"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

06 May 2011

Susu Ibu Khasiat Terbaik

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi anda. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi buat bayi anda melawan jangkitan.

Proses penyusuan adalah suatu kepuasan. Memutuskan sama ada hendak memberikan bayi susu botol atau susu badan adalah terletak di tangan anda. Hanya anda yang layak menentukannya.

Sekiranya anda berura-ura memberikan susu botol kepada bayi yang bakal dilahirkan, seeloknya lupakan hasrat tersebut kerana anda tidak akan mampu mengubah cara penyusuan botol kepada kaedah penyusuan ibu kerana tanpa rangsangan penyedutan dari bayi anda, payudara akan berhenti menghasilkan susu.

Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasa berlaku pada beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Susu ibu mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Malah nutrien yang terkandung dalam susu ibu dapat melancarkan proses penghadaman.

Bayi 0-6 bulan yang diberi susu ibu mungkin kurang berisiko mendapat penyakit kronik dan akut termasuk cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan telinga, alahan dan sebagainya.

Malah, susu ibu juga mengandungi spesifikasi biologi dan amaun nutrien yang terkandung di dalam susu ibu akan berubah-ubah mengikut keperluan tubuh badan bayi anda. Kuman-kuman yang ada di persekitaran bayi turut terdedah pada ibu menyebabkan ibu menghasilkan antibodi untuk melawan kuman tersebut. Antibodi yang terhasil turut diberikan kepada bayi melalui proses penyusuan.

Menyusukan bayi pada bulan pertama adalah saat yang paling sukar tapi anda tidak akan berdepan dengan sebarang masalah pada bulan berikutnya jika anda berjaya melepasi tahap ini. Proses penyusuan juga membantu merawat uterus dan menghentikan pendarahan. Proses ini juga adalah kaedah yang terbaik bagi ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh yang asal (diet semulajadi).

Jadual cadangan pengambilan susu untuk bayi 0 - 12 bulan.

0 - 3 bulan - setiap 1 - 3 jam (susu ibu) / 18 -40 oz (susu formula)
4 - 5 bulan - setiap 2 - 4 jam (susu ibu) / 24 - 45 oz (susu formula)
6 - 8 bulan - setiap 3 - 4 jam (susu ibu) / 24 - 37 oz (susu formula)
9 - 12 bulan - setiap 4 - 5 jam (susu ibu) / 24 - 31 oz (susu formula)

Fizikal - Bayi anda pada enam bulan pertama akan memberikan pelbagai reaksi ketika sedang disusukan. Jika dia berasa lapar, dia akan membuka mata dan memandang sekeliling seolah-olah mencari-cari sesuatu. Malah dia juga akan meletakkan genggaman tangannya ke mulut. Seeloknya anda tidak menunggu hingga bayi akan menangis untuk disusukan, ia hanya akan menggalakkan bayi anda menggunakan tangisan sebagai cara untuk menarik perhatian.

6 comments:

  1. tq for the info ;) saya akui mmg sebulan pertama sangat mencabar..huhu..tapi Alhamdulillah, diberikan Allah kekuatan utk menyusu kan baby sampai skang & InsyaAllah sehingga 2 tahun setengah. Ameen ..

    ReplyDelete
  2. angah: hehehe camtu lah....cai yok cai yok

    ReplyDelete
  3. salam kak engku...
    nak tanya apa maksud kak engku jadual tu...berikan susu formula ker?ataupun itu untuk ibu2 yang menyusukan anak dengan susu formula?

    ReplyDelete
  4. farihan: ooo yg tu utk ibu yg menyusukan anak ngan semula formula, tapi farihan jgn kasi tau huhuhu, kasi susu badan ye.

    ReplyDelete
  5. salam kak, sy gee ada ank umur 1thn 8 bln. ank sy mmg diberi susu formula mmandangkan sy sering bjauhan dgn dia kerana sy sedang menyambung pelajaran. Sekarg dia minum isomil tp dlm mggu ini, die mengalami cirit-birit. sy teka mgkin kena tukar susu lain. Apa pndangan akak? Ape susu formula yang boleh sy cuba berikan pd anak sy ini?

    ReplyDelete
  6. Salam anonymous,
    Susu ibu adalah mknan yg terbaik untuk bayi. Jika puan dah mulakan penyusuan dgn susu botol kebersihan dalam penyedian harus ditingkatkan. Tq

    ReplyDelete