"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 September 2014

Teknik Simpan Susu Ibu

Susu perahan tidak boleh disimpan begitu sahaja, berikut adalah langkah demi langkah bagaimana Mama boleh menyimpan susu perahan Mama.


  1. Mulakan dengan memerah. Salurkan ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  2. Masukkan ke dalam bekas penyimpanan. Simpan kuantiti yang cukup dalam sebuah bekas untuk sekali penyusuan. Tinggalkan sedikit ruang udara untuk membenarkan proses pengembangan apabila susu dibekukan.
  3. Labelkan tarikh biarkan pada suhu bilik seketika sebelum dialihkan ke bahagian sejuk beku jika Mama berada di rumah.
  4. Jika Mama di pejabat atau di luar rumah, simpan di dalam beg chiller yang dilengkapi pek ais kering.
  5. Pindahkan ke dalam peti sejuk chiller sebelum ke bahagian sejuk beku.
  6. Periksa tarikh yang paling lama untuk dikeluarkan dahulu.
  7. Untuk bekalkan ke taska, Mama boleh mengalihkannya daripada ruang sejuk beku ke ruang penyimpanan biasa (chiller) dalam peti sejuk untuk dibekalkan kepada bayi keesokannya.
  8. Penjaga boleh mencairkan dengan rendam dengan air suam sehingga cair, kocak dengan lembut, rasa dengan bahagian belakang tangan suhunya sebelum diberikan kepada bayi.
  9. Susu ibu yang telah dicairkan / dipanaskan hanya bertahan selama 3 - 4 jam pada suhu bilik sebelum dianggap tidak selamat kerana khuatir dicemari bakteria.

No comments:

Post a Comment