Memang
tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap
wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang
ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika
melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi.
Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin.
Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk
melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan
juga kaedah epidural.
Kaedah
teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik
nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam
kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan
bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan
otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan.
Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan
ia lebih bersifat semula jadi.
Ubat-ubatan
Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi
ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan.
Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan
mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan
biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan.
Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan
sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke
otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas
ketika bersalin.
Epidural
Penggunaan
suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika
puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan. Suntikan epidural
diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan
kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula
dari rahim ke otak.
Suntikan
epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa
pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi
bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan
meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean.
Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada
bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah
ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah
kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Bagaimanapun,
epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana
kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada
struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan
kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.
Kebanyakan
wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan.
Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali
lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka
panjang.
Rungutan
atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit
pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal
tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan,
regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural
sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang
seseorang.
Kesan
sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian
bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai
ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah
rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin
memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat
bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.
Pernafasan
Adalah
elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul.
Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika
menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau
meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan
daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan
yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.
Kedudukan
bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20
peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada
peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada
peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan
berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia
kandungan.
No comments:
Post a Comment