"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 August 2012

Tip Kawal Perilaku Anak-Anak Ketika Bertamu

Ibubapa bertanggungjawab mengawal perilaku anak-anak ketika berkunjung ke rumah terbuka atau berziarah. Perilaku anak-anak boleh dikawal dengan berbincang dan sentiasa mengingatkan mereka tentang batas-batas tata susila supaya kelakuan mereka tidak mengguris hati tuan rumah dan tetamu-tetamu lain. Ini boleh dilakukan melalui:

1. Mengadakan Mesyuarat Keluarga Sebelum berkunjung ke sesebuah rumah dengan berbincang mengenai acara ziarah harian, tujuan dan sunnah Nabi serta santun yang perlu dipelajari dan diamalkan oleh anak-anak.

2. Pembahagian tugas boleh dilakukan dikalangan anak-anak dalam amalan-amalan sunnah dan santun seperti siapa yang bertugas memberi salam kepada tuan rumah, siapa yang bertugas mengingatkan ahli keluarga menyusun kasut sebelum masuk ke rumah yang diziarahi, siapa yang bertugas menjadi penjaga masa, siapa yang bertugas sebagai bendahari atau penyimpan duit raya dan giliran untuk membantu tuan rumah untuk menuang air dan apa yang sepatutnya.

3. Pantau perilaku anak-anak dan bincang dalam sessi muhasabah kita dan anak-anak. Beri penghargaan pada usaha-usaha mereka yang cemerlang atau baru dipelajari seperti berjaya mengawal rasa malu mereka sewaktu mengangkat pinggan mangkuk kotor ke dapur tuan rumah.

4. Ibubapa juga perlu mengingatkan anak-anak tentang larangan-larangan di rumah orang seperti tidak memasuki mana-mana ruang tanpa izin dan tidak menggunakan perkakas atau permainan tanpa izin tuan rumah.

No comments:

Post a Comment