Jagaan sertamerta selepas dijahit:
1. Lakukan pemerhatian ke atas luka episiotomi:
1. Lakukan pemerhatian ke atas luka episiotomi:
- - Pendarahan dar insisi
- - Hematoma
- - Aduan sakit pada insisi
2. Jagaan kebersihan perineum:
- - Vulva swabbing dilakukan selepas kelahiran
- - Pakaikan pad yang steril
3. Ambil ubat analgesik seperti arahan doktor untuk mengurangkan rasa sakit
Jagaan Seterusnya:
1. Jagaan perineum (kemaluan):
Jagaan Seterusnya:
1. Jagaan perineum (kemaluan):
- Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
- Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
- Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
- Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
- Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor
2. Pemakanan:
- Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
- Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.
3. Senaman dan Aktiviti:
- Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
- Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
- Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
- Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh
4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
- Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
- Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
- - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
- - Cantuman luka : elok atau terbuka
- - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
- - Ibu mengalami Demam
* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.
Salam.. saya telah melalui episiotomy dan telah di jahit 2 kali sebab jahitan pertama terbuka. persoalan saya jahitan masih belum baik walaupun sudah 3 minggu. adakah kerana jahitan kali kedua lambat sembuh? bolehlah luka di letakkan gel gamat, manjakani, untuk mempercepatkan penyembuhan?
ReplyDelete