"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 August 2010

Overdue

Di penghujung kehamilan, anda tentu ternanti-nanti saat kelahiran bayi. Namum, ada segelintirnya terpaksa menunggu lama untuk melalui saat itu kerana perlu bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin.

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakkan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) anda bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi 7 hari ataupun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari baiasanya akan menyebabkan:
  • Proses bersalin menjadi sukar. Bayi yang melebihi tarikh jangkaan berrsalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.
  • Uri tidak berfungsi. Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.
Faktor Sebabkan Overdue
  • Sejarah keluarga. Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).
  • Saiz kepala. Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.
  • Tiada kontraksi. Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.
Keperluan Induce

Induce dilakukan kerana kebanyakan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

43 comments:

  1. sya pun dah overdue 7 hari.. risau betul dah..

    ReplyDelete
  2. salam anonymous,
    lebih hari?.....jangan risau dan takut. Cuba pujuk baby ye. Bercakap dengan dia. Sepatutnya sekarang nie puan dah berada di hospital. Banyak2 selawat dan doa ye....moga puan selamat bersalin. Amin

    ReplyDelete
  3. salam..ada tak kaedah tertentu atau mungkin petua untuk memastikan bayi lahir sebelum 10 hari overdue..saya bimbang kerana dah 4 hari melebihi tarikh jangkaan bersalin. saya menunggu kelahiran anak ketiga.anak pertama dan kedua tidak melebihi tarikh sebegini. terima kasih atas perhatian puan.

    ReplyDelete
  4. wsalam, thanks ye sudi singgah blog akak, petua tu takde, tapi cuba banyakkan berdoa, minta agar cepat dan dipermudahkan bersalin serta selamat segalanya, insyaAllah akan dipermudahkan segala proses tersebut.

    ReplyDelete
  5. salam.. saya pun mengalami masalah yg sama.. anak sulung overdue 4 hari.. ni skrg anak ke-2.. tarikh kiraan peroid 17.02... tapi masih tidak bersalin tetapi mengikut scan O&G 8.03.2012.. so saya tk tahu mana yang betul... ank masih bergerak aktif. sy nka ty ada effect tk jika 32minggu sebelum ini sy sudah diberi devxa kerana ketika itu sy mengalam pendaharan tetapi hanya sedikit. doktor tidak mahu deliver bby ms tu. adakah ini yg membantutkan proses bersalin sy? ank yg sulung juga pernha di suntik dengan dexxa ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Untuk dexa yg telah diterima takde effect apa2. Jgn risau. Pasal tarikh jangka bb lahir mesti follow scan yg dilakukan oleh doktor. Tq

      Delete
  6. Salam...sy jge risau tntg kndungn sy...klo ikut bku pink hr ni due date sy...klo ikt scan 16 mei ni...sy risau dn xtau nk ikt yg mne...mse ank prtme jge lewat 10hr...ank ke2 plak lahir xckup bln...ni kndgan yg 3..ape yg prlu sy lakukn? Nk trus ke hsptl atau tgu je dlu,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan,
      Puan tak perlu risau. Akak nasihatkan ikut je tarikh scan ye. Klau lbh 6 hari dari tarikh scan baru puan terus ke hospital. Moga selamat bersalin. Amin.

      Delete
  7. Salam kak engku kalau terlebih 12 hari ada apa2 x kesan buruk pada bayi?

    ReplyDelete
  8. kak, bagaimana pula kalau kepala bayi yang masih tinggi atau not engage lagi.. sy sudah 40 minggu 3 hari .. risau sangat sekarang. ada petua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anggerik,
      Takyah risau. Mungkin masa labor nanti kepala bb blh turun. Byk2 doa ye. Moga puan dipermudahkan. Amin.

      Delete
  9. Salam kak.tarikh jangka bersalin saya hari ini..saya slalu rasa sakit spt contraction..tp x sistematik....bila time sakit,sakit sgt.kdg2 kurang sakit dan masanya x ttp.tanda lain takde lg...patut ker saya tunggu sahaja ataupun dah boleh pergi ke hospital...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam julaiza,
      Klau ada sakit abdomen @ kontraksi, keluar lendir campur darah atau pecah ketuban..atau bb kurang gerak. Jika ada salah satu tanda blh terus ke spital. Keadaan yg puan alami blh tunggu dan jika sakit berterusan maksudnya sakit setiap 5 minit sekali blh terus ke spital. Moga selamat bersalin. Amin.

      Delete
  10. salam doktor...saya ada 2 hari lh due..tp perut sentiasa mengeras sepanjang hari...tp belumlah tahap sampai ke ari2 sakiktnya...adakah saya dekat2 nak bersalin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aziey,
      Terima kasih sudi tanya akak. Untuk makluman azie, akak hanyalah seorang jururawat. Perut mengeras adalah satu tanda hendak bersalin. Bersalin tak semestinya pada tarikh yang telah dijangka. Tarikh yang diberi adalah jangkaan sahaja. Aziey ,mungkin bersalin sebelum, pada tarikh yg diberi atau seleps tarikh yang diberi. Memandangkan lagi 2 hari due, jadi akak harap semua persipan telah dilakukan. Agar azie dan suami tidak panik dan kelam kabut. Moga dipermudahkan segala urusan nanti. Amin.

      Delete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aziey, klau masih belum bersalin lagi terus ke spital esok pagi ye. Tq

      Delete
    2. salam kak...alhamdulillah...saya sepatutnya induce 18sept2012 ni...tapi syukur saya bersalin normal 15sept2012 jam 2.50 pagi....thanks atas nasihat akak ye...

      Delete
    3. wsalam Aziey, hehehe tahniah, dapat baby boy ke girl?

      Delete
  12. salam kak.. sy bru 1st time pregnant...esowk sy punye due.. tp smpy skg tade tnde2 nak bersalin pown.. pwot ade mngeras..n kdang2 ade skit.. tp ta kerap.. sy tkowt if overdue.. cne ae?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wan mia,
      Pengalaman pertama atau hendak bersalin je mmg ada perasaan takut. Esok due....mungkin bersalin mlm nie @ esok atau mungkin slps hari esok. Overdue jgn lbh dari 6 hari je ye. Jika perut mengeras dgn kerap maksudnya setiap 5 minit sekali terus ke spital ye. Byk2 doa n selawat ye. Insyaallah akan dipermudahkan olehNya. Amin.

      Delete
  13. salam kak engku...alhamdulillah baby girl,3.35kg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam aziey,
      Tahniah. Teruskan bg bb hanya susu ibu ye. Bykkan rehat n teruskan berpantang.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. salam kak engku, saye sekadar nk berkongsi dgn kak engku ni..sye spatutnya due 30/10/2012.tp sampai ari ini, blum lg klua tande..klu ikut kata doktor, isnin ni, kena masuk wad n maybe kena paksa bersalin..saya takut sgt..kndungan 1 dan 2, saya bersalin awal seminggu lebih..tak sangka yg ke 3 ni, bole lebih hari pulak... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Terima kasih sudi kongsi dgn akak. Pengalaman bersalin setiap anak semua berbeza2. Pengalaman inilah yg tak dpt dilupakan walaupun anak dah semakin mmbesar. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahNya dan telah ditentukan oleh Nya. Moga segala urusan bersalin akan dipermudahkan olehNya. Amin.

      Delete
    2. thanx kak engku..saya harap sangat dapat bersalin normal dan tanpa di induce... :(

      Delete
  16. InsyaAllah dipermudahkan segala proses kelahiran nanti, jgn lupe bykkan berdoa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak engku, saya dah selamat bersalin pada 7 nov 2012, baby boy...mmg kena induce,tp alhamdulillah dapat bersalin normal dan proses bersalin juga lancar ..

      Delete
    2. Alhamdulillah. Tahniah.... Akak tumpang gembira. Moga kehadiran cahayamata menceriakan lagi hidup berkeluarga. Selamat berpantang n bglah bb dgn susu ibu sahaja dari lahir hingga bb 6 bulan ye. Insyaallah ibu n bb takde masalah sepanjang tempoh berpantang. Amin.

      Delete
  17. assalammualaikum kak Engku...
    sy risau sangat sbab overdue 4hari.sepatutnya 14dec tapi smpai skarang blumader tanda2...cuma sakit pd tulang blkang..tapi baby masih gerak dn sering mengeras...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Jangan risau. Klau overdue 6hari masih belum bersalin terus ke spital ye. Atau klau bb kurang gerak, kurang aktif @ sakit mengeras kerap, pecah ketuban @ kluar lendir campur darah. blh segera ke spital.Moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah.

      Delete
  18. Salam.kak engku, sye dlm dilema jgk ni...ikot scan due 18/12...ikot period 31/12....ni ank kedua...ikot history ank pertama pon ank lmbt ikot scan...jd ape yg sye perlu wat? Bby masih aktif bergerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam herda,
      Tak perlu berada dlm dilema, follow je apa yg doc ckp samada follow date @ scan. Setiap kehamilan semuanya berbeza2. Insyaallah sampai masa bb akan lahir. Biasanya klau lewat 6 hari dari tarikh yg telah ditetapkan oleh doktor puan kena segera ke hospital. Tq

      Delete
  19. Salam kak engku..sy dijangka bersalin hari jumaat ni, 4/1/13 (anak ke2)..sejak 2 mggu lpas ada rasa perut mengeras tapi tak konsisten..masa check up 2 mggu lpas dah buka 1cm..tapi sampai skrg masih mcmc tu dan belum keluar tanda2 nak bersalin..kak engku ada apa2 petua yang boleh dikongsi utk cepatkan bukaan? risau sbb orang kata anak ke2 biasanye awal..dulu masa anak pertama,cepat 10 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Setiap kehamilan semuanya berbeza2. Jgn risau n takut. Insyaallah jika sampai masa bb akan keluar. Sentiasa beselawat n baca doa mudah bersalin ye. Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Amin.

      Delete
  20. Akum.nk tanye.ank sulong .sy operation sbb songsang.ank kedua .ni Dh overdue sehari ..sy x pnh rasa pengalmn bsalin normal..ada x risiko pecah rahim kalo induce.?

    ReplyDelete
  21. Wsalam, sebenarnya akak tak jelas sgt dgn soklan nie. Apa yg dimaksudkan dgn pecah rahim? Ok klu mengenai koyak tu, akak nasihat jgn risau sebab setiap kelahiran normal pasti akan berlaku koyakan, cuma bezanya kecil ataupun besar. Cuma utk mengelakkan koyakan besar apa yg perlu dilakukan ialah :

    1. Jangan teran selagi bukaan belum 10cm.
    2. Jangan angkat punggung ketika meneran.

    InsyaAllah jika diikut panduan ini, masalah koyakan dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  22. Akum. Kak engku nak tanya, sy sepatut bersalin 3/2/13 tp tanda nk bersalin kurg kekdg je kontraksi sakit pinggang n perut mngeras aadalh tp hilg bila bw baring/ rehat. Yg mrunsingkan doctr suruh dtg hospitl pd 12/2 ni kalau masih x jgak bsalin. Mkna nya dh lebih dr 7 hari overdue. Mcmana tu x bhya ke kndgn?

    ReplyDelete
  23. Salam kak engku..nk tanya..kalau ikut Last period sy 1/3/2013...tp bila scan nk tau EDD..dr ckp sy bersalin 4/1/2014..tp bila pergi ke klinik kerajaan buat buku pink, nurse letak due date pd 6/12/2013..so skrg sy nk ikut yg mana??kalau blh sy nk bersalin tahun ni...then, ni anak sy yg ke-2, yg pertama bersalin scr c-zer..skrg, sy slalu rs sakit di bahagian bekas jahitan tu..mcm rs terikan..ada apa2 effect ke pd kandungan kedua ni?

    ReplyDelete
  24. Sye pon overdue.. dr soh dtg 18.10.14 tp msh xde tande2 sakit pon.. risau plk.. due 12.10.. lbh 6hr da.. doa hr2 minta kmi selamat n mudah besalin..

    ReplyDelete
  25. Adakah dr akn mara jika kita xdtg hosp ikt temujnji.. sbb ibu sye ckp slgi xde tnda xprlu g hosp.. nnt dr bg ubt pksa... lg satu bole ke kite sbgi pskit minta dr pmpuan sje yg deliver bby.. ikt islm dr laki haram kn..

    ReplyDelete