"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

28 December 2010

Petua-Petua Ibu Mengandung

Petua Senaman Istimewa Wanita

Proses Mengemut
  • Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
  • Lepaskan nafas dan mengemut perlahan-lahan secara serentak.
  • Kemut ialah seperti menahan air kencing.
Saranan : Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan sebagainya.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Petua 1
  • Belah beberapa ulas bawang putih lalu tenyeh kepada urat yang mula timbul.
  • Amalkan selalu.
Petua 2
  • Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati.
  • Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam.
  • Ketika tidur letakkan kaki di atas bantal.
Petua 3
  • Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat.
  • Sapukan pada kaki setiap malam.
  • Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Petua 4
  • Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang.
  • Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.
Menghilangkan Loya Ibu Hamil
  • Ambil segenggam daun kari.
  • Kisar menjadi jus.
  • Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu sudu teh gula.
  • Minum setiap pagi.
  • InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.

2 comments:

  1. macammana kalau tak rasa apa-apapun walaupun saya memang hamil sebab saya langsung tak mengalami alahan mengangdung selain merasakan bayi bergerak.apakah jantina anak saya lelaki atau perempuan?

    ReplyDelete
  2. Pn: utk pengetahuan ketika janin masih kecil terutamanya awal minggu pertama memang tiada gerakan yg terasa, gerakan cuma akan terasa apabila baby sudah besar di dlm kandungan. Dan mengenai jantina anak lak insyaAllah boleh diketahui apabila pn buat scan kelak. ok bye n jumpe lagi ye

    ReplyDelete