"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

21 February 2013

Penjagaan Kehamilan

Minggu 1 - 12 (Trimester Pertama)

Alahan
Macamana alahan semasa hamil yang mungkin saya alami?
Masalah dan alahan yang mungkin puan alami ialah rasa loya dan muntah, tidak selesa dengan bau tertentu dan mengalami gatal-gatal di bahagian kulit.

Ada tak cara saya nak atasi alahan tersebut?
Puan boleh atasi dengan mengelakkan punca alahan tersebut. Sekiranya puan mengalami muntah yang teruk, puan perlu mendapatkan nasihat doktor. Bagi mereka yang mendapat gatal-gatal pada kulit, elakkan mengguna sabun yang ada pewangi dan sekiranya semakin teruk sila dapatkan nasihat doktor.

Minggu 13 - 24 (Trimester Kedua)

Masalah / Penyakit yang perlu diberi perhatian

Kenapa bila saya hamil saya boleh menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes (kencing manis)?
Apabila puan hamil, terjadinya perubahan fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit hipertensi dan diabetes semasa hamil.

Saya sentiasa pucat semasa hamil. Kenapa?
Ini adalah kerana puan mungkin kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor kerana kurang darah memberi kesan kepada puan dan pertumbuhan bayi.

Ada tak penyakit kronik lain yang perlu diberikan perhatian semasa hamil?
Ada, seperti penyakit jantung, asma, tiroid dan lain-lain.

Pelalian semasa hamil

Apakah jenis pelalian yang diberi semasa hamil? Apa tujuannya?
Pelalian yang diberikan semasa hamil ialah anti-tetanus (ATT). Tujuannya adalah untuk mencegah puan dan bayi dari jangkitan kuman tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.

Berapa kerapkah saya akan diberi pelalian?
Sekiranya puan pertama kali hamil, puan akan diberi pelalian anti-tetanus sebanyak 2 kali. Untuk kehamilan seterusnya, puan hanya diberi pelalian sekali sahaja.

Pergerakan bayi dalam kandungan

Perlukah saya beri perhatian terhadap pergerakan bayi dalam kandungan?
Ya. Pergerakan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. Sekiranya pergerakan bayi berubah dari biasa / kurang gerak / lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan Gigi

Perlu ke saya buat pemeriksaan gigi semasa hamil? Boleh ke?
Ya. Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat. Ia disyorkan kerana perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi. Masalah yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa minggu 13 hingga 24.

Risiko kelahiran pramatang (tidak cukup bulan)

Adakah saya berisiko untuk melahirkan bayi pramatang?
Ya. Jika puan mengalami masalah seperti di bawah:
~ Pernah mengalami kelahiran pramatang.
~ Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
~ Uterus dan serviks yang luar biasa.
~ Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh tekanan darah tinggi semasa hamil dan uri di bawah.
~ Kurang sokongan sosial
~ Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil.
~ Jangkitan pada salur kencing.
~ Jangkitan dalam rahim.
~ Kecacatan bayi dalam kandungan.

Apa tanda-tanda kelahiran pramatang?
Sakit perut seperti hendak bersalin dan pecah mentuban sebelum masa bersalin.

Macamana rawatan untuk bayi pramatang?
Bayi pramatang akan diberikan penjagaan dan rawatan rapi di hospital bergantung kepada tahap kesihatan bayi. Beri susu ibu agar pertumbuhan bayi akan lebih cepat.

Minggu 25 - 40 (Trimester Ketiga)

Persediaan untuk bersalin

Tanda Bersalin

Macamana tanda sakit yang menunjukkan sudah sampai masa untuk saya bersalin?
~ Lendir bercampur darah keluar dari faraj.
~ Sakit perut seperti hendak buang air besar.
~ Sakit pada bahagian pinggang.
~ Pecah air mentuban.
~ Sakit semakin kerap dan tempoh sakit semakin panjang.

Tempat yang sesuai untuk bersalin

Dimana tempat yang paling sesuai untuk saya bersalin dengan selamat?
Tempat yang paling sesuai untuk puan bersalin dengan selamat adalah tempat yang mempunyai anggota kesihatan yang terlatih, kemudahan yang lengkap, bersih dan selamat.

Teknik Bersalin

Macamana cara untuk saya bernafas semasa bersalin?
Terdapat teknik pernafasan semasa bersalin yang merangkumi 3 langkah iaitu:
~ Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot pada bahu, muka dan tangan.
~ Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk menghilangkan rasa sakit.
~ Apabila kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut secara pendek (shallow breath).

Penyusuan Susu Ibu

Bila boleh saya mulakan penyusuan susu ibu selepas bersalin?
Secepat mungkin. Sebaik-baiknya penyusuan dimulakan dalam masa sejam selepas bersalin.

Berapa kerap saya perlu menyusu bayi dengan susu ibu dan berapa kuantiti?
Puan perlu beri susu ibu kepada bayi sekerap mungkin.

Peralatan Bayi Dan Ibu

Apakah peralatan bayi dan ibu yang perlu saya sediakan?

Ibu
~ Sehelai blaus
~ Sehelai kain sarung
~ Stokin
~ Baju sejuk
~ Pakaian dalam
~ Tuala wanita
~ Peralatan mandian
~ Tuala mandi

Bayi
~ Sepasang baju
~ Lampin pakai buang
~ Stokin
~ Sarung tangan
~ Barut
~ Selimut bayi
~ Tuala mandi

Bagaimanakah cara penggunaan lampin dan penjagaannya?
Puan boleh menggunakan lampin kain atau lampin pakai buang yang ada di pasaran. Ia hendaklah ditukar sebaik sahaja bayi membuang air kecil atau besar untuk mengelakkan jangkitan kuman atau masalah kulit pada bayi. Puan boleh juga menggunakan krim untuk mencegah ruam lampin.

Dewan Bersalin

Apa yang perlu saya buat sebelum masuk ke dewan bersalin?
Puan perlu membersihkan diri dan memakai pakaian bersih yang disediakan.

Apa yang perlu saya buat semasa berada di dewan bersalin?
Puan perlu tenangkan diri dan mengikut arahan anggota kesihatan sepanjang proses bersalin. Puan boleh bertanya sekiranya ada sebarang soalan.

Boleh ke suami saya temankan saya semasa bersalin?
Ini bergantung kepada peraturan yang ditetapkan di fasiliti tersebut.

Saya seorang muslim. Boleh ke suami saya iqamat / azankan bayi dengan segera selepas bayi dibersihkan dalam dewan bersalin?
Boleh, suami puan boleh iqamat atau azankan bayi selepas bayi dibersihkan.

Bilik Penjagaan Bayi (Nurseri)

Bayi saya akan diletakkan bersama saya ke selepas bersalin?
Kebanyakkan bayi akan diletakkan bersama ibu melainkan bayi puan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan khas.

Apa yang saya perlu lakukan selepas bersalin di hospital?
Suami perlu melaporkan kelahiran di klinik kesihatan berhampiran untuk membolehkan jururawat membuat perawatan di rumah.

Rehat

Perlu ke saya berehat secukupnya selepas bersalin?
Ya, puan perlu berehat secukupnya bagi menjamin kesihatan yang optima.

Selepas bersalin macamana saya nak jaga emosi saya sebab banyak faktor yang akan mempengaruhi emosi saya?
Puan perlu mendapatkan rehat secukupnya serta sokongan daripada suami dan keluarga serta melakukan senaman postnatal.

Macaman saya hendak berehat sedangkan banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk menjaga bayi?
Puan boleh cuba memperuntukkan masa untuk berehat dalam kesibukan dan suami serta ahli keluarga lain perlu membantu.

Pakaian

Selepas bersalin, apakah jenis pakaian yang sesuai untuk saya?
Puan boleh memakai pakaian yang longgar dan selesa serta coli yang sesuai bagi memudahkan penyusuan susu ibu.

Pemeriksaan Postnatal

Bila saya perlu datang ke klinik untuk pemeriksaan postnatal?
Biasanya puan diminta hadir ke klinik selepas sebulan bersalin. Sekiranya puan mengalami masalah kesihatan, puan perlu segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.

Apakah tujuan pemeriksaan postnatal?
Ia adalah bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan puan berada dalam keadaan baik dan pemeriksaan pap smear biasanya dibuat pada masa yang sama. Puan juga akan dinasihatkan berkenaan dengan kaedah perancang keluarga.

Peralatan Bayi

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan peralatan bayi?
Pastikan peralatan bayi disimpan di tempat bersih. Sesetengah peralatan bayi seperti bekas menyimpan susu perahan perlu didihkan atau rendam menggunakan ubat steril peralatan bayi.

Kad Bayi

Apakah kad bayi perlu sentiasa di bawa ketika pemeriksaan oleh anggota kesihatan?
Ya, ianya perlu untuk merekodkan perkembangan bayi.

Bilakah masa yag sesuai untuk saya mendaftar kelahiran bayi selepas dilahirkan?
Kelahiran bayi perlu didaftarkan secepat mungkin.

Apakah keperluan untuk mendaftar kelahiran bayi saya?
~ Borang JPN LMO1
~ Kad pengenalan ibu dan bapa
~ Kad pemeriksaan kehamilan
~ Dokumen pengesahan kelahiran
~ Sijil nikah

Jadual Imunisasi Bayi

Apakah imunisasi yang akan diberikan kepada bayi saya selepas dilahirkan di hospital?
Bayi puan akan diberikan imunisasi BCG dan Hepatitis B.

Adakah terdapat imunisasi lain yang perlu diberi kepada bayi saya? Bila dan di mana?
Ya, imunisasi bayi perlu diberi sehingga bayi berumur 18 bulan. Ia boleh didapati di klinik kerajaan atau swasta mengikut jenis dan jadual yang telah ditetapkan. Amat penting bagi puan membawa bayi pada masa yang ditetapkan.

Jaundis (Penyakit Kuning)

Apakah jaundis?
Jaundis ialah masalah kekuningan pada kulit dan mata bayi.

Mengapa jaundis boleh berlaku terhadap bayi saya?
Ia disebabkan oleh tahap bilirubin yang berlebihan dalam darah.

Apakah tanda-tanda jaundis pada bayi?
~ Kekuningan di selaput mata dan kulit bayi.
~ Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
~ Najis bayi kelihatan pucat atau air kencing menjadi pekat.

Apa yang perlu saya lakukan jika bayi saya jaundis?
~ Mendapatkan rawatan segera ke hospital atau klinik yang berdekatan jika terdapat tanda-tanda jaundis.
~ Elakkan dari memberi atau mengambil ubat tradisional secara mandian atau minum (cthnya susu kambing, alkohol dan lain-lain)
~ Elakkan daripada menjemur bayi di bawah matahari kerana ia akan menyebabkan kekeringan.
~ Meneruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap.

Penjagaan Bayi

Bagaimanakah cara untuk saya mandikan bayi?
Puan hendaklah menggunakan air suam dan bersih. Pastikan suhu air sesuai. Bersihkan muka dan rambut bayi dahulu dan diikuti dengan bahagian badan yang lain. Puan perlu menggunakan sabun bayi yang sesuai.

Bagaimanakah cara saya untuk saya cuci pusat bayi?
Pusat bayi perlu dicuci dengan ubat cucian pusat bayi yang diberikan oleh pihak hospital dengan menggunakan kapas bersih.



5 comments:

  1. terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

    ReplyDelete
  2. nak tanya kak..kalau bini start mengandung dalam bulan 2..maka akan beranak dlm bulan 9 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Tak semestinya. Kena tengok last period bila. Dan tarikh yg di kira hanya jangkaan sahaja.

      Delete
  3. Assalamualaikum, sy sekarang tgh hamil sebulan lebih, dan sy mempunyai sebuah salun kecantikn, dan sebagai pendandan rambut, selalu terdedah dengan bahan2 kimia seperti ubat keriting dan rebobding, adakah ianya akan memberi kesan negatif ke atas bayi sy??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam fifievyntox,
      Cara pendedahan bhn kimia tak sama mcm xray. Biasanya bhn kimia jika kita gunakan mungkin akan effect bb dlm kandungan. Akak nasihatkan buat pemeriksaan di klinik n jelaskan pd doktor ye. Insyaallah doktor blh buat pemeriksaan detail. Tq

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.