"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 January 2010

Berehat Pada Akhir Kehamilan

Sepanjang minggu-minggu yang akhir, anda mungkin mudah merasa letih. Anda mungkin tidak dapat tidur dengan lena seperti biasa. Anda juga akan berasa keletihan disebabkan berat tambahan yang anda bawa. Adalah penting bagi anda untuk tidak melawan keletihan anda, sebaiknya berehat sebanyak mungkin.


Mengelakkan Diri Daripada Keletihan

Angkat kaki anda ke atas pada bila-bila masa anda rasakan perlu. Fikirkan perkara yang boleh anda lakukan dengan tenang ketika berehat, berlatih senaman untuk relaks, mendengar muzik yang menenangkan, membaca buku atau majalah, atau mungkin menenun sesuatu untuk bayi anda. Cuba jalankan aktiviti anda itu dengan lebih perlahan daripada biasa supaya anda tidak menjadi terlalu letih.

No comments:

Post a Comment