"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

18 January 2010

Coli Pengasuhan Anda

Sekiranya anda ingin menyusukan bayi anda selepas bersalin, anda akan perlu sekurang-kurangnya 2 coli pengasuhan yang terbuka di hadapan. Sebaik-baiknya janganlah membeli coli ini sebelum minggu ke 36 untuk memastikan saiz yang betul.


Coli Yang Sesuai

Terdapat 2 jenis coli yang utama. Satu, mempunyai penutup yang boleh dibuka untuk mendedahkan puting serta sebahagian buah dada di sekelilingnya, manakala satu lagi dikancing di bahagian hadapan supaya anda dapat mendedahkan seluruh buah dada anda. Jenis yang mempunyai kancing di hadapan adalah yang paling baik kerana ini membolehkan bayi merasa dan mengusap seberapa banyak kawasan buah dada ketika menyusu. Beli coli yang diperbuat daripada kain tidak bercorak, mempunyai tali kulit penyokong yang teguh dan berzip di bawah setiap penadah coli.


Membuat Pengukuran

Ambil ukuran ketika anda memakai satu daripada coli kehamilan anda. Jika anda ragu-ragu tentang saiz yang patut dibeli, minta jurujual mengukur anda.

Dengan menggunakan pita ukur jahitan yang biasa, ukur bahagian buah dada untuk mendapatkan saiz coli anda.

Ukur keliling bahagaian buah dada, yang paling besar untuk mendapatkan saiz penadah coli.

No comments:

Post a Comment