- Kuatkan semangat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diri dan kandungan sihat dan selamat.
- Jangan terlalu banyak berfikir dan sentiasa berfikiran positif.
- Usah melayan perasaan dengan kerap bersedih kerana ia akan mengganggu perkembangan bayi.
- Ada baiknya tinggal dengan ibu bapa atau mertua semasa di akhir kehamilan. Jika ibu bapa tiada, minta adik-beradik atau sesiapa yang boleh membantu untuk tinggal bersama.
- Jika tiada sesiapa dapat menemani, maklumkan kepada tetangga tentang kehamilan anda agar mereka boleh membantu apabila berlaku hal kecemasan.
- Pastikan ahli keluarga yang menginap bersama anda sepanjang tempoh akhir kehamilan tahu memandu kenderaan dan mempunyai lesen yang sah.
- Makluman kepada ahli keluarga tentang lokasi hospital paling dekat dengan rumah jika hal kecemasan berlaku sekiranya anda tidak boleh bersalin di hospital pilihan. Sama juga halnya dengan rakan-rakan di tempat kerja. Pastikan ada yang tahu lokasi hospital berdekatan.
- Siapkan beg persediaan ke hospital lebih awal. Tempatkan di dalam kereta peribadi ataupun bawa ke mana sahaja anda berada.
- Hubungi talian kecemasan 999. Berikan butiran lengkap dan minta mereka hantar skuad kecemasan dengan segera.
- Usah kunci pintu agar mudah untuk skuad atau jiran beri bantuan.
- Ambil tuala, selimut atau kain. Letakkan di bawah punggung dan kain selebihnya berdekatan dengan anda. Apabila bayi selamat dilahirkan anda boleh mengelapnya dengan segera. (Sekiranya pertolongan belum tiba sedangkan bayi sudah selamat dilahirkan, anda boleh juga menggunakan baju untuk membalut bayi tersebut).
- Sekiranya anda tidak dapat menahan diri daripada meneran, cuba gunakan teknik pernafasan secara mencungap atau mengiring. Pastikan juga anda berada dalam keadaan baring kerana jika anda berada dalam keadaan berdiri, bayi akan terjatuh dan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepadanya. Jangan lupa untuk menanggalkan seluar dalam anda.
- Banyakkan berdoa agar anda tenang hadapi saat genting ini.
No comments:
Post a Comment