Proses melahirkan bermula dengan kontraksi.
Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan
ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan.
TANPA BANTUAN UBAT
Berkedududkan Tegak
Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan
yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika
perlu.
Duduk Ke Hadapan
Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di
atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang
disilangkan.
Melutut Ke Hadapan
Melutu dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke
hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.
Posisi Merangkak
Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai.
Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namun, jangan lengkungkan
badan.
Meniup
Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda
belum terbuka sepenuhnya. Sebut ‘huf..huf..’ seperti meniup untuk mengurangkan
rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas
tangan dan arahkan punggung ke atas.
MENGGUNAKAN UBATAN
Suntikan Narkotik
Kebiasaannya suntikan ini dilakukan di bahagian
punggung. Suntikan pethidine yang digabungkan bersama maxalon (ubat lawan
muntah) diberi ketika tahap pertama proses bersalin. Kelebihan penggunaan
suntikan ini ialah ibu boleh beristirehat ataupun tidur. Ini kerana suntikan
ini merupakan sedatif dan membuat rasa mengantuk. Suntikan ini paling bagus
diberi jika anda terlalu cemas. Namun, anda boleh mengalami kesan sampingan
jika menerima suntikan satu hingga empat jam sebelum melahirkan. Anda dan bayi
akan mengantuk dan mengalami masalah perbafasan. Akibat terlalu mengantuk juga,
anda mungkin gagal meneran dengan baik. Walau bagaimanapun, jika bayi mengantuk
selepas dikeluarkan, antidot narcan akan digunakan untuk mengatasinya.
Epidural
Suntikan yang dilakukan di bahagian tulang belakang ini
baik jika anda tidak tahan sakit, melahirkan anak pertama, proses kelahiran
mengambil masa yang panjang, mengalami tekanan darah tinggi dan pernah
melahirkan kembar secara pembedahan. Suntikan ini diberi oleh doktor pakar bius
setelah kontraksi yang dialami semakin kuat. Dengan menggunakannya, anda dapa
bertenang dan tidak stress. Namun, akibat terlalu selesa, anda mungkin sukar
untuk meneran dengan baik dan boleh meningkatkan risiko penggunaan vakum dan
forsep untuk mengeluarkan bayi.
Entonox
Kaedah menahan sakit ini menggunakan topeng yang
akan disalurkan dengan campuran gas nitrius oksida dan oksigen. Anda perlu
menghidu gas menggunakan topeng ketika awal hingga lewat tahap pertama proses
bersalin. Jika anda tidak menyedut dengan betul, rasa sakit tidak dapat
dihilangkan. Sebetulnya topeng mesti dipekap ke bahagian muka sehingga tiada
ruang rongga. Hidu gas sedalam-dalamnya dan kemudian tarik dan hembus seperti
biasa. Jika dilakukan dengan betul kesannya dapat dirasai selepas 15 saat.
Setiap kali kontraksi berlaku, lakukan langkah yang sama. Oleh kerana kesannya
akan hilan dalam tempoh seminit selepas dihidu, jadi anda perlu kerap menghidu
topeng entonox.
No comments:
Post a Comment