"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 April 2013

Pemeriksaan Bayi Selepas Bersalin



Setelah bayi dilahirkan, doktor akan segera membuat pemeriksaan awal bagi memastikan kesihatan dan anggota fizikalnya adalah normal. Pemeriksaan awal yang dilakukan sejurus bayi dilahirkan ialah ukuran lilitan kepala, panjang dan berat. Pemeriksaan ini dilakukan di bilik bersalin atau bilik bedah. Setelah bayi dikeluarkan dari bilik bersalin dan dibersihkan oleh jururawat, pemeriksaan susulan untuk keseluruhan anggota badan dilakukan bermula kepala hingga hujung kaki.


Ukuran Lilitan Kepala, Berat Dan Panjang

Ketiga-tiga pemeriksaan ini dilakukan, sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ukuran lilitan kepala, tinggi dan berat bayi inilah akan dijadikan pengiraan awal untuk direkodkan dalam carta pembesaran bayi seterusnya.

  
Kepala

Bahagian kepala bayi diperiksa untuk memastikan tiada bengkak pada tempurung kepala yang mungkin disebabkan oleh penggunaan forsep atau vakum. Malah, tanda kelahiran turut diteliti jika ada di kepala bayi.


Mata

Pemeriksaan terhadap mata dan kedudukannya adalah bagi memastikan pancaindera ini dalam keadaan normal. Dengan menggunakan lampu khas, anak mata disuluh untuk memastikan tiada unsur katarak pada mata bayi.

  
Mulut

Mulut bayi diperiksa untuk memastikan bayi tidak mengalami masalah sumbing. Dengan menggunakan spatula, mulut bayi dibuka untuk memastikan bayi tidak mengalami masalah bengkak gusi.


Telinga dan Hidung

Bahagian telinga dan hidung diperiksa sepintas lalu untuk memastikan bayi tidak mengalami sebarang jangkitan dan dalam keadaan normal.

  
Paru-Paru Dan Jantung

Stetoskop digunakan untuk mengesan degupan jantung dan paru-paru bayi. Pemeriksaan ini untuk memastikan bayi bernafas dalam keadaan baik. Pernafasan yang laju memberi tanda bayi mungkin bermasalah.


Jari Dan Kaki

Pemeriksaan keseluruhan kaki dan jari bayi dilakukan untuk memastikan dalam keadaan normal. Jika ada masalah atau kecacatan pada bahagian ini, pemeriksaan lanjut akan dilakukan.

  
Alat Kelamin

Pemeriksaan dilakukan sekitar bahagian alat kelamin bayi supaya ia dalam keadaan normal. Bagi bayi lelaki, pemeriksaan dilakukan kepada penis untuk memastikan tiada berlaku bengkak dan pengumpulan lendir pada bahagian itu.


Tindakan Refleks

Ujian ini dilakukan dengan melepaskan tangan bayi untuk memastikan adanya tindak balas refleks termasuk genggaman dan gerakan tangannya. Ini untuk memastikan sistem sarafnya berfungsi dengan normal.

  
Tulang Belakang

Tulang belakang diperiksa bagi memastikan ia dalam keadaan lurus. Jika bahagian tulang itu bengkok, mungkin kedudukan tulang tidak betul dan memerlukan rawatan.


Nota :

Pemeriksaan awal dilakukan untuk memastikan bayi balik dalam keadaan sihat. Jika ada masalah, doktor akan membuat tindakan susulan dengan memberi rawatan selanjutnya. Antara masalah yang ada ialah jantung bayi tidak berdegup normal, masalah pinggul dan katarak pada mata. Keseluruhan pemeriksaan ini hanya melibatkan masa lima minit sahaja.

No comments:

Post a Comment