"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

12 June 2014

Bersalin Lewat Dari Tarikh Jangkaan

Di penghujung kehamilan, anda tentu ternanti-nanti saat kelahiran bayi. Namun, ada segelintirnya terpaksa menunggu lama untuk melalui saat itu kerana perlu bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakkan doktor akan mengambil keputusan untuk membei ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi tujuh hari ataupun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebabkan:

Proses Kelahiran Menjadi Sukar
Bayi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.

Uri Tidak Berfungsi
Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.


Faktor Sebabkan Overdue

Sejarah Keluarga
Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan.

Saiz Kepala
Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

Tiada Kontraksi
Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.


Keperluan Induce (Ubat Cetusan)

Indius dilakukan kerana kebanyakkan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

Jenis-Jenis Induce


Membrane Sweep

Biasanya keadah ditawarkan kepada anda jika usia kehamilan melebihi 40 minggu. Doktor akan melakukan prosedur ini sewaktu melakukan pemriksaan bukaan serviks iaitu memisahkan kantung ketuban yang mengelilingi bayi daripada serviks. Anda mungkin perlu melakukan prosedur ini dua atau tiga kali sebelum ditawarkan kaedah proses induce yang lainnya.

Risiko:

Ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan jika serviks anda sukar dicapai. Dinasihatkan agar anda bertanya dengan lebih lanjut tentang prsedur ini sebelum ia dilakukan kerana anda perlu berulang kali melalui prosedur yang sama sebelum ia dapat dipastikan berkesan atau sebaliknya.


Prostaglandin

Ia merupakan bahan seperti hormon yang merangsang kontraksi rahim. Doktor akan memasukkan tablet, pessary atau gel yang mengandungi prostaglandin ke dalam faraj untuk melonggarkan serviks. Anda mungkin memerlukan dos kedua sama ada tablet atau gel selepas enam jam jika proses kelahiran belum bermula. Pessary melepaskan prostaglandin secara perlahan-lahan sepanjang tempoh 24 jam. Jadi, hanya satu dos diperlukan.

Risiko:

Terdapat risiko kecil di manakaedah ini boleh menyebabkan rahim terlebih rangsangan. Jika ini berlaku, ia boleh mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi. Dalam kes yang lebih yeruk, ia boleh menyebabkan rahim pecah.


Memecahkan Ketuban (Artificially Rupturing The Membranes)

Dengan memecahkan kantung ketuban, ia diharapkan dapat mempercepatkan proses kelahiran. Rutin ini dilakukan ketika doktor melakukan pemriksaan bukaan serviks anda.

Risiko:

Kadangkala kaedah ini kurang memberi kesan yang positif. Apabila kantung ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Jika hal ini berlaku, doktor mungkin terpaksa memberi anda antibiotik untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.


Syntocinon

Suntikan syntocinon mengandungi versi sintetik hormon oksitosin. Ia bertindak sama seperti hormon oksitosin semulajadi. Namun begitu, ia diberi kepada anda sebagai drip yang disuntik ke dalan saluran darah.

Oksitosin sintetik digunakan dalam proses induce sama ada dalam keadaan di mana anda belum mengalami kontraksi mahupun untuk merangsang kontraksi untuk menjadi lebih kuat agar dapat membantu kelahiran bayi dengan selamat. Setelah bayi dilahirkan, syntocinon mungkin akan diberi kepada anda untuk merangsang kontraksi bagi mengeluarkan plasenta yang sekali gusmenghalang pendarahan berlebihan pula.

Risiko:

Ia boleh menyebabkan kontraksi anda menjadi kuat dan menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami tekanan. Oleh kerana itu, keadaan anda perlu sentiasa dipantau secara berterusan.


1 comment:

  1. Salam...Kak engku saya nak tanya...sy ada sejarah bersalin lewat dr trikh jangkaan ni.. 41 week 2 days..dah induce 2 kali rasa sakit sikit lpas tu rs skit tu kurang..tanda nak bsalin tu tak da...lpas tu bukaan dah buka 4cm doktor pecah air ktuban...smntra menuggu tu anak saya jntung lemah dan suhu badan saya naik tetiba...trus emergency c-zer..saya nak tnya adakah kemungkinan perkara yang sama berlaku untuk anak no 2 3 dan seterusnya...sb mak saya kata masa nak lahirkan saya dulu pon over due jugak..tp saya dilahirkan normal..sy risau sb sy dah hamil 4 bln sekarang..risau perkara yang sama berulang....

    ReplyDelete