lama kitarannya,
  • adakah anda hamil sebelum ini, termasuk keguguran dan pengguguran

Aktiviti-aktiviti di Klinik:

1. a) Sample Air Kencing

Setiap lawatan
Ini akan diuji untuk:
  • kesan gula, yang jika ditemui berulang kali, menandakan kemungkinan KENCING MANIS
  • kesan protein, yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Jika protein dikesan dalam air kencing pada peringkat kehamilan seterusnya, ini mungkin menandakan PRAEKLAMPSIA
b)Sample Aliran Air Kencing Pertengahan

pada lawatan pertama
Anda akan diberi penglap kapas yang steril untuk mengelap diri anda sendiri dan sebuah bekas yang steril untuk anda isikan dengan air kencing anda. Buang sedikit air kencing anda ke dalam tandas dan kemudian isikan air kencing yang lain ke dalam bekas tersebut. Air Kencing itu akan diuji serta merta.

(sambung pada bahagian 2)

2 comments:

  1. salam kak engku..
    saya baru hamil 5 mggu ini adalah kandungan saya yg keempat, tetapi dua sebelumnya gugur antara 3 dan 2 bulan. Saya telah pun pergi ke klinik panel dan doctor mengesyorkan saya supaya pergi ke klinik ibu mengandung setelah kehamilan masuk 1 bulan 1/2. Kak engku tidak kah terlalu awal untuk saya kesana? apa pendapat kak engku...kini saya masih dlm keadaan truma setelah 2 kali keguguran dan saya amat bimbang dgn kandungan saya kali. mengandung kali ni saya kerap kembung dan kadang kala terasa senak di belakang. apa mkn yg sesuai utk miggu pertama kita hamil.
    saya berharap kak engku dpt memberi sedikit pandang...sekian terima kasih

    ann.

    ReplyDelete
  2. Ann: Wsalam, Sorry lambat sikit reply mesej Ann, akak sibuk sikit sekarang nie, sorry yek hehehe. Nasihat akak datang awal utk pemeriksaan amatlah digalakkan. Kalau boleh sebaik sahaja mengetahui diri kita hamil. Pasal perut kembung tu, akak nasihatkan makan pada waktu yang tetap dan jgn biarkan perut kosong terlalu lama. Jika tidak boleh ambil makanan, cuba ambil sedikit sedikit tapi dengan kerap. Ok bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete