Kehamilan adalah satu fenomena yang sudah terlalu biasa dalam kehidupan kita. Akibatnya ramai yang malas untuk mengambil tahu tentang hal ini. Ketahuilah bahawa sangat penting bagi anda untuk tahu dengan terperinci tentang kehamilan agar bayi yang dikandung sihat dan selamat.
Keputusan untuk hamil adalah satu keputusan yang penting kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.
Ketahuilah bahawa tempoh kehamilan bagi manusia secara umumnya adalah selama 40 minggu. Kehamilan dibahagikan kepada tiga tahap yang dikenali sebagai trimester. Tiga tahap tersebut ialah trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Terdapat banyak perubahan pada diri sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Perubahan itu adalah pada fizikal dan emosi.
Trimester Pertama
Perubahan Fizikal
Perubahan Emosi
Peringatan
Trimester Kedua
Perubahan Fizikal
Perubahan Emosi
Peringatan
Trimester Ketiga
Perubahan Fizikal
Perubahan Emosi
Peringatan
Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada tiga tahap:
Tahap Pertama
Tahap Kedua
Tahap Ketiga
Keputusan untuk hamil adalah satu keputusan yang penting kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.
Ketahuilah bahawa tempoh kehamilan bagi manusia secara umumnya adalah selama 40 minggu. Kehamilan dibahagikan kepada tiga tahap yang dikenali sebagai trimester. Tiga tahap tersebut ialah trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Terdapat banyak perubahan pada diri sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Perubahan itu adalah pada fizikal dan emosi.
Trimester Pertama
Perubahan Fizikal
- Rasa mual pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu.
- Sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
- Kerap buang air kecil.
- Payudara semakin membesar. Pada masa yang sama, warna pada aerola menjadi lebih gelap.
Perubahan Emosi
- Mulai dingin terhadap pasangan.
- Emosi semakin tidak stabil.
- Sering berfikir tentang keselamatan bayi dalam kandungan.
- Perubahan bentuk badan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik.
Peringatan
- Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epileps, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
- Jangan merokok atau minum minuman keras.
- Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
- Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Trimester Kedua
Perubahan Fizikal
- Rasa mual dan kerap ke bilik air semakin berkurangan.
- Dari masa ke semasa, nafsu makan mula bertambah.
- Payudara yang semakin membesar sudah tidak lagi menyakitkan.
- Hubungan seksual dengan suami semakin baik.
- Mulai bulan keenam, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal.
- Denyutan jantung semakin meningkat.
- Kaki dan tumit mula membengkak.
Perubahan Emosi
- masih rasa sensitif walaupun emosi semakin kurang terganggu.
- Mula dapat merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak.
- Ketika ini fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandungi.
- Rasa cemas semakin menguasai.
Peringatan
- Untuk pengetahuan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah dua minggu selepas tidak datang haid.
- Mengingat tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
- Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Trimester Ketiga
Perubahan Fizikal
- Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar.
- Suhu tubuh semakin meningkat.
- Mula sukar untuk tidur.
- Bengkak pada kaki bertambah.
- Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrum mulai keluar.
- Bulan-bulan terakhir kehamilan, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental.
Perubahan Emosi
- Perasaan gembira bercampur takut mulai menguasai diri.
- Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran.
- Mula memikirkan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul setelah bergelar ibu.
Peringatan
Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada tiga tahap:
Tahap Pertama
- Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.
- Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah.
- Rasa sakit ketika saat kelahiran hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.
Tahap Kedua
- Bayi akan mula keluar.
- Kontraksi dirasai setiap dua hingga dua setengah minit.
- Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya.
- Jika bayi masih belum keluar dalam tempoh satu jam setelah kontraksi berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan.
Tahap Ketiga
- Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks.
- Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah.
No comments:
Post a Comment