"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

02 July 2010

Hepatitis B

Hepatitis B merupakan salah satu daripada kuman virus hepatitis, selain daripada hepatitis A, C, D dan E. Kuman Hepatitis B boleh dijangkiti melalui cecair manusia seperti darah (melalui tranfusi darah) susu badan, persetubuhan, air liur dan melalui suntikan penagih dadah. Hepatitis B lebih serius dibandingkan dengan Hepatitis A. Pembawa kuman Hepatitis B mempunyai risiko yang tinggi mengalami penyakit hati berinflamasi dan seterusnya penyakit barah hepar. Semua ini boleh dielakkan dengan suntikan pelalian Hepatitis B.

Tanda-Tanda
  • Lebih daripada 90 peratus pesakit yang menghidap atau pembawa virus Hepatitis B tidak ada tanda-tanda langsung dan hanya boleh dikesan melalui ujian darah.
  • Adakalanya pesakit dihadapi jaundis akibat jangkitan Hepatitis B.

Tindakan Ibubapa
  • Ibubapa harus memastikan mereka tidak menghidap jangkitan ini dengan menjalani ujian darah.
  • Anak harus diberi suntikan Hepatitis B untuk mengelakkan jangkitan ini.
  • Pastikan tiap-tiap bayi menerima suntikan pelalian Hepatitis B sebanyak 3 kali.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Anak didapati pembawa Hepatitis B.
  • Ibubapa kurang faham tentang penyakit ini.

Komen : Sesiapa yang menghidap jangkitan ini boleh sembuh. Mereka harus mengelakkan diri daripada menghisap rokok, minum arak, menagih dadah dan menderma darah. Rawatan tertentu terdiri daripada pemerhatian teliti doktor dan tindakan sewajarnya. Ubat baru interferon hanyalah untuk sebilangan kecil pesakit Hepatitis B.

2 comments:

  1. Salam,mcm mana wanita hamil dijangkiti hepatatis B aktif dlm darah.Ada tak cara rawatan semasa hamil atau apa2 suplemen yang sesuai.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. wsalam, sorry akakpun tak sure suplemen yg sesuai utk diamalkan, tapi akak nasihatkan supaya dapatkan pandangan dari doktor ye.

    ReplyDelete