"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

13 July 2010

Group B Streptococcus

Kebanyakan ibu hamil mengalami GBS+ve. Akan tetapi, bakteria tersebut tidak membahayakan kesihatan mereka. Cuma perhatian perlu diberikan pada bayi kerana kesannya cukup serius.

Group B Streptococcus (GBS) ialah sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman pada darah. GBS selalunya ditemui pada bahagian vagina dan dubur kebanyakan ibu hamil. Untuk pengetahuan, kuman jenis ini tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit kerana orang tersebut dijadikan perumah. Walaupun begitu, GBS boleh menyebabkan jangkitan kecil pada bahagian pundi kecil. GBS sememangnya tidak berbahaya kepada ibu sebaliknya ia bahaya kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Seperti kebanyakan masalah jangkitan lain, tiada gejala yang nyata untuk penyakit ini. Jadi sukar untuk mengetahui adakah anda GBS+ve ataupun tidak. Ini turut merumitkan doktor untuk mengesan sama ada bakteria tersebut berupaya menjangkiti bayi yang bakal lahir ataupun sebaliknya.

Seseorang ibu hamil yang dijangkiti GBS akan berpotensi untuk menyebarkannya kepada bayi yang bakal dilahirkan pada sekitar 40 hingga 70 peratus. Pun begitu, daripada jumlah tersebut hanya 0.5 hingga 2 peratus bayi yang akan dijangkiti. Keadaan ini dinamakan neonate GBS. Kiraan tersebut dibuat berdasarkan satu kes bagi setiap 1000 kelahiran di seluruh dunia.


Umumnya GBS Neonate Boleh Dibahagikan Kepada 2 Jenis

Early Onset

Jenis ini sering berlaku. Tanda-tanda bayi dijangkiti GBS early onset akan muncul dalam tempoh 6 jam hingga seminggu selepas dilahirkan. Hampir 80 peratus kes menunjukkan bahawa tanda-tanda dikesan dalam jangka masa 72 jam pertama bayi. Jangkitan jenis ini boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah. GBS early onset boleh jadi lebih serius.

Late Onset


GBS jenis ini pula agak jarang berlaku. Bayi lazimnya tidak menunjukan sebarang tanda jangkitan sehinggalah dia berusia seminggu hingga enam bulan. Hampir separuh daripada bayi ini mendapat jangkitan semasa proses kelahiran. Manakala, separuh lagi mendapatnya selepas dilahirkan iaitu menerusi hubungan dengan ibu yang GBS+ve atau orang lain yang mempunyai masalah sama. Masalah kesihatan yang biasa mengganggu bayi yang dijangkiti ialah meningitis.

Walaupun purata bayi yang akan mendapat jangkitan sangat rendah, doktor tidak pernah menganggapnya masalah remeh. Hal ini adalah kerana jika tidak dirawat segera selepas disahkan terkena jangkitan, dikhuatiri bayi akan mati.


Antara Simptom-Simptom Yang Mungkin Dapat Dilihat Pada Bayi Yang Dijangkiti Ialah:
  • Badan letih dan lesu
  • Kurang menangis
  • Kurang menyusu
  • Pernafasan tidak normal (terlalu cepat atau berbunyi)
  • Jaundis yang berpanjangan
  • Sawan
Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan, segeralah bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ketahuilah bahawa, walaupun dijangkiti kuman, suhu badan bayi tidak akan meningkat seperti yang selalu berlaku pada orang dewasa.

Lazimnya bayi yang dijangkiti bakteria ini akan diberikan penisilin untuk membersihkan darahnya. Selain itu, rawatan rapi turut diberikan bagi memastikan organ tubuhnya dapat berfungsi dengan baik sehingga semua bakteria dapat dimusnahkan oleh sistem tubuhnya sendiri. Sebenarnya perkara yang paling penting ialah rawatan segera. Hal ini adalah kerana lebih cepat seseorang bayi itu dirawat, semakin cerah peluangnya untuk sembuh. Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi GBS atau bayi meninggal secara tiba-tiba tanpa sebab-sebab tertentu terutamanya selepas seminggu dilahirkan, anda perlulah berhati-hati ketika berhadapan dengan kehamilan berikutnya.

Untuk memastikan adakah seseorang ibu hamil itu membawa GBS atau tidak, ujian HVS C&S (High vaginal swab culture and sensitivity) akan dilakukan. Ujian tersebut akan dibuat dengan mengambil sedikit cecair dari dalam vagina untuk melihat organisma yang wujud di dalamnya. Dari situlah, doktor akan dapat mengenal pasti ibu hamil yang membawa GBS. Seperti pada bayi, ibu yang dijangkiti akan diberikan penisilin semasa proses kelahiran.


Bayi Anda Berpotensi Untuk Dijangkiti Jika:
  • Anda pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS+ve.
  • Anda mengalami kesakitan bersalin yang terlalu lama.
  • Air ketuban pecah dalam tempoh yang agak lama sebelum proses kelahiran berlaku.
  • Dilahirkan kembar.
  • Berat badan semasa dilahirkan kurang.
  • Anda menghidapi choriomnionitis, iaitu jangkitan kuman dalam rahim yang menyebabkan demam, sakit pada bahagian uterus dan sel darah putih meningkat.
  • Lahir pramatang.

Kesan GBS+ve Pada Bayi

Sebelum Dilahirkan
  • Jantung bayi menjadi lemah dan berkemungkinan lemas.
  • Berisiko untuk meninggal sebelum dilahirkan.
Selepas Dilahirkan
  • Keradangan paru-paru yang akan menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Sepsis - putrefaktif (penghancuran) dan pereputan tisu oleh bakteria penyebab penyakit atau toksinnya.
  • Meningitis - jangkitan kuman pada otak.

5 comments:

  1. xde cara nk ubati GBS ni ke??
    Sy dh bsalin lbih 7 bln dh masalah ni xbenti pun

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan, akak rasa lebih baik rujuk kepada doktor pakar yang berkaitan, InsyaAllah doktor tersebut dapat memberi rawatan yang sewajarnya, thanks n jumpe lagi.

    ReplyDelete
  3. Kak engku.. Saya br seminggu bersalin.. Dan hospital br call yang saya menghidapi gbs +ve. Air mentuban pecah 7jam sebelum bersalin.. Pada permulaan bayi mmg suka tidur tp kerap menyusu.. Tidak demam.. Adakah saya perlu dapatkan suntikan antibiotic untuk bayi saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Ya, bb perlu rawatan antibiotik. Sila segera ke hospital ye. Tq

      Delete
  4. salam...saya dah hamil 34 minggu dah baru dpt tau saya ada GBS. Dok dah bg antibiotik. Skrg nie saya risau sgt kesihatan baby sbb dok ada bgtau worst kes baby xdpt diselamatkan.

    ReplyDelete