"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

17 July 2017

Masalah Yang Sering Timbul Ketika Pantang Bersalin



KATA orang tua-tua, wanita perlu berpantang kerana proses mengandung dan bersalin menuntut tenaga dan perubahan yang bukan sedikit kepada organ tubuh. Semasa berpantang, ibu sering terdedah kepada pelbagai masalah. Penjagaan segera selepas bersalin adalah penting untuk memulihkan tubuh ibu dengan cara yang sihat dan seimbang. Tempoh pemulihan selepas kehamilan yang kritikal adalah mulai hari pertama hingga enam minggu pertama bersalin. Setiap masalah hendaklah ditangani dengan teliti agar ianya tidak berlarutan sehingga sukar dirawat.

Sebaik sahaja bersalin ibu akan kehilangan:

·           Haba badan bayi.
·           Darah yang banyak.
·           Air ketuban.
·           Uri / Plasenta.
·           Tenaga (kerana proses kelahiran).

Oleh itu, suhu dalaman tubuh ibu selepas bersalin akan jatuh serta-merta, sekaligus menyebabkan tubuh berada dalam keadaan sejuk. Lazimnya, perubahan berlaku dengan cepat sejurus kelahiran. Ibu perlu tahu, masalah ini hanya bersifat sementara dan ianya mampu diatasi sekiranya ibu sememangnya telah bersedia dari awal.


Ketidakselesaan Selepas Bersalin

Ibu mungkin berasa sakit kekejangan di dalam perut, terutamanya pada waktu ibu menyusukan bayi. Ini disebabkan rahim ibu sedang mengecut semula ke saiz asal. Kesakitan ini mungkin berlanjutan selama beberapa hari.

Untuk meredakan kesakitan, ambillah ubat penghilang sakit yang tidak begitu kuat contohnya seperti paracetamol.


Sakit Pinggang & Belakang

Sakit pinggang dan belakang ini juga boleh terjadi kesan daripada proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, otot-otot yang biasanya tidak digunakan akan sama-sama bekerja keras. Kesannya, pinggang dan belakang badan rasa sakit. Pergerakan yang agak terbatas ketika dalam pantang juga boleh menjadi punca rasa sakit pinggang dan belakang.

Tidak dinafikan, ibu yang baru belajar menyusukan bayi turut mengalami masalah yang sama. Ini disebabkan posisi penyusuan yang tidak betul. Walau bagaimanapun, masalah sakit belakang dan sakit pinggang ini akan beransur pulih dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin.

Bagi melegakan masalah ini:

·           Berurut dapat melegakan tekanan pada otot-otot yang sakit.

·           Mandi air suam

·           Tuam kawasan yang sakit dengan pad pemanas ataupun bertungku.


Pundi Kencing

Pada hari pertama, membuang air kecil yang banyak merupakan perkara biasa kerana badan mengeluarkan cecair tambahan yang didapati semasa kehamilan.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Kebiasaannya, membuang air kecil mungkin sukar dilakukan disebabkan rasa sakit, jangan risau ibu pasti dapat mengatasinya.

·           Bangun dan berjalan ke sana sini untuk menggalakkan pengalirannya.

·           Berendam dalam air mandian.

·           Jika ibu mempunyai luka jahitan, cuba jiruskan air suam ke atasnya ketika ibu sedang membuang air kecil untuk mengelakkan rasa pedih.


Kencing Tidak Lawas

Tempoh berpantang sangat penting bagi ibu selepas bersalin kerana inilah peluang untuk ibu berehat kerana kehamilan dan kelahiran menyebabkan beberapa fungsi badan terganggu. Begitu jugalah dengan sistem peranakan. Antara masalah yang timbul ialah kencing tidak lawas. Masalah ini dikatakan berpunca daripada kedudukan rahim tidak berada pada tempat sepatutnya. Biasanya untuk mengatasinya, urutan menjadi pilihan. Peranakan akan diurut untuk menaikkan kembali atau meletakkannya ke tempat asalnya.

Selain itu, otot sekitar rahim boleh dikuatkan kembali dengan melakukan senaman kegel. Senaman kegel dilakukan dengan cara mengemut faraj seperti menahan  kencing. Tahan dan kira sehingga bilangan sepuluh sebelum berhenti dan kemut kembali beberapa ketika selepas itu. Ulang sebanyak empat kali untuk setiap sesi.

Walau bagaimanapun, senaman ini tidak dicadangkan kepada wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.


Gatal Pada Alat Sulit

Alat kelamin perlu dijaga agar kekal normal. Namun begitu, ramai di kalangan ibu tidak menjaganya sebaik mungkin. Akibatnya luka yang dialami lambat sembuh. Hal ini berlaku mungkin kerana ibu takut rasa pedih dan ngilu jika mereka menyentuh luka tersebut.

Akibatnya, alat sulit mengalami masalah gatal. Perkara ini terjadi disebabkan darah nifas dan pengabaian penjagaan kebersihan pada alat sulit. Darah nifas pada tuala wanita memudahkan pembiakan bakteria kerana kandungan protein dalam darah menjadi sumber makanan bakteria. Jangkitan bakteria boleh merebak hingga dalam anggota kelamin seterusnya menyebabkan timbulnya pelbagai komplikasi. Untuk memastikan tiada sebarang jangkitan kuman pada alat kelamin, tiada rasa gatal dan agar rasa tidak selesa segera sembuh, penjagaan kebersihan alat sulit perlu dititikberatkan.

Antara amalan tradisi penjagaan alat kelamin ialah membersihkannya dengan menggunakan garam kasar. Biarpun pedih, proses pengecutannya sangat cepat. Selain garam kasar, ibu juga boleh menggunakan manjakani. Caranya ialah dengan menumbuk manjakani sehingga halus dan sapukan pada alat sulit. Hasilnya luka akan cepat sembuh.


Sembelit

Tidak selesa atau sukar membuang air besar merupakan masalah biasa yang dialami ibu semasa berpantang. Jika diabaikan, ianya mungkin akan memudaratkan ibu. Sembelit berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu atau ubatan herba.

Selain itu, tidak mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Alasannya kebanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan bersifat “sejuk”. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman.

Untuk Mengatasi Masalah Ini:

·           Minum air antara 6 hingga 8 gelas sehari. Air membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman pada pundi kencing serta mampu mengelakkan sembelit.

·           Jangan suka menahan atau melengah-lengahkan untuk membuang air besar.  Segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

·           Lakukan banyak pergerakkan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

·           Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.


Buasir

Buasir terjadi pada bahagian dubur dan dikesan apabila saluran dubur membengkak. Buasir boleh terjadi sama ada di dalam atau di luar kawasan dubur. Bagi ibu yang mengalaminya,  ianya akan berasa sakit akibat tekanan pada saluran dubur yang membengkak sehingga menyukarkan proses pembuangan air besar. Masalah akan bertambah buruk apabila ibu juga mengalami sembelit.

Langkah Pencegahan:

·           Makan makanan yang kaya dengan serat.

·           Minum air antara 1.5 liter hingga 2 liter sehari.

·           Jangan ambil makanan yang terlalu pedas atau berempah.

·           Dapatkan rawatan segera jika ibu alami bengkak pada dubur dan najis berdarah.


Petua Mencuci Buasir

Ambil segenggam akar pokok kangkung, bersihkan dan rebus. Apabila sudah sejuk, minum air rebusan tadi dan tinggalkan sedikit untuk memcuci bahagian dubur.


Jahitan

Ibu mungkin akan berasa sakit pada bahagian jahitan untuk beberapa hari selepas bersalin. Selalunya benang akan melarut selepas seminggu dan jahitan luar akan tertanggal. Masalah ini bersifat sementara dan akan beransur hilang dalam masa beberapa hari selepas bersalin.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Pastikan jahitan dalam keadaan bersih dan keringkan kawasan berkenaan dengan sempurna.

·           Rasa sakit dapat dikurangkan dengan meletakkan bungkusan ais (kacang pea yang disejukbekukan dan diikat ke dalam beg plastik) pada kawasan berkenaan.

·           Baring untuk mengurangkan tekanan ke atas jahitan atau duduk pada tempat empuk.


Pendarahan

Ibu mungkin mengalami pendarahan faraj dalam masa dua hingga enam minggu. Jika ibu menyusukan bayi, pendarahan ini mungkin terhenti dengan lebih cepat. Lelehan merah cerah keluar dengan banyak pada mulanya tetapi beberapa hari berikutnya, lelehan berkurangan dan beransur-ansur berwarna coklat. Biasanya lelehan ini berterusan hingga kitaran haid yang pertama.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Pakailah tuala wanita untuk menyerap lelehan tersebut. Jangan gunakan tampon dalaman kerana ini boleh menyebabkan jangkitan.


Kurang Rehat

Masalah keletihan dan kelesuan sering melanda ibu selepas bersalin. Masalah ini mungkin berlanjutan untuk beberapa hari atau minggu. Oleh itu, ibu disarankan agar berehat secukupnya selepas bersalin kerana proses melahirkan anak amat memenatkan. Namun, ibu juga dinasihatkan untuk melakukan pergerakan ringan dan berjalan perlahan-lahan. Tindakan ini amat baik untuk memperbaiki otot-otot saluran darah nifas dan menyegarkan tubuh badan. Ibu yang aktif selepas bersalin juga akan berasa lebih segar.

Jangan bimbang, Ibu boleh berehat secukupnya kerana ahli keluarga sedia membantu untuk menjaga bayi. Bagi ibu yang terpaksa menjaga seorang diri, cuba “curi” masa untuk berehat apabila bayi sedang tidur. Ambil peluang untuk tidur bersama dengan bayi. Jangan malu kalau rumah bersepah kerana tetamu amat memahami keadaan anda yang memerlukan rehat yang cukup.


Gangguan Perasaan

Terdapat beberapa gangguan perasaan yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang.

Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan. Kemurungan akan bertambah jika ibu tidak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada ahli keluarga serta suaminya dari segi penjagaan bayi dan dirinya sendiri.

Ada ketikanya ibu berasa sedih beberapa hari selepas kelahiran. Satu daripada punca tersebut ialah perubahan yang tiba-tiba pada tahap hormon. Gangguan perasaan ini akan hilang. Namum jika ibu terus berasa sedih lebih dari empat minggu atau kemurungan ibu sangat serius, dapatkan rawatan segera.


Tanda-Tanda Gangguan Perasaan

·           Terlalu risaukan keselamatan bayi.
·           Sukar atau sering mengalami gangguan ketika tidur.
·           Suka termenung
·           Berdebar-debar dan degupan jantung menjadi laju.
·           Benci dengan keadaan sekeliling
·           Merasakan diri tidak lagi menarik dan cantik seperti dahulu.
·           Sering mengalami sakit-sakit kepala.

Sekiranya ibu berada dalam situasi sebegini, luahkannya kepada ahli keluarga terdekat, terutamanya suami atau orang yang dipercayai agar mereka boleh mendengar dan memberikan nasihat. Pastikan ibu mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain sebagai peneman.


Masalah Payudara

Bengkak Susu Dan Berdenyut

Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan terkumpul di dalam payudara. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Tahap kesakitan adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Untuk melancarkan pengeluaran susu serta meredakan kesakitan, ibu boleh melakukan rawatan tuaman ke atas payudara.


Puting Merekah Dan Berdarah

Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Rawat luka dengan menyapukan air susu ibu pada bahagian puting yang luka. Teruskan penyusuan seperti biasa.


Bentan

Bentan ialah keadaan bagi ibu selepas bersalin yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala. Ianya terjadi kerana termakan benda yang berbisa, melakukan kerja-kerja berat atau ibu jari kaki tersepak benda keras.

Mengikut amalan tradisional Melayu, semasa berpantang, pemakanan adalah perkara utama yang perlu dijaga. Ibu disarankan agar elakkan daripada memakan ikan berbisa seperti bawal hitam, pari, duri dan sembilang kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain ikan berbisa, ikan yang boleh mengakibatkan gatal serta menimbulkan reaksi alahan juga perlu dielakkan. Antaranya ialah ikan kembung, tamban, cencaru dan tongkol.

Ikan-ikan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin ialah seperti ikan haruan dan ikan yu. Ikan-ikan ini dikatakan boleh memulihkan luka yang dialami sepanjang proses kelahiran.

Sekiranya masalah ini berlaku, ibu hendaklah secepat mungkin dan cuba panaskan badan dengan berselimut serta menyapu minyak panas ke seluruh badan. Ibu turut disarankan agar meminum secawan kopi atau air gula panas.

Selamat Berpantang.


No comments:

Post a Comment