Di dalam rahim ibu, dari setitis air mani dan telur
ibu menjadi segumpal darah. Dari segumpal darah menjadi seketul daging dan
tulang. Kemudian ditiupkan roh kedalamnya. Itulah asal kejadian manusia.
Firman Allah:
“Dan (ingatlah), ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; akan menciptakan manusia (Adam)
daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang
diberikan bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah
meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan
bersujud.”
(Surah al-Hijr: 28-29)
Firman Allah Lagi:
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang
menjadikan kamu daripada asalnya seorang diri (Adam) dan daripadanya pula diciptakan
seorang isteri (pasangan) dan daripada kedua-duanya melahirkan keturunan yang
banyak, yang terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita.”
(Surah an-Nisa: 1)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hendaklah kamu sering berpesan dan
ingat-mengingatkan sesuatu yang baik kepada para wanita (isteri-isteri kamu),
kerana sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang
rusuk yang paling bengkok ialah terletak di bahagian teratas sekali.”
(Riwayat
Bukhari)
Firman Allah:
“Sesungguh Kami
menciptakan manusia daripada tanah. Kemudian Kami jadikan manusia daripada saripati
air mani (nutfah) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Dari
nutfah (benih) Kami proses menjadi ‘alaqah (segumpal darah), dari ’alaqah
menjadi mudghah (segumpal daging), kemudian dari segumpal daging Kami jadikan
tulang. Dan setelah proses itu Kami balut pula dengan daging. Setelah itu Kami
ciptakan makhluk baru berbentuk lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling
baik.”
(Surah
Al-Mukminum: 12-14)
Firman Allah lagi bermaksud:
“Dan setelah (sempurna
proses kejadian) itu Kami tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan (kadar
masa) yang Kami kehendaki sehingga batas waktu yang ditentukan, kemudian Kami
keluarkan (zahir) kamu selaku bayi.”
(Surah
Al-Hajj: 5)
Fetus adalah percantuman benih wanita (telur) dan
lelaki (sperma). Fetus inilah yang dipanggil embrio dalam tempoh enam hingga
lapan minggu kehamilan.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud r.a
katanya; Rasulullah s.a.w.telah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya salah
seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam rahim ibunya sejak air mani (nutfah)
selama 40 hari sehingga menjadi segumpal darah (‘alaqah). Kemudian setelah itu
dijadikan pula seketul daging (mudghah) dibiarkan pula selama 40 hari.
Kemudian, barulah diutuskan kepadanya malaikat bagi ditiupkan roh.
Setelah itu barulah
dicatakan empat perkara; iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan kecelakaannya
atau kebahagiannya. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya salah
seorang kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak di antaranya dengan
syurga cuma sehasta, tetapi oleh kerana ia telah ditentukan sebelum itu sebagai
ahli neraka, maka ia pun beralih mengerjakan amalan ahli neraka. Ketika itu ia
mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan amalan ahli neraka sehingga jarak di antaranya dengan neraka cuma
shasta, tetapi oleh kerana sebelum itu ia telah ditentukan sebagai ahli syurga,
maka ia beralih mengerjakan amalan ahli syurga. Ketika itu ia mati, maka
masuklah ia ke dalam syurga.”
No comments:
Post a Comment