Ramai ibu yang hamil anak sulung kurang arif dalam
membuat persediaan menghadapi kelahiran. Malah masih ada segelintir yang kurang
bersedia dalam menyediakan segala keperluan untuk ‘orang baru’. Bersiap sedia
dengan segala peralatan keperluan amat penting supaya segalanya berjalan lancar
sehingga tiba hari melahirkan anak.
Perkara penting yang perlu diambil berat dan harus
diketahui oleh ibu:
· Langkah demi langkah yang perlu diambil apabila
merasa tanda-tanda untuk bersalin.
· Memberitahu tanda-tanda bersalin kepada suami
· Seelok-eloknya, sediakan semua peralatan yang perlu
dibawa ke hospital/klinik bersalin dari awal-awal lagi.
· Memberi langkah-langkah / tip kepada suami
· Dapatkan tip daripada ibu (hari pertama bersalin)
· Hari selepas keluar dari hospital atau penjagaan di
rumah
Jangan panik apabila tanda-tanda bersalin tiba.
Antara tanda-tandanya ialah:
· Rasa sakit di belakang atas perut sehinggan tulang
belakang dan rasa sakit itu semakin meningkat kekerapan dan kesakitannya.
· Show – keluar darah dan lendir dengan tiba-tiba.
· Turun air –pecah air ketuban.
Maka, sudah tiba masanya untuk ke klinik / hospital
bagi pemeriksaan pengesahan. Pastikan anda membuat senarai bagi mengelakkan
keciciran barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke klinik / hospital.
Langkah Yang Perlu Diambil Oleh Suami
Pada hari pertama selepas melahirkan anak, isteri
masih lemah. Berilah sokongan moral supaya dapat membantu isteri agar lebih
kuat dan cepat sembuh. Berilah 100% sokongan dan perangsang kepada isteri.
Ketika ini,kasih sayang anda amat diperlukan. Masaklah atau belikan makanan
kegemaran isteri. Jangan takut untuk menyentuh atau memegang bayi. Paling
afdal, suami melaungkan azan dan qamat ke telinga bayi anda.
Bayi akan diperiksa sebelum diserahkan kepada ibu.
Doktor akan mengenal pasti masalah kecacatan sekiranya ada, sebelum menerangkan
dengan terperinci kepada ibu dan bapa mengenainya.
No comments:
Post a Comment