"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

28 November 2012

Perkembangan Skil Bayi Anda

Percaya atau tidak, kelahiran bayi pertama anda akan merubah diri anda menjadi jurufoto yang setia. Bermula dari hari dia dilahirkan, bayi anda menjadi subjek utama yang dipantau setiap perkembangannya. Kali pertama dia tersenyum, bercakap, makan, duduk, berdiri, berjalan dsbnya.

Setiap perkembangan bayi menjadi topik utama perbualan ibubapa baru bayi ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Sikap begini ada kalanya membuatkan ibubapa baru berasa risau sekiranya bayi mereka masih belum mampu melakukan sesuatu perkara yang sudah mampu dilakukan oleh bayi seusianya.

Jika anda berdepan dengan situasi ini, jangan risau. Perkembangan setiap bayi berbeza dari seorang ke seorang. Sebagai panduan, anda boleh melihat carta perkembangan bayi yang diberi. Sekiranya bayi anda belum mampu melakukan apa yang dinyatakan dalam carta itu, sekali lagi - jangan risau. Ini bukan bermakna bayi anda bermasalah. Namun jika anda masih risau, berbincanglah perkara itu dengan doktor anda.

Carta dibawah menunjukkan skil perkembangan bayi sebagai panduan:

Bulan Pertama

- Boleh mengangkat kepalanya buat seketka.
- Menolehkan kepalanya ke kiri dan kanan apabila berbaring.
- Tangan kekal menggengam
- Menunjukkan tindakbalas menggengam yang kuat
- Melihat dan mengekori objek bergerak di depannya
- Melihat corak hitam dan putih
- Diam apabila mendengar suara
- Menangis untuk menyatakan ketidakselesaannya
- Membuat suara di dalam tekak
- Merenung ibubapa apabila mereka bercakap dengannya.

Bulan Kedua

- Mengangkat kepala hampir 45 darjah ketika meniarap
- Kepala terlentuk ke depan apabila berada dalam keadaan duduk
- Tidakbalas menggengamnya berkurangan
- Mengekori benda yang berjuntai dengan matanya
- Mencari-cari dengan matanya arah sesuatu bunyi
- Membuat bising selain menangis
- Mempunyai tangisan berlainan ketika basah, lapar dsbnya
- Berbalas cakap ketika mendengar suara yang dikenali
- Boleh tersenyum apabila diusik

Bulan Ketiga

- Mula menampung sebahagian beratnya dikedua-dua belah kaki ketika dipegang berdiri
- Boleh menegakkan kepalanya ketika duduk, tapi masih terlentuk ke depan.
- Boleh mengangkat kepala dan bahunya sebanyak 45 hingga 90 darjah ketika meniarap
- Boleh menampung beratnya dengan tangan
- Tindakbalas menggengam sudah tidak ada
- Boleh memegang objek tetapi tidak boleh mencapainya
- Memegang tangannya sendiri dan menarik selimut dan pakaian
- Mengekori objek dengan matanya sehingga 180 darjah
- Boleh mengesan arah bunyi dengan menolehkan kepala dan memandang ke arah itu
- Menjerit, mendekut, mengagah dan mengekek ketawa
- Bercakap bila ada yang berbual dengannya
- Mengenali wajah, suara dan objek
- Senyum apabila melihat orang yang dikenali dan bermain dengan mereka
- Menunjukkan kepekaan kepada situasi yang pelik.

Bulan Keempat

- Mula melelehkan air liurnya
- Mengawal kepalanya dengan baik
- Boleh duduk dengan sokongan
- Boleh menampung sedikit beratnya ketika dipegang berdiri
- Boleh mengangkat kepala dan dada sehingga 90 darjah dari permukaan
- Boleh bergolek dari keadaan terbaring kepada mengiring
- Meneroka dan bermain dengan tangan
- Cuba mencapai objek tetapi tersasar
- Memegang objek dengan kedua-dua tangan
- Mula mempunyai koordinasi mata dan tangan
- Menghasilkan bunyi konsonan
- Ketawa
- Seronok apabila didodoi, dienjut atau diayun

Bulan Kelima

- Tanda-tanda gigi mula tumbuh
- Menegakkan kepala ketika duduk
- Bergolek dari berbaring kepada meniarap
- Memasukkan kaki ke dalam mulut ketika berbaring
- Mencapai dan memegang objek secara sukarela
- Bermain dengan jari-jari kaki
- Memasukkan apa jua objek ke dalam mulut
- Memandang objek yang dijatuhkan
- Berkata ah goo atau kombinasi vowel konsonan yang sama
- Tersenyum melihat dirinya di dalam cermin
- Menjadi marah jika mainannya diambil
- Boleh membezakan ahli keluarga dan orang asing

Bulan Keenam

- Boleh mengunyah dan menggigit
- Boleh mengangkat dada dan sebahagian daripada perutnya dari permukaan dengan menampung beratnya pada tangan
- Mengangkat kepala bila diangkat untuk didudukan
- Boleh bergolek dari keadaan berbaring kepada meniarap
- Menampung sebahagian besar berat badannya ketika dipegang berdiri
- Mencapai dan mengawal objek kecil
- Memegang botol
- Mengubah kedudukan badannya untuk melihat sesuatu objek
- Menoleh kepalanya dari kiri ke kanan dan melihat ke atas atau ke bawah
- Sukakan rangsangan melihat yang lebih kompleks
- Menyebut bunyi satu sukukata seperti ma, mu, da dan di.
- Mengenali ibubapanya

Bulan Ketujuh

- Boleh duduk tanpa sokongan, mungkin menjangkau ke depan dengan sokongan kedua-dua tangan
- Menampung keseluruhan berat badan di atas kaki
- Melompat apabila dipegang ketika berdiri
- Menampung beratnya dengan sebelah tangan ketika meniarap
- Memindahkan objek dari satu tangan ke satu tangan
- Mengetuk objek pada permukaan
- Memberi respons ketika namanya dipanggil
- Mula dapat membezakan kedalaman dan ruang
- Mula memiliki kecenderungan rasa
- Bercakap ketika orang lain bercakap

Bulan Kelapan

- Boleh duduk dengan baik tanpa sokongan
- Menampung berat dengan kedua-dua kaki dan mungkin boleh berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
- Mengubah kedudukannya untuk mencapai objek
- Mengambil objek menggunakan jari telunjuk, jari manis dan jari kelingking bersama ibu jari
- Boleh melepaskan objek
- Mencapai mainan yang berada diluar jangkauan
- Mula menggabungkan sukukata seperti mama, dan dada tetapi tidak mengetahui maksudnya
- Memahami perkataan tidak (tapi tidak selalu mematuhinya)
- Tidak suka ditukarkan lampin dan dipakaikan pakaian

Bulan Kesembilan

- Mula merangkak
- Boleh berdiri dengan sendiri apabila duduk
- Boleh duduk dalam masa yang agak lama (10 minit)
- Mungkin membentuk kecenderungan untuk menggunakan sebelah tangan tertentu
- Menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil objek
- Bertindak balas kepada arahan suara yang mudah
- Memahami larangan jangan
- Minat untuk menggembirakan ibubapa meningkat
- Meletakkan tangan di depan muka bagi mengelakkan ia dibasuh

Bulan Kesepuluh

- Boleh duduk daripada keadaan meniarap
- Duduk dengan menghentakkan punggungnya
- Boleh mengembalikan keseimbangan dengan mudah ketika duduk
- Mengangkat sebelah kaki untuk melangkah ketika berdiri
- Memahami bye- bye
- Menyebut mama atau dada dengan maksudnya
- Menyebut perkataan lain selain mama dan dada (hi, bye, tidak, pergi)
- Melambai-lambai
- Mula terikat dengan sesuatu objek
- Mengulangi perbuatan yang menarik perhatian
- Bermain permainan interaktif seperti pok amai-amai
- Suka mendengar buku dibaca dan melihat gambar dalam buku

Bulan Kesebelas

- Berjalan sambil berpegang kepada perabot atau objek lain
- Meletakkan objek satu demi satu dalam sebuah bekas
- Mencapai ke belakang untuk mengambil objek ketika duduk
- Meneroka sesuatu objek dengan lebih teliti
- Dapat memanipulasikan objek keluar dari tempat yang agak sempit
- Menggolekkan bola apabila diminta
- Menjadi teruja apabila sesuatu kerja itu dapat dilakukan
- Menunjukkan tindakan kecewa apabila dilarang
- Boleh menggelengkan kepala untuk tidak.

Bulan Keduabelas

- Boleh berjalan dengan sebelah tangan dipimpin
- Mungkin boleh berdiri sendiri dan memulakan langkah pertamanya sendiri
- Duduk dari kedudukan berdiri tanpa batuan
- Cuba membina dua blok menara tetapi mungkin gagal
- Membelek helaian dalam sebuah buku
- Boleh mengekori objek yang bergerak pantas
- Bercakap tiga atau lebih perkataan
- Mengulangi perkataan yang sama berulang kali
- Meniru bunyi, contohnya bunyi kucing atau anjing
- Mengenali objek dengan namanya
- Memahami arahan mudah yang diucapkan
- Mencari objek di tempat terakhir dia melihatnya.

2 comments:

  1. terima kasih infonya...
    mmg betul. anak sy sudah pandai mencari objek hilang lebih2 la putingnya sendiri. arahan dan ucapan rakan keluarga pun dia faham walaupun dia belum boleh bercakap.

    ReplyDelete
  2. Info berguna.. Terima kasih puan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.