"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

15 January 2010

Doa Khas Untuk Ibu Hamil

Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung. Doanya adalah seperti berikut:

"Ya Allah,peliharakanlah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawar-Mu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Doa Agar Mendapat Anak Soleh / Solehah

"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku". - surah Ali Imran ayat 38.


Doa Ketika Menanti Saat Bersalin

Ketika telah hampir atau sedang menunggu bersalin, para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah gantikan dengan wirid atau zikir atau doa. Sebaik-baiknya doa dan wirid ialah seperti di bawah dan basahilah lidah dengannya.

"Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri". - surah Al Anbiya ayat 87.

Selanjutnya bacalah Ayat Kursi, Surah Al Ikhlas, Surah Al Falak, Surah An Annas, berulang kali sehingga bersalin.


Doa Setelah Selamat / Selesai Bersalin

"Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan-syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata jahat".


Doa Untuk Menghilangkan Lemah-Lemah Dan Sakit-Sakit Selepas Bersalin

"Ya Allah, Sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki".

Doa dan Ibadah kepada Allah adalah pengharapan agar anak dalam kandungan sentiasa dalam lindungan Allah dan Ibu dapat melahirkannya dengan selamat.

No comments:

Post a Comment