"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 October 2010

Rancangan Untuk Bersalin

Memasuki minggu 27, anda boleh merancang beberapa perkara tentang persediaan kelahiran dan meyambut anak baru. Perancangan perlu dilakukan lebih awal kerana bila-bila masa sahaja proses kelahiran boleh berlaku.

Kini anda sudah pun tiba ke penghujung trimester kedua kehamilan. Maka tibalah masanya untuk memlih kelahiran yang bagaimana dikehendaki. Jika anda mengambil keputusan untuk bersalin di hospital, anda perlulah ambil tahu tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di hospital yang dipilih.


Menentukan Tempat Bersalin

Perkara utama untuk anda bincangkan bersama pasangan adalah memilih lokasi bersalin. Jangan mengambil mudah tentang soal ini. Kerana setiap hospital sama ada kerajaan atau swasta mempunyai ciri-ciri perkhidmatan dan sejarah pencapaian dalam bidang perubatan yang berlainan.

Kebanyakan hospital swasta mempunyai perkhidmatan tambahan dan peralatan tertentu untuk membantu anda melalui proses kelahiran. Setiap perkhidmatan tambahan ini akan dikenakan bayaran berasingan. Anda berpeluang untuk menikmati keselesaan ketika berada di bilik wad kerana lazimnya, hospital swasta menyediakan beberapa kelas wad seperti kelas ekonomi, delux atau suite. Anda turut diberi pilihan kaedah kelahiran mengikut keperluan dan kesediaan anda. Bagaimanapun, hal itu bergantung kepada nasihat pakar.

Bagi hospital kerajaan pula, kebanyakan ibu hamil ditempatkan di kelas ekonomi. (Terdapat juga hospital kerajaan yang mempunyai kelas pertama, kedua dan ketiga) Yang menariknya di sini adalah bayaran yang dikenakan sangat murah dan mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat. Dua perkara yang perlu diketahui jika ingin bersalin di hospital kerajaan. Pertama, anda perlu lebih banyak berdikari kerana jumlah pesakit yang agak ramai dan kedua, anda perlu berusaha menyusukan anak dengan susu badan tanpa sebarang kompromi.

Usia kandungan yang baru memasuki 27 minggu, memberi anda banyak masa untuk berfikir, menilai dan memilih lokasi pilihan. Walau bagaimanapun ia masih bergantung kepada budget anda sendiri. Jadi, lapangkan masa anda untuk melawat ke beberapa hospital yang berhampiran.


Persediaan Fizikal Dan Mental

Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan yang akan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan. Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kncing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu:
  • Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi. Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat memastikan anda tidak dihinggapi penyakit kencing manis dan darah tinggi atau lain-lain.
  • Ketika "berperang" di bilik bersalin, anda perlukan tenaga yang banyak. Jadi, anda digalakkan membina stamina dengan melakukan beberapa aktiviti fizikal. Misalnya bersenam, banyakkan berjalan atau lebih mudah melakukan banyak kerja-kerja rumah. Bagi anda yang gemar bersenam, ikutilah beberapa kelas senaman termasuk kelas persediaan menyambut "orang baru" dijalankan di kebanyakan hospital swasta.
  • Ingin ditekankan di sini bahawa bersenam tidak menjamin bersalin awal tetapi berhasil untuk memudahkan proses bersalin.

Anda Mempunyai Pilihan Untuk:
  • Sebelum bersalin, anda perlu memilih lokasi di mana anda mahu bersalin. Anda boleh memilih sama ada untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta.
  • Pilih seseorang yang boleh menemani anda ketika berada di dalam bilik bersalin. Mungkin suami, ibu, adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda rasakan senang dan mampu membantu dan menemani disaat anda perlukan.
  • Anda boleh membuat pilihan kaedah bersalin. Pilihan bergantung kehendak dan kemampuan anda. Antara pilihan yang diberikan adalah kelahiran secara normal, pembedahan atau menggunakan teknologi terkini seperti Roma Birthwheel yang boleh mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Adakah cara yang anda pilih itu ada di situ.
Misalnya, jika anda memilih untuk bersalin menggunakan Roma Birthwheel, Hospital Ampang Puteri adalah destinasi tujuan anda. Hal ini kerana, di Malaysia hanya Hospital Ampang Puteri sahaja yang memiliki alat tersebut. Alat ini diakui dapat mengurangkan kesakitan dan dalam masa yang sama mempercepatkan kelahiran.

Walau bagaimanapun, kaedah yang mula diperkenalkan sejak September 1999 itu hanya boleh digunakan oleh ibu hamil yang tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil seterusnya ketika bersalin. Alat yang berasal daripada Switzerland ini istimewa kerana membolehkan pesakit mengawalnya mengikut keselesaan.

Selain bersalin menggunakan Roma Birthwheel, cara lain yang sering menjadi pilihan sesetengah ibu hamil ialah melalui kaedah pembedahan caesarean. Ibu-ibu ini memilih pembedahan caesarean kerana mereka boleh tentukan sendiri tarikh untuk bersalin dan masa yang diperlukan tidaklah terlalu lama berbanding melahirkan secara normal.

Walau bagaimanapun, bukan semua ibu sukakan kaedah ini. Mereka terpaksa melahirkan anak menggunakan kaedah ini akibat pelbagai komplikasi yang dihadapi sewaktu ingin melahirkan seperti bayi songsang, pintu rahim tidak terbuka atau masalah tekanan darah tinggi.

Satu lagi cara melahirkan yang banyak digunakan di luar negara dan tidak di Malaysia ialah melahirkan anak di dalam air. Cara ini memerlukan ibu berada di dalam tab mandi yang berisi air.

Suhu air yang suam memberikan kesegaran dan keselesaan pada ibu yang sedang menahan kesakitan akibat kontraksi. Ketika ini jururawat akan sentiasa berada di sisi si ibu supaya anak yang bakal lahir dapat ditarik segera sebaik sahaja mereka keluar.

Diakui, kini telah wujud pelbagai kaedah moden dan canggih agar proses kelahiran tambah selesa dan mudah, cara konvensional tetap menjadi pilihan ibu-ibu terutamanya di Malaysia. Kaedah konvensional ini memerlukan si ibu baring menelentang dengan kedua-dua belah kakinya dibuka seluas-luasnya. Proses bersalin cara ini berlaku secara semulajadi. Dan cara inilah yang paling biasa dilakukan di hospital sama ada hospital kerajaan mahupun swasta.

Untuk merealisasikan cara ini dan agar si ibu lebih selesa, katil khas disediakan. Katil ini biasanya disertakan sekali dengan besi penyokong kaki dan tali untuk membantu ibu ketika meneran. Walau bagaimanapun, anda perlu perhatikan dahulu hospital atau klinik di mana anda ingin bersalin dan tanyakan mereka tentang perkhidmatan yang boleh mereka berikan. Kemudian barulah anda boleh membuat keputusan.

Jika anda ingin melahirkan si kecil secara normal, anda mempunyai pilihan sama ada ingin melakukan episiotomi (memotong sedikit bahagian antara vagina dan anus atau disebut perinium) untuk memudahkan bayi keluar. Jika anda mampu bertahan, anda boleh biarkan perinium terkoyak secara semulajadi.

Ada orang dapat menahan sakit ketika hendak bersalin. Namum, ada juga yang sebaliknya. Jika anda salah seorang daripada ibu hamil yang tidak dapat menahan sakit, pilih ubat penahan sakit khusus yang digunakan ketika sedang menjalani proses kelahiran. Berbincang dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ubat berkenaan.

Sebagai ibu kepada anak yang baru dilahirkan, anda boleh meminta doktor untuk mendakap dahulu si kecil sebelum dibersihkan. Atau anda boleh memeluk dan mencium bayi yang baru lahir itu selepas dibersihkan.

Anda mahu memberikan susu formula atau susu badan? Jika anda memlilih untuk memberi anak susu badan, bersiap sedia dari sekarang. Bersihkan puting payudara dan pastikan liang-liang tempat susu akan keluar tidak diselaputi dengan sel-sel kulit mati. Urut dengan kerap pangkal payudara agar kilang pengeluaran susu badan dapat dijana sebaiknya. Kemudian beritahu doktor yang akan membantu anda bersalin yang anda mahu berikan susu badan untuk bayi anda yang baru lahir. Jika tidak, anak akan diberikan susu formula.

3 comments:

  1. salam....
    usia kndungan sy dh nk msk 29mggu........
    smpi arini sy msk xdpt wat kptsn nk bsalin kat spital kjn or swasta....
    sy dgr mcm2 cite ttg spital kjn...
    tkut jgak....
    klinik swasta plak....mslh skit trus nk wat pmbedahan.....
    akak tlong bg nsht yer.........

    ReplyDelete
  2. Pn: wsalam, pada pandangan akak, bersalin kat spital manapun takpe yg penting asalkan kite selamat melahirkan baby ngan selamat. Tapi sebelum tu kite kene gak tengok budget, klu kite berkemampuan tak salah kalau kita nak bersalain di swasta (mungkin dari segi layanan tu mungkin first class) tapi perlu diingat jika kita bersalin diswastapun tetiba terdapat komplikasi yg tak diingini, kadang kala kite dirujukkan juga ke spital kerajaan.

    Manakala bersalin di spital kerajaan lak, tak la semua cerita yg tak elok je yg berlaku, kadang kala yg tak elok tu sikit je tapi diperbesar-besarkan sehinggakan citer yg elok tak macam tak pernah terjadi je huhuhu...akak cakap macam nie sebabnye akak kan keje kat wad bersalin lebih 12 tahun, kadang kala citer yg tak elok nie berlaku disebabkan oleh rasa tidak puas hati pesakit kerana tidak mendapat layanan yg sepatutnya (nie tak la bermakna kami misi atau doktor langsung tak mengendahkan pesakit). Utk makluman staff di spital kerajaan memang tak mencukupi, jadi utk kami memenuhi segala kehendak pesakit adalah agak mustahil, tapi insyaAllah kami akan melakukan yg terbaik. Lain la ngan swasta kakitangannya melimpah ruah jadi kalau kita nak kan layanan yg first class memanglah kite boleh dapat, tapi perlu diingat setiap layanan itu adalah kos. Itu yg membezakan antara spital swasta dan kerajaan.

    Jadi persoalan disini ialah yg paling utama adalah budget kite sendiri, kene ikut kemampuan, pada akak takyah la nak membazirkan beribu-ribu ringgit hanya untuk proses kelahiran, kerana bersalin dimana-manapun sakitnya tetap sama gak, kerana sakit tu tak memilih tempat hehehe apa yang penting bagi akak ialah kite selamat melahirkan baby ngan selamat, disamping kite tidak begitu membazir kerana byk lagi belanja yg perlu kite fikirkan lepas proses ini. thanks n jumpe lagi ye.

    ReplyDelete
  3. salam kak, nak tanya, hospital govement bagi ubat bius tak masa jahit?saya ada dgr stengah hospita gov bagi stengah tak bagi....kalau tak bagi sakit la akak..boleh meroyan jahit kat situ takda bius..hehe..

    ReplyDelete