"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 January 2010

Bayi Dalam Rahim

Ketika bayi anda sedang membesar secara fizikal, dia juga mulai menjadi manusia sedar yang boleh bertindak balas serta mempunyai perasaan. Dia meringkuk rapat di dalam rahim, dilapik oleh tetuban yang mengelilinginya. Dia bergantung sepenuhnya kepada plasenta untuk makanan dan oksigen, serta untuk membuang bahan buangannya. Walau bagaimanapun, perawakan dan kelakuannya mirip bayi yang baru lahirkan.

Penglihatan
Kelopak matanya masih tertutup rapat, tetapi pada minggu ke 28, matanya tidak tertutup rapat lagi. Bayi mungkin melihat serta membuka dan menutup matanya.

Pendengaran
Bayi boleh mendengar suara anda dan sekiranya dia sedang tidur, dia boleh dibangunkan oleh bunyi muzik yang kuat. Dia mungkin menggemari beberapa jenis muzik dan menunjukkan kegemarannya melalui pergerakkannya. Dia akan melompat apabila terdengar bunyi yang mengejutkan.

Ekspresi Wajah
Bayi mengerutkan dahi, menjulingkan mata, mengerutkan bibir, serta membuka dan menutup mulut.

Sistem Sokongan
Bayi dibekalkan dengan nutrien oleh plasenta serta dilindungi oleh cecair amnion hangat yang boleh ditukar setiap 4 jam. Cecair ini mengawal suhu badan bayi serta melindunginya daripada jangkitan dan hantukan tiba-tiba.

Pergerakan
Bayi menendang dan menumbuk, dan ada kalanya membuat balik kuang. Bayi boleh menggenggam tangannya.

Corak Tidur
Bayi tidur dan bangun secara tidak tetap. Bayi mungkin paling aktif ketika anda cuba hendak tidur.

Keperibadian
Bahagian otak yang melibatkan peribadi dan kecerdikan lebih kompleks apabila tiba bulan ketujuh. Oleh itu, peribadi akan terbentuk tidak lama lagi.

Menghisap, Menelan & Bernafas
Bayi menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing. Kadang kala bayi minum terlalu banyak cecair tersebut dan tersedu. Bayi membuat pergerakan bernafas dengan dadanya, berlatih untuk persediaan hidup di luar rahim.

Rasa
Tunas rasanya sedang terbentuk dan menjelang minggu ke 28, bayi dapat bertindak balas terhadap rasa manis, masam dan pahit.

1 comment: