Menghilangkan
Rasa Pening Kepala
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selain dari rasa
letih dan lesu mereka juga rasa kepala mereka pening dan berat. Jika berambut
panjang bolehlah anda mendandan rambut anda dengan rapi dan mengikat kuat
rambut anda itu dengan getah pengikat rambut, biarkan rambut anda tegang.
Dandanan ini akan menegangkan muka anda selain dari
itu boleh menghindarkan dari sakit kepala dan terkena penyakit angin meroyan
(penyakit jiwa bagi ibu-ibu yang baru bersalin). Oleh itu ikatlah rambut anda
selama dalam pantang 44 hari bagi orang-orang Melayu.
Selain itu, anda juga boleh mencuba petua ini, ambil
tiga biji limau kasturi, atau limau nipis, belah dua, airnya jaramkan pada
kulit kepala anda, biarkan air limau itu kering di kulit kepala anda. Setelah
itu barulah anda mencucinya dengan air sejuk. Lakukan cara ini sebelum mandi
pagi.
Menghilangkan
Gatal-Gatal Pada Vagina Selepas Melahirkan Anak
Selain daripada kebersihan badan, ibu patut juga
tahu menjaga kebersihan vagina supaya cepat sembuh dan jangan dijangkiti kuman.
Caranya, ambil 7 helai daun sirih, bersihkan daun
tersebut dan rebus dengan 2 gelas air. Campurkan dengan sedikit perahan air
asam jawa, rebus bahan-bahan itu sehingga mendidih. Gunakan untuk membasuh
vagina bilarebusan itutelah sejuk. Lakukan setiap hari sehingga luka-luka pada
vagina sembuh.
Menghilangkan
Sakit Buah Dada Ketika Dalam Pantang
Adakalanya ibu yang baru melahirkan akan mendapat
demam kerana buah dadanya mengeras. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencari
sarang tebuan tanah, campurkan dengan asam jawa dan basahkan dengan sedikit
air. Setelah itu sapukan pada buah dada yang sedang mengeras,sapukan beberapa
kali hingga buah dada anda tidak sakit lagi.
Rasa
Lemah Badan Selepas Bersalin
Bagi ibu yang berasa lemah badan selepas bersalin
dan rasa lemah itu terlalu sukar untuk dipulihkan, anda hendaklah makan sup
daging bercampur sedikit halia setiap hari, tambahkan sedikit lada hitam di
dalam sup tersebut.
Sup ini hendaklah dimakan setiap pagi sebagai menggantikan
sarapan pagi. Amalkan makan sup ini selama sebulan. Selain dari itu, tambahkan
sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anda. Anda akan bertambah sihat
setelah mengamalkan diet itu.
Mengatasi
Peranakan Turun Dan Salah Tempat
Pekerjaan yang terlalu banyak dan berat, mengangkat
barang-barang yang berat akan menyebabkan peranakan anda menjadi lemah dan
mudah turun.
Untuk mengatasi masalah ini hendaklah anda mengikat
perut bahagian bawah dengan kuat dengan tali pinggang dari kain, tujuannya biar
perut anda tidak mudah bergoyang. Selain dari itu amalkanlah berendam dalam air
mandian yang panas-panas suam setiap hari selama setengah jam, lakukan rawatan
ini sehingga kesihatan anda pulih.
Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai peranakan yang
lemah akan mengalami peranakan yang salah tempat, setelah mereka melahirkan
anak. Tanda-tandanya anda mungkin berasa tidak selesa dan sering buang air
kecil. Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah melakukan senaman ringan.
Caranya, dengan berurut, atau berbaring dengan
menaikkan kedua kaki anda condong ke dinding. Lakukan cara ini setiap pagi dan
petang. Sehingga anda berasa sembuh.
Mengatasi
Sakit Angin Semasa Dalam Pantang
Petua mengatasinya dengan minum air halia yang
direbus dengan sedikit gula. Ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk
halia tersebut hingga halus, rebus dengan dua gelas air hingga mendidih,
sejukkan dan minum dua kali sehari pagi dan petang. Amalkan selama dua hari
hasilnya tentu memuaskan.
Badan
Terasa Seram Sejuk Semasa Dalam Pantang
Semasa dalam pantang anda mungkin mengalami rasa
seram sejuk secara tiba-tiba kepala pening. Ini dikatakan bentan, untuk
mengatasinya anda hendaklah berehat secepat mungkin,minum segelas kopi panas
atau air panas bercampur gula sebanyak satu gelas, sapu ibu kaki dengan hirisan
bawang merah. Selimutlah dengan selimut tebalsehingga anda berpeluh.
Semasa dalam pantang elakkan memakan makanan yang
berbisa seperti rebung, nenas,buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat,
manggis dan sebagainya.
Bentan yang teruk boleh menyebabkan rabun mata dan
lemah badan. Oleh itu, ibu-ibu semasa dalam pantang hendaklah menjaga pemakanan
dengan betul dan rehat dengan cukup untuk menghindarkan bentan.
Pernah alami yg seram sejuk tu..terus terkujat! Sb xpenah alami
ReplyDelete