"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

15 July 2010

Demam Panas Dan Kehamilan

Pada kebiasaannya, demam tidak mendatangkan banyak masalah pada penghidapnya. dengan sedikit ubat-ubatan, demam akan hilang dalam tempoh yang cukup singkat. Tetapi, jika demam menyerang ibu hamil, masalahnya boleh menjadi lebih besar.

Demam yang lazimnya dikaitkan dengan peningkatan suhu badan yang ketara memang boleh dikenali sebagai hyperthermia. Untuk pengetahuan, suhu badan yang normal adalah kira-kira 37 darjah selsius. Dan ketika hamil, suhu badan tersebut meningkat sedikit iaitu 38.3 darjah selsius. Akan tetapi, suhu ini masih dianggap normal. Cuma, yang perlu dikhuatiri ialah apabila suhu badan terus meningkat menjadi 38.9 darjah selsius ataupun lebih daripada itu.

Masalah ini selalunya muncul akibat demam ataupun sakit. Selain itu, terdedah kepada keadaan persekitaran yang panas seperti sauna, mandi air panas atau berjemur boleh menjadi penyumbang peningkatan suhu badan. Begitu juga dengan senaman berat yang terlalu lama iaitu lebih daripada 10 minit.

Demam yang tidak sembuh selepas rawatan biasa diberikan menandakan masalah yang anda alami agak serius. Mungkin anda mengalami jangkitan bakteria. Oleh yang demikian, pemeriksaan lanjut daripada pakar sangat-sangat diperlukan. Anda harus segera ke klinik ataupun hospital jika:
  • Demam dan pada masa yang sama anda ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis.
  • Demam yang datang bersama simptom-simptom lain seperti berlakunya jangkitan pada buah pinggang.
  • Mula dehidrat.
  • Demam biasa tetapi masih tidak sembuh selepas 4 hari.
  • Demam berulang iaitu lebih daripada sekali dalam tempoh 3 minggu.
Kajian menunjukkan bahawa hyperthermia jika berlaku pada peringkat awal kehamilan iaitu dalam tempoh 6 minggu pertama kehamilan boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi yang dikenali sebagai neural tube defects (NTD).

NTD ini ialah masalah yang menyebabkan kecacatan pada tulang belakang atau tengkorak yang tidak tertutup dengan sempurna semasa pembentukannya. Dalam setiap 1,000 kelahiran, di antara seorang hingga 2 orang bayi akan mengalami masalah ini. Masalah ini boleh dikesan semasa hamil iaitu sekitar minggu ke 15 hingga 20 melaui kombinasi pemeriksaan menggunakan kaedah ultrasound dan alpha-fetoprotein (AFP).

Selain itu daripada itu, didapati hyperthermia turut meningkatkan risiko keguguran. Ketahuilah bahawa demam panas hanyalah sebagai tanda tubuh berada dalm keadaan kurang stabil. Selalunya, demam berserta simptom-simptom lain perlu diberikan perhatian sewajarnya. Penting bagi anda untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah ini. Adakah demam itu ada kaitannya dengan jangkitan atau sebagainya. Dengan cara ini mudahlah doktor untuk memberikan rawatan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment