"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

27 June 2012

Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi

Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberikan perhatian utama oleh ibubapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh mengundang bahaya. Bersama ini disediakan panduan dalam hal penjagaan tunggul tali pusat bayi anda.

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiruan-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.

Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.


Langkah Panduan Penjagaan Tunggul Tali Pusat

1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
(Bekas air, Bebola kapas, Alkohol, Putik kapas, Kain barut bayi, Lampin pakai buang)

2. Basuh tangan dengan air bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin.

3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bahagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusat dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.

5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu, jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (yang ada lengkukan di bahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.

9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di sekeliling tunggul tali pusat bayi.


Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti.

~ Demam panas
~ Lesu
~ Tidak mahu menyusu susu ibu
~ Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.

Jika terdapat tanda-tanda tersebut segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Biasanya tunggul tali pusat ini akan gugur dengan sendirinya antara 7 hingga 10 hari. Jangan lakukan sebarang guntingan atau potongan pada baki tali pusat ini. Ini kerana dibimbangi akan berlaku pendarahan. Ini kerana tali pusat bayi mempunyai hubungan dengan sistem salur darah dalam badan bayi. Jik berlaku sebarang pendarahan yang banyak tanpa henti, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Dalam pada itu, untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada tali pusat bayi, sentiasalah menjaga kebersihan iaitu kerap menukar lampin dan pastikan tali pusat dilap sehingga bersih apabila terkena air. Pastikan bahagian keliling tali pusat sentiasa kering.

1 comment:

  1. Baru tau pasal penjagaan tali pusat... Tq...bagus sgt info ni...

    ReplyDelete