Merancang keluarga bermaksud merancang masa yang sesuai untuk mengadung atau menggunakan sesuatu kaedah bagi menjarakkan kandungan bertujuan untuk merancang saiz sesebuah keluarga.
Mengapa Merancang Keluarga?
Merancang keluarga memberi pilihan kepada pasangan suami isteri merancang untuk menentukan:
- Masa yang sesuai melahirkan anak
- Saiz keluarga idaman
- Jumlah anak yang dikehendaki
- Jarak di antara kelahiran
Apakah Kebaikan Merancang Keluarga?
Amalan merancang keluarga memberi faedah dan kebaikan berikut:
- Menyelamatkan nyawa ibu dan anak
- Kesihatan yang lebih baik bagi diri sendiri, suami dan anak-anak
- Membolehkan keluarga anda menikmati kehidupan yang selesa
- Mempertingkatkan kualiti kehidupan kerana anda tidak perlu bimbang terjadinya kehamilan yang tidak dirancang
Jenis-jenis Perancang keluarga?
1. Injection Depocorn
Pengenalan
- Hanya terdapat di klinik-klinik kerajaaan
- Mengandungi Hormon Progestron
- Diberi 2 bulan sekali
Bagaimana Depocorn Bertindak?
- estrogen menghalang berlakunya pengeluaran telur (ovulasi) dari ovari
- dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk perlekatan janin
- Progestron menjadikan cairan serviks lebih pekat dan ini menghalang kemasukan sperma (benih lelaki) ke dalam rahim.
Kesan Sampingan
- bertambah berat badan dan loya
Nasihat Penting:
- diberi pada hari ke 5 period
- dalam seminggu selepas suntikan, mesti memakai kondom jika ingin bersama suami
- selepas seminggu dah selamat, tak pakai kondom pun takpe...hehehe...
nota:
Depovera boleh didapati di klinik swasta dan diberi dalam 3 bulan sekali.
2. Pil
3. IUCD (Alat Dalam Rahim)
4.Kondom
5.Implanon
6.Ligasi tiub Fallopian
(Bagi jenis-jenis perancang keluarga no. 2 - no. 6 akan Kak Engku update lain kali yek)...
No comments:
Post a Comment