"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 June 2012

Merancang Penjagaan Selepas Kehamilan

Penjagaan Selepas Bersalin

Pulihkan Kembali Tubuh Anda

Menjaga diri anda segera selepas bersalin adalah penting untuk memulihkan tubuh anda dalam cara yang kuat, sihat dan seimbang. Kitaran mengandung yang holistik ialah kehamilan, pelahiran dan pemulihan. Kehamilan ialah keadaan sementara, begitu juga dengan tempoh pemulihan selepas kehamilan yang kritikal dalam tempoh tiga hingga enam minggu pertama bersalin. Tempoh waktu untuk wanita kembali ke laluan kesejahteraan yang betul demi pemulihan yang seimbang sangat singkat. Seorang ibu perlu mula menambahkan dengan segera nutrien dan mineral dalam tubuh beliau yang diambil oleh bayi yang sedang membesar dan mengambil vitamin dan nutrisi khusus sewaktu tempoh pemulihan ini untuk menggalakkan pemulihan dalaman, penyingkiran sembab air dan lemak kehamilan yang tidak lagi diperlukan dan paling penting untuk memanaskan semula tubuhnya.


Keadaan Panas Sewaktu Kehamilan

Kehamilan dianggap sebagai keadaan panas kerana tubuh hamil bertindak sebagai inkubator untuk janin yang sedang membesar dalam tempoh sembilan bulan. Pembedungan darah dan cecair berlebihan untuk menyokong janin yang sedang membesar serta kewujudan bayi menyebabkan suhu normal bakal ibu meningkat.


Keadaan Sejuk Selepas Bersalin

Wanita yang baru sahaja bersalin kehilangan perkara-perkara berikut:

~ Haba badan bayi.
~ Darah yang banyak.
~ Semua air ketuban.
~ Plasenta.
~ Tenaga kerana keletihan akibat pelahiran dan kesakitan.

Oleh itu, apabila wanita bersalin, suhu dalaman tubuh beliau jatuh serta-merta, sekaligus mengubahkan tubuh yang kini tidak lagi hamil ke keadaan sejuk.


Keadaan Dalam Enam Minggu Pertama Selepas Bersalin

Tubuh wanita berada dalam keadaan yang lemah selepas bersalin. Sebahagian keadaan yang mungkin beliau alami sebaik sahaja selepas hamil, pelahiran dan kelahiran termasuk:

~ Menyimpan banyak air.
~ Membawa lemak berlebihan.
~ Sistem peredaran dan penghadaman yang lembap.
~ Sakit sendi.
~ Buah dada rasa tidak selesa.
~ Pembedahan episiotomi.
~ Buasir.
~ Panas badan dan sejuk badan.
~ Kencing dan buang air besar tidak terkawal.
~ Sakit kerana rahim mengecut.
~ Lelehan faraj (lokia).
~ Memproses ubat dari perangsang, suntikan epidura dan pembedahan caesarean.
~ Buah dada bengkak.
~ Keguguran rambut.
~ Vena varikos.
~ Buah dada kendur.
~ Perut mengeleber.
~ Tanda regangan.
~ Puting menjadi gelap (linea nigra).
~ Melasma kelamin.

Dengan mengambil kira simptom-simptom yang mungkin berlaku ini, adalah penting untuk mempunyai pelan selepas bersalin selewat-lewatnya akhir trimester kedua kehamilan anda.


Peringatan Selepas Kehamilan

Kehamilan ialah keadaan sementara. Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan dalam tabiat dan diet peribadi anda bersifat sementara, maka penerimaan psikologi, susulan dan kadar kejayaan naik secara dramatik. Orang boleh menerima konsep perubahan bersifat sementara lebih baik daripada perubahan kekal. Ini akan membolehkan anda membuat pelan dengan memikirkan permulaan dan pengakhirannya agar anda boleh menangani pemulihan anda secara aktif.

1 comment:

  1. salam kak engku...
    sy ni ade kmgknan la akan berpantang sendiri n ni anak sulung..juz nk tny..kalo kita booking makcik urut2 n tungku tu kan,biasanya tungku n barut tu disediakan atau kita kene bli sndiri?kalo kate kene bli sndiri better bli yg dlm set bersalin tu ke?sy ade jugak dgr nurse kt klnk/hosp slalunye xgalakkan pengambilan jamu..cukup skadar makan ubat yg hosp/klnik bg..ape pndpt kak engku?

    ReplyDelete