Hai, pembaca blog smua.....harap tak boring la masuk dalam ruangan Kak Engku nie. Sembang-sembang, cite - cite memang seronok. Selama Kak Engku keja kat Hospital Kerajaan nie.....seronok sangat2. Macam2 peel pesakit Kak Engku dah jumpa. Kak Engku harap diruangan ini dapatlah kita berkongsi pengalaman dan yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk tu jadilah teladan. Kak Engku takde niat nak buruk2kan sape2 .....jangan pulak pesakit Kak Engku terasa hati sudah....
Kisah 1
Seorang ibu muda umur 16 tahun, mengandung anak pertama.....Muda-muda dah kahwin..............masa nie Kak Engku tengah dok enjoy lagi. Masa Sekolah paling best........betul tak?
Buat apa kahwin awal-awal dik, belajar lah dulu.....sampai dah keja, ada pendapatan sendiri.......pastu nak kahwin, kahwin la. Kak Engku bukan apa, kesian umur masih muda banyak benda boleh buat. Bila dah kahwin, tanggungjawab banyak dik........tapi kalau dah jodoh nak buat macamana.....daripada banyak buat dosa, lebih baik kahwin.
Biarlah Kak Engku panggil dia 'S' , Semasa kemasukan 'S'..... Kak Engku sambut dia.......bagi orientasi kat wad. Masa tu dia adalah takut2.....maklumlah tak biasa masuk wad. Nak nangis pun ada.....maklumlah kena tinggal sorang kat wad tanpa ahli keluarga.
'S' buat pemeriksaan kehamilan pada usia kandungan 5 bulan @ 20 minggu. Kalau boleh buatlah pemeriksaan pada usia kandungan 16minggu.....kalau ada masalah, lagi awal lagi bagus. Sekurang-kurang kami kakitangan kementerian kesihatan dapat kenalpasti masalah dan bagi jagaan perawatan yang lebih baik.
'S' masuk wad kerana mengadu sakit perut. Kalau diikutkan 'S' memang dah cukup bulan dan dah sampai masa nak meletup. Bila Kak Engku tanya dia.......'dah sedia ke nak bersalin'? Dia mengeleng2 kepala................Bila Kak Engku tanya lagi......'Dik, tau ke macammana nak bersalin'? Pun dia ngeleng2 kepala........Kesian Kak Engku tengok dia.....Apa lagi Kak Engku bagilah tunjukajar ....sekurang-kurangnya dapat membantu dia masa nak bersalin.
Alhamdulillah 'S' selamat bersalin normal, setelah 5 jam dimasukkan ke wad. Lepas bersalin 'S' kena belajar cara nak jaga anak, cara nak bagi susu kat anak, nak jaga diri, perancangan kehamilan akan datang......maklumlah umur muda, mesti rancang betul2 dan macam-macam lagi.
'S' dibenarkan discaj selepas 24jam bersalin. Alhamdulillah 'S' dapat menerima tunjuk ajar yang diberikan .........moga-moga dia bahagia dunia akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment