Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum minggu ke 28. Ini mungkin berlaku kira-kira dalam satu daripada lima kehamilan. Kebanyakkan keguguran berlaku pada 12 minggu yang pertama, sering kali sebelum seseorang wanita mengetahui dirinya hamil dan biasanya disebabkan bayi tidak berkembang secara normal. Biasanya pendarahan dari faraj merupakan tanda pertama. Namum, sekiranya anda menghubungi doktor dengan segera dan berbaring, anda mungkin tidak akan kehilangan bayi anda.
Ancaman Keguguran
Jika pendarahan adalah sedikit dan tidak menyakitkan, kehamilan biasanya dapat diselamatkan. Doktor anda mungkin akan menasihatkan anda supaya berehat di atas katil. Pendarahan mungkin berhenti dan jika anda berehat dan bertenang selama beberapa hari, kehamilan anda sepatutnya diteruskan secara normal tanpa sebarang peningkatan risiko bagi ketidaknormalan bayi. Anda mungkin diberi satu lagi ujian kehamilan atau skan ultrasound untuk memastikan semua berkeadaan baik.
Keguguran Sebenar
Sekiranya pendarahan adalah banyak dan berasa sakit, ini mungkin bermakna bayi anda telah meninggal dunia. Anda mungkin perlu pergi ke hospital supaya rahim anda boleh dibersihkan dengan menggunakan pelali umum.
Perasaan Anda
Walaupun anda kehilangan bayi anda pada awal kehamilan, anda akan merasakan suatu kehilangan yang besar. Orang lain tidak sentiasa faham bahawa anda perlu bersedih atas kehilangan tersebut dan sedang berusaha menerima kenyataan itu. Perasaan risau sama ada anda berupaya atau tidak mendapat seorang bayi yang sihat adalah perkara biasa. Anda juga mungkin berasa bersalah. Walau bagaimanapun, jangan salahkan diri anda kerana itu bukan kesilapan anda. Adalah agak selamat untuk anda cuba mendapat bayi yang lain secepat yang anda mahu walaupun ada sesetengah doktor mengesyorkan anda menunggu masa sekurang-kurangnya selepas 3 kitaran haid. Tidak ada sebab anda tidak akan berjaya melalui kehamilan yang berikutnya, melainkan sebelumnya anda pernah mengalami keguguran yang berterusan.

Assalamualaikum kak engku,
ReplyDeletesy ct, sy ade terbaca dlm blog kak engku berkenaan dgn keguguran bangkai atau kecacatan kehamilan...dlm tu kak engku mengatakan yg keguguran seperti itu akan berlaku pening, sakit kepala dan loya...bln 5 baru ni sy telah keguguran semasa kandungan berusia 6mggu..sy telah pergi klinik dan doktor bg tau yg darah sy akn keluar sndri sehingga abis...selepas tu saya pergi berurut pula ngn bidan n bidan bg tau yg darah sy dh trn bawh tggu kuar sndri je...tp sehingga skang darah coklat masih keluar sikit2 tp tidak kerap...loya tak selera mkn n muntah masih berlaku setiap hari...boleh ke kak engku bg tau apakah sb berlaku seperti ini dgn mase yg lama...
Wsalam ct,
DeleteUntuk kenalpasti masalah yang ct alami, akak nasihatkan ct jumpa doktor dan buat scan ye. Mungkin hasil dari pemeriksaan doktor boleh tahu punca ia berlaku. Tq
Salam, kak saya faizan,
ReplyDeleteisteri saya baru keguguran (janin berusia 3 bulan), nak tahu set untuk keguguran dan harganya, saya confuse dengan Nona Roguy dengan Shaklee, jadi diharapkan boleh mencadangkan set yang bersesuaian untuk isteri saya.
Tq