"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

03 February 2010

Penjagaan Badan Semasa Kehamilan

SEPANJANG KEHAMILAN, adalah penting bagi anda berdiri tegak dan mengelakkan tekanan pada belakang badan. Anda berkemungkinan besar mengalami sakit belakang. Berat bayi anda menarik anda ke hadapan dan oleh yang demikian, anda cenderong untuk condong ke belakang untuk mengimbangi badan anda. Ini akan membebankan otot pada sebelah bawah belakang anda dan pada pelvik, terutamanya apabila hampir pada akhir kehamilan.

Walau apa pun yang anda lakukan, beri perhatian pada badan anda. Elakkan diri daripada mengangkat barang yang berat dan cuba tegakkan belakang badan anda selama mungkin. Pakailah kasut bertumit rendah kerana tumit yang tinggi akan menyebabkan berat anda semakin ke hadapan.


Melindungi Belakang Anda

Untuk mengelakkan masalah belakang, adalah penting bagi anda menyedari cara anda menggunakan badan apabila melakukan aktiviti harian seperti berkebun, mengangkat anak, atau mengangkat beg yang berat.

Hormon kehamilan meregang dan melembutkan otot di bawah belakang. Oleh itu, otot ini mudah tegang jika membongkok, berdiri dengan tiba-tiba, atau mengangkat sesuatu dengan cara yang tidak betul.


Melakukan Kerja Di Kedudukan Yang Rendah

Lakukan seberapa banyak kerja yang mungkin pada kedudukan lantai dan bukan membongkok, contohnya dengan melutut apabila berkebun, membersihkan rumah, mengemas katil atau menukar pakaian anak.


Berdiri Selepas Berbaring

Apabila anda hendak berdiri selepas berbaring, sentiasalah mengiring terlebih dahulu. Kemudian bergerak ke kedudukan melutut. Gunakan kekuatan paha anda untuk menolak badan anda naik.; pastikan belakang anda tegak.


Berdiri Dengan Tegak

Anda boleh memastikan sama ada anda berdiri dengan betul atau tidak dengan menggunakan cermin panjang. Panjangkan dan tegakkan belakang anda supaya berat bayi tertumpu di tengah dan di sokong oleh paha, punggung dan otot perut anda. Ini akan mengelakkan sakit belakang dan menguatkan otot abdomen, memudahkan anda mendapat kembali bentuk badan anda selepas pelahiran.


Postur Yang Tidak Baik

Ini merupakan perkara biasa semasa kehamilan. Berat bayi yang membesar menyebabkan anda hilang keseimbangan badan. Oleh itu, anda mungkin terlalu melengkungkan belakang anda dan menolak abdomen anda ke hadapan.


Mengangkat Dan Membawa Barang

Apabila anda mengangkat sesuatu objek, bengkokkan lutut dan tegakkan belakang badan anda sedapat mungkin supaya objek tersebut dibawa dekat kepada badan anda. Cuba jangan angkat barang dari tempat yang tinggi kerana anda mungkin akan hilang keseimbangan. Jika anda membawa beg yang berat, agihkan beratnya supaya seimbang pada kedua-dua belah badan.

No comments:

Post a Comment