"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

07 February 2014

Perut Buncit Selepas Bersalin

Alamak perut buncit, geleber, lembik dan regangan! Sudah tentu keadaan ini menyedihkan Mama. Betul tak? Malah akan ada sedikit kurang yakin pada diri sendiri apabila melihat ada ibu yang melahirkan masih kekal ramping walaupun beranak tiga. Apa tindakan segera yang Mama mesti lakukan.

Setiap wanita berbangga memiliki ubuh badan yang langsing serta perut yang cantik dan rata. namun selepas melahirkan anak, setiap wanita akan mempunyai masalah perut iaitu perut mengeleber, lembik, buncit dan regangan. Lebih menyedihkan seluar yang dipakai sebelum bersalin sudah tidak muat lagi! Sebagai jalan singkat, ada yang sanggup menghabiskan beribu setelah tekad untuk membeli korset.

Namun, untuk tampil untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing dan perut yang cantik anda harus mengamalkan pelbagai amalan yang memerlukan displin dan semangat yang tinggi. Bayangkan perut yang mengembang selama sembilan bulan, memerlukan tempoh masa tertentu untuk kembali kempis. Untuk tampil langsing bukannya hanya sekelip mata! Antara amalan yang mesti dilakukan selepas bersalin adalah pemakaian bengkung.

Alat bantu ini amat berguna selepas melahirkan anak. Ia biasanya dipakai setelah beberapa hari melahirkan anak. Mungkin ada yang rimas, panas dan tidak selesa. Tetapi berbengkung dapat boleh membanu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

Kepentingan Bengkung

Penggunaan bengkung sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia dipakai oleh wanita yang bersalin sejak sekian lama. Dahulu, kain bengkung dijahit oleh ibu untuk penggunaan tempoh memulihkan diri selepas bersalin. Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot, tulang, urat, sendi dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.

Mengikut peredaran masa, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Kini terdapat dipasaran pelagai pilihan untuk memberi keselesaan pemakai.


1. Bengkung Barut
2. Bengkung Zig Zag
3. Bengkung Lilit (Bengkung Jawa)
4. Bengkung Roda
5. Bengkung Moden (velcro strap)
6. Bengkung Czer

Cara Memakai Bengkung

Untuk mendapat kesan yang lebih berkesan, dapatkan bengkung yang berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai. Ia sebaiknya dipakai sepanjang masa, siang dan malam. Pastikan ia dipakai secara betul iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen dan ikat sampai ke bahagian bawah payudara. 

Bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah. Pada masa yang sama, bengkung dialas dengan kain lain supaya tidak kotor kemudian alaskan dengan herba antaranya daun pandan atau lengkuas. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba, sapu juga dibahagian belakang. Jika sukar mendapatkan dedaun herba gunakanlah krim atau losyen untuk bengkung dikedai.

Faedah Berbengkung

Berbengkung dikatakan mampu membantu:

1. Mengempiskan bahagian perut

2. Mengurangkan berat badan

3. Mengetatkan perut dan otot yang longgar semasa kehamilan

4. Menggalakkan postur yang baik

5. Membantu penyusuan bayi

6. Memecahkan lemak dan selulit

7. Menegangkan kulit yang mengeleber

8. Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang

9. Sebagai sokongan kepada perut selepas bersalin

10. Ia juga mengelak daripada berasa sakit semasa batuk atau bersin.

11. Dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengempiskan perut.



Bengkung czer biasanya adalah jenis velcro strap yang boleh diletakkan dimana mana mengikut keselesaan. Mudah dipakai kerana melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka bedah.


No comments:

Post a Comment