"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

28 January 2010

Apa Itu Meconium Aspiration Syndrome

Apabila kehamilan melangkaui tarikh jangkaan bersalin, bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk mengalami meconium aspiration syndrome atau lebih dikenali sebagai MAS.


Apa Itu Meconium?

Najis yang pertama kali bayi anda keluarkan dipanggil meconium. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama sembilan bulan di dalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya. Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. Bahan buangan ini biasanya berwarna hijau gelap, hampir kehitaman ataupun hitam. Selain daripada itu, bentuknya pekat dan melekit. Ia sama sekali tidak berbau.


Tahukah Anda?

5% - 20% bayi yang lahir lewat berisiko mengalami MAS.


Ketahui Tentang Meconium Aspiration Syndrome

Bayi yang dilahirkan lebih daripada tempoh normal kehamilan iaitu 38 -40 minggu amat berisiko tinggi untuk mengalami MAS yang dianggap sebagai sesuatu yang membahayakan. Syndrome ini merupakan sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir setelah termakan mekonium yang sebelum itu memasuki paru-parunya. Untuk makluman, keadaan ini boleh terjadi sebelum atau semasa proses bersalin berlangsung.

Lazimnya penyebab sindrom ini terjadi kehamilan yang melewati tarikh jangkaan bersalin (kehamilan melebihi 40 minggu) ataupun proses bersalin memakan masa yang terlalu lama iaitu melebihi 12 jam turut menjadi punca masalah ini berlaku.

Keadaan-keadaan sebegini sebenarnya menyebabkan bayi mudah mengalami tekanan (stres). Ketika berlakunya stres dalam kandungan seperti kekurangan oksigen, saluran pencernaan bayi akan mengalami kontraksi sehingga mendorong mekonium untuk keluar dan menggotori air ketuban.

Keadaan stres turut menyebabkan bayi menghirup dengan kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya menyebabkan pembengkakan (pneumonitis). Selanjutnya ia mampu menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas.

Sama juga halnya dengan bayi yang terlalu besar dan tidak berupaya melalui servik ibu dalam proses kelahiran normal. Apatah lagi bayi yang terlebih waktu lazimnya bersaiz besar. Inilah kesannya jika anda menghidap diabetes. Tidak kira sama ada diabetes atau diabetes mellitus sewaktu hamil. Hal ini kerana bayi cenderung untuk bersaiz besar sehingga berisiko mengalami pelbagai jenis komplikasi sewaktu dilahirkan.

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah servik kecil, keadaan ini boleh menyukarkan proses kelahiran secara normal. Tambahan pula, ia boleh meningkatkan risiko berlakunya proses kelahiran yang lama kerana bayi berkemungkinan mengalami masalah keluar seperti tersangkut di rongga pinggul anda.

Keadaan bakal menjadi lebih teruk sekiranya bayi mengalami masalah kekurangan oksigen sepanjang kehamilan akibat daripada sikap anda yang gemar mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengekalkan tabiat merokok sepanjang kehamilan.

Meninggal Dunia

Komplikasi-komplikasi sewaktu kelahiran adalah lebih tinggi untuk menimpa bayi berbanding ibu. Akibat daripada komplikasi MAS, bayi boleh meninggal di dalam kandungan, sebaik sahaja dilahirkan ataupun beberapa jam selepas dilahirkan.

Bagi mengurangkan risiko ke atas bayi yang anda tunggu sekian lama itu daripada mengalami MAS, lakukanlah pemeriksaan antenatal secara teratur, sentiasa memantau peningkatan berat badan agar sesuai dengan perkembangan usia kehamilan, mengambil makanan yang sihat dan seimbang, tidak melakukan kerja berat berlebihan, mendapatkan rehat mencukupi, tidak merokok mahupun mengambil minuman keras.


Sukar Dibendung

MAS sememangnya sukar diatasi, namum anda masih berupaya untuk mengurangkan risiko ini jika berjaya melahirkan bayi sebelum usia kandungan 42 minggu. Dalam pada itu, rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah amnioinfusion iaitu kaedah mencairkan mekonium yang mencemari air ketuban. Dalam prosedur ini, tiub dimasukkan ke dalam rahim menerusi faraj. Sejenis cecair yang disteril akan digunakan untuk melengkapkan prosedur ini.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan pakar pediatrik tidak gemar menggunakan kaedah ini. Sebaliknya mereka lebih gemar menyedut hidung dan tekak bayi yang baru dilahirkan untuk membantunya bernafas dengan lancar.

Sementara itu, Akademi Pediatrik Amerika menerusi Panduan Pemulihan Amerika menerusi Panduan Pemulihan Semula Neonatal turut tidak menggalakkan penggunaan kaedah amnioinfusion kerana hanya mereka yang benar-benar berkelayakkan boleh melakukan prosedur tersebut. Salah cara, ia dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan sehingga memerlukan doktor menggunakan extracorporeal membrane oxygenation (ECMO) agar bayi kekal bernafas dan hidup.


Info

Biarpun 6% - 25% bayi dilahirkan bersama air ketuban yang telah dicemari mekonium, tidak semua bayi berkenaan mengalami MAS.


Sumber : Pa & Ma



16 comments:

  1. Salam,
    Info yang bagus untuk saya. Saya ingin berkongsi pengalamn, Saya baru saja bersalin pada oktober lalu di hospital swasta. Malangnya anak saya meninggal dunia kerana MAS. kelahiran anak sulung saya pada minggu ke 37. Semasa bersalin anak dilitupi najis hijau pekat dan melekit. Keadaan ini berlaku mungkin kerana air ketuban yang berkurangan dan menyebabkab bayi saya stress. Saya yang cetek ilmu, tidak dinasihatkan oleh pakar yang merawat untuk bersalin awal. Sebaliknya saya dibenarkan pulang dan berehat dirumah. Mungkin bayi saya dapat diselamatkan sekiranya dilahirkan lebih awal. Namun begitu, saya akur dengan ketentuan Tuhan. Diharap apa yang berlaku pada saya ini tidak berlaku pada orang lain.

    ReplyDelete
  2. Pn: Wsalam, takziah akak ucapkan, harap pn dapat bersabar dan tabah ye, kerana setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Perkara ini juga pernah berlaku kepada baby adik akak, tapi baby tu berjaya diselamatkan, walaubagaimanapun kos untuk rawatan tersebut adalah terlalu tinggi kerana tidak semua hospital swasta yg mempunyai kemudahan ini (hanya hospital gleaneagle) dan hospital kerajaan juga tidak semua yg mempunyai kemudahan tersebut. Anyway akak harap bersabar la ye, jgn terlalu dikenangkan perkara yg telah lepas, usaha semula ye, ok jumpe lagi.

    ReplyDelete
  3. saya baru bersalin 19hb Nov, kandungan baru 35 mggu lebih, nasib sy agak baik, sbb cepat pergi ke hospital bila baby dah kurang bergerak, air ketuban dah tukar warna hijau sikit masa dipecahkan, Alhamdulillah baby selamat dilahirkan dan setakat ni sihat.

    ReplyDelete
  4. Pn: Alhamdulillah, kadang kala ilmu kehamilan tu penting untuk ibu ibu baca agar boleh dijadikan panduan. Ingat tau kene rajin tambah ilmu walaupun mungkin sekarang tidak diperlukan lagi tapi bila tiba waktunya mungkin sebaliknya.

    ReplyDelete
  5. Anak buah saya baru dilahirkan semalam 12/12/10. skrg ni sedang bertarung nyawa akibat MAS. sedang dirawat di hopital. jantung bayi masih lemah dan masih belum boleh bernafas dgn sendiri.

    ReplyDelete
  6. Pn: InsyaAllah semuanya akan selamat, banyakkan berdoa ye, minta segalanye selamat. Adik akak juga pernah mengalami perkara ini, babynye ditahan hampir 3 minggu kat wad, tapi alhamdulillah dengan rawatan dan teknologi yang ada serta izin dariNYa maka baby adik akak selamat, sekarang dah berusia 2 tahun, kesihatanpun sihat.

    Jadi nasihat akak byk bersabar, suruh ibunya jaga kesihatan dan jgn stress sgt, klu ada masa pegi lah jumpa ngan baby, ajak baby bersembang, cakap kat baby supaya kuat, and cakap mama and papa sayang kat baby, insyaAllah baby akan kuatkan semangat dia.

    ReplyDelete
  7. Salam kak engku... baru sahaja saya post comment, ptg itu juga anak buah saya meninggal dunia (13.12.10) kul 6pm... Ibunya pulak masuk ke icu kerana jangkitan kuman dalam paru-paru pula. Sama2 la tolong doakan kesihatan adik ipar saya. Sedih saya lihat keadaannya...

    ReplyDelete
  8. Pn: Takziah dari akak, byk byk bersabar ye, setiap yang berlaku itu terdapat hikmah di dalamnye, mungkin kita tidak tahu, tapi percayalah Allah maha mengetahui akan setiap perancangannya. Marilah kita beramai-ramai sedekah kan Al Fatihah.

    ReplyDelete
  9. salam akak n friend....

    nt jenguk2lah ke kedai online saya ya

    tq

    ReplyDelete
  10. adik zuriati: wsalam, meh la join network kak engku bidan bersalin.

    ReplyDelete
  11. Takziah untuk Puan2 sekalian dan saya yakin, ALLAH sentiasa menguji setiap umatNya.

    saya hanya untuk berkongsi pengalaman dan juga sedikit nasihat..

    untuk bayi yang mengalami MAS, selalunya kami akan membantu bayi menggunakan machine atau ventilator, memberikan ubatan antibiotik dan memerlukan pemerhatian dengan rapi.

    sekiranya bayi terminum terlalu banyak dan survive, risiko untuk bayi mendapat kecacatan terutama cerebral palsy adalah tinggi.

    Jadi nasihat saya adalah :

    1)Ibu perlu peka terhadap kandungan terutama pergerakan bayi dan juga tempoh kehamilan.
    2) Sentiasa mengambil tahu mengenai proses kehamilan sehingga tempoh berslain iaitu risiko dan kesannya kepada ibu dan bayi

    Pada hemat saya, Doktor Pakar akan melihat pada 'scan'. Sekiranya ia normal dan tiada kontraksi atau tanda2 hendak bersalin (maksimum kehamilan 42/52 ), mereka akan meminta anda pulang ke rumah sehingga anda berasa sendiri tanda kelahiran.

    Selain itu, sekiranya anda ingin berslain di hospital swasta, carilah hospital yang mempunyai kemudahan dan pakar terutama hospital yang mempunyai Unit rawatan rapi Bayi atau NICU..InsyaALLAH dengan adanya khidmat ini, ia dapat membantu untuk menyelamatkan bayi anda

    setakat ini saya berpengalaman merawat seorang bayi yang lahir pada umur 24minggu atau 6 bulan dan juga 7bulan. mereka mengalami jangkitan di paru2 dan alhamdulillah, mereka masih dirawat selepas 35hari dilahirkan.

    ini hanyalah nasihat,pandangan dan berkongsi sahaja. Saya harapkan kalian menerima dengan baik.

    anda juga boleh mengemukakan pertanyaan pada saya melalui email : lady_vochelle@live.com.my
    InsyaALLAH saya dapat membantu.

    ReplyDelete
  12. Salam...Kawan saya sedang bersedih. Anak sulungnya lahir terminum air ketuban. masa lahir biru. tak menangis. Sekarang anaknya dah 4 ari di ICU. Hari pertama dia hanya bersedih.
    Hari ini saya telefon kawan saya. saya tak tau nak cakap apa cuma cakap pada dia esok jumpa baby pegang tangan dia.cakap2 dengan dia. anak nya dah ada tindak balas, dah membuka mata apabila dipanggil dah gerak. saya minta dia doakan yang baik2 saja... adakah anak nya serius?

    ReplyDelete
  13. Wsalam, perkara macam nie sering berlaku, akak nasihatkan agar banyakkan berdoa dan sentiasa berfikiran positif ye, kerana setiap yang berlaku tu ada hikmah yang besar disebaliknya, so nasihatkan kawan tu bersabar dan bertawakal la ye.

    ReplyDelete
  14. salam,pada mac tahun lepas sy telah kehilangan bayi lelaki kerana telah dijangkitan kuman GBS,alhamdulillah Allah tu Maha Pemurah kerana sy telah hamil lagi dan skrg ni dah 34week,masalah yg menghantui sy adalah kuman GBS tu masih ada lagi pada saya,,adakah kali ni by sy dapat diselamatkan?

    ReplyDelete
  15. Wsalam, akak nasihatkan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t, supaya segala proses kehamilan ini dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan baby yang sebaiknya, insyaAllah. Disamping buatlah pemeriksaan di hospital serta berbincanglah dengan doktor, agar perkara ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Sentiasalah berfikiran positif, kerana Allah maha mengetahui terhadap setiap perancanganNya.

    ReplyDelete
  16. Adakah bayi yg lahir lebih dari due date mmpunyai risiko MAS yg tinggi? Kenapa pihak hspital masih mmbrikan ibu waktu 9 hari dr due date jika risiko MAS amat tinggi kpd bayi? Baby sy tlh kembali ke rahmatullah sehari slpas dlahirkan melalui caesarean (emrgency) akibat MAS... Baby dh lebih due date 6 hari..

    ReplyDelete