"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 January 2010

Breast Pump?

Kenapa Kak Engku rekemen Breast Pump Jenama 'Medela'

Ramai pesakit Kak Engku kat wad, boleh dikatakan kebanyakannya sudah membuat persiapan awal membeli breast pump ....., Kak Engku ucapkan tahniah.... sebab kalau dah ada breast pump nie, maksudnya ibu-ibu nie dah bersedia nak breastfeeding. Kak Engku kalau tahu ibu-ibu yang berkeinginan sangat2 nak breastfeeding nie, memang suka sangat.... maklumlah Kak Engku bertindak sebagai 'Nurse Susu' kat wad Kak Engku keja . Tapi ada jugak yang tak buat persediaan langsung (haaa tak nak breastfeeding la tu..... isk jgn macam tu, rugi tau) ada yang tak sempat beli, sebab sibuk bekerja, tup tup je dah nak meletup...... kesian jugak.

Pasal breast pump nie, Kak Engku nak cerite sikit, sebelum beli breast pump cuba tanya kawan-kawan atau sape-sape yang pernah breastfeeding baby, tanya diaorang jenama apa yang digunakan, berfungsi ngan elok ke tak, masa pump tu sakit ke tak, senang nak digunakan ke tak dan macam -macam lagi la......bukannya apa takut-takut kalau dah beli breast pump ikut suka hati je.... takut-takut membazir duit je lepas tu.....tak function ngan elok dan sebagainya.......ada gak patient Kak Engku yang suruh husband dia yang belikan....nie pun satu hal jugak.....laki nie kalau shopping bende yang dia tak minat nie....siaplah.....main belasah je lah...janji bini suruh beli diapun beli la...tak beli kang kene bebel lak heheheh.......udah la main beli je, siap cari yang murah lak tu....isk isk isk......cik abang oiit, perihatin la sikit lain kali yek.....sian wife abang... kalau guna breast pump cincai-cincai nie.....kalau 'bende' tu tak comel nanti camne.....haaaa sape yang rugi.....cik abang jugak....

Kat sini Kak Engku galakkan gunakan jenama 'MEDELA'. Nak tahu kenape.....meh Kak Engku citer......

Ini jenama memang famous. Sebut je smua orang tau...tapi kekadang taktau mana nak cari. Kak Engku pun guna jenama nie sejak dari anak pertama lagi. Kak Engku memang puas hati guna produk nie.....maklumlah kat spital pun guna jenama yang sama. Benda nie tahan lama, ada kualiti, tak menyakitkan bila pump dan selesa digunakan, ada waranti malah sepanjang guna tak pernah rosak......jadi senang nak perah susu 100% takde masalah. Sebab tu Kak Engku setia dan amat mempercayai 'medela'.

Kepada para ibu, kalau boleh Kak Engku nasihatkan buat pilihan yang bijak, bak kata orang tua-tua....'kalah membeli' tapi 'menang memakai'.

16 comments:

  1. kak engku,spesifik kan la breast pum jenama medela yg kak engku guna tu..manual ke letrik?brp rm?nak tau gak...

    ReplyDelete
  2. Akak pakai medela manual brestpump, harga dalam RM 99.00. Akak pakai model yg nie kerana model nie boleh digunakan bersama mesin pump medela yg ada kat spital. Model nie boleh di upgrade ke elektrik jika kite mahu. Tapi ramai yg guna medela mini elektrik (single suction) model nie senang nak digunakan takyah perah pakai tangan. Model yg nie Akak tgh buat promosi. (harga pasaran RM469.00 tapi Akak bagi RM380.00) stok terhad.

    ReplyDelete
  3. salam..kak engku,,nk tny medela harmony yg kak engku jual bpe yer?same mcm yg kak engku post ker RM 269??ker ade special price lg..hehe..

    ReplyDelete
  4. w/salam, harga medela harmony sebenarnye kalau nak, Akak boleh bagi spesel price, senang citer meh la tawar harga kat Akak ye hehehe

    ReplyDelete
  5. salam..ape beza medela harga rm99 dgn medela harmony harga rm269? dua2 manual kan..

    ReplyDelete
  6. w/salam: kedua dua model ini adalah manual breastpump, medela harmony nie kalau nak pump boleh menggunakan sebelah tangan sahaja manakala breastpump yg manual rm 99 nie, masa nak pump perlu menggunakan kedua dua belah tangan utk mengepam susu, tetapi breastpump rm 99 nie boleh diupgradekan apabila kite ingin menggunakan pump elektrik manakala harmony nie tak boleh diupgradekan ke elektrik.

    ReplyDelete
  7. ok tq.. kalau mcmtu lebih baik la beli yg rm99 nanti boleh upgrade ke elektrik. Tp, kalau nak upgrade macamane? kat kedai ade ke.. tambah berapa ringgit?

    ReplyDelete
  8. Salam kak, nak tanya. Antara Freestyle ngan PISA, mana lagi elok yer dari segi suction? Bising tak bunyi dua-dua ni? Makaceh.

    ReplyDelete
  9. salam kak engku nak tanya skit, bagi housewife adakah perlu gak gn breast pump?

    ReplyDelete
  10. w/salam puan: selalunye suri rumah nie tak begitu memerlukan b/pump, tetapi ada kalanya mungkin berguna apabila baby tidak mahu menyusu badan ataupun baby sudah kekenyangan dan penghasilan susu pula banyak, pada masa tu payudara membengkak dan waktu tu susu perlu diperah, masa ni lah b/pump sgt diperlukan.

    ReplyDelete
  11. kak, mesin utk nak upgradekan manual ke mini elektrik ade x?

    ReplyDelete
  12. ciare baha: mesin nie akak dah tak jual dah huhuhu, supplier naikkan rege brg.

    ReplyDelete
  13. salam kak engku
    post ni dah setahun.tapi baru baca
    saya memang keinginan nak bagi anak susu..
    sekarang kandungan baru 7 bulan
    excited nak bagi susu ibu tu memang ada
    siap dah planned nak beli medela harmony...

    tapi persoalannya..
    saya takut tak berbaloi
    ni anak 1st
    takut beli breast pump mahal2 kang...susunya tak ada...

    agak2 bila masa sesuai beli breast pump ni ye?
    semoga dpt sedikit pandangan dari kak engku...

    my husband said "think positive"...kang kuarla susu tu byk2... ;)

    thanks kak engku

    ReplyDelete
  14. wsalam, utk pengetahuan klu kita bekerja, pam susu memang sgt diperlukan kerana apabila payudara membengkak kerana susu byk, memang takleh nak buat kerja masa tu hehehe, ok sebenarnye klu medela harmony nie taklah begitu mahal berbanding ngan kualitinye, cuma nasihat akak jgn terbeli brand yg murah kerana fungsinya memang takleh nak diharapkan huhuhu.

    waktu sesuai utk beli bpump adalah sebelum baby lahir lagi, kerana apabila bengkak susu memang bpump sgt diperlukan. dan bab nak bykkan susu nie lak selalunye kita kene rajin bagi baby menyusu, insyaAllah susu akan terhasil dengan bykknye. ok bye n jumpe lagi

    ReplyDelete
  15. kak engku, apa beza medela swing dgn free style? mana lebih bagus? kak engku ada stok tak item2 ni? kalo ada, bgtau saya ira.hashim@yahoo.com dan kalo buleh dpt diskaun ke :)

    ReplyDelete
  16. ira.hashim: bezanya freestyle lebih heavyduty berbanding swing, maksudnye freestyle lebih ummpp dan tahan lasak dan boleh mengepam ngan lebih kerap. Huhuhu sekarang nie akak dah takde jual produk nie lagi, supplier akak naikkan rege, sorry ye, thanks bye n jumpe lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.