"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

01 June 2011

Petunjuk Kesuburan

Ketahui bagaimana anda dapat mengenal pasti hari subur bagi melancarkan usaha merancang kehamilan. Kitaran haid antara seorang wanita dengan wanita yang lainnya tidak sama. Ini kerana isu berkaitan haid dapat dikategorikan sebagai suatu fenomena yang kompleks. Oleh kerana itulah, tidak seorang pun dapat mengetahui bilakah sebenarnya hari subur bagi setiap individu.

Terdapat 3 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Dalam Usaha Untuk Hamil

1. Waktu subur iaitu waktu di mana anda mengeluarkan benih iaitu ovum supaya dapat disenyawakan dengan benih suami yang dikenali sebagai sperma.

2. Suami perlu mempunyai sperma yang sihat dan berkualiti.

3. Saluran tiub fallopio anda mestilah tidak tersumbat dan dapat berfungsi dengan baik agar dapat menemukan sperma dan ovum.

Dalam pada itu, waktu subur ialah waktu di mana ovum dikeluarkan daripada ovari. Proses pengeluaran tersebut dikenali sebagai ovulasi. Setelah berlakunya ovulasi, struktur jejari tiub fallopio akan mengaut masuk ovum ke dalam saluran supaya ia dapat bertemu dengan sperma bagi memulakan proses persenyawaan.

Ovum hanya mampu hidup selama 24 jam sebelum gugur setelah tiada persenyawaan berlaku. Atas alasan inilah, anda digalakkan untuk melakukan hubungan intim pada hari berlakunya ovulasi. Untuk membantu anda mengetahui hari subur terdapat beberapa tanda atau direct indicator yang oleh menentukan hari subur.


Perubahan Suhu Basal Badan

Ini dapat anda lakukan dengan mencatat suhu basal badan (BBT). Ia adalah bacaan suhu badan yang diukur pada waktu awal pagi. Langkah ini lebih mudah jika disertai dengan penggunaan alat jangka suhu digital. Kebanyakkan alat jangka suhu digital dibekalkan dengan graf yang sesuai untuk mencatatkan BBT. Untuk makluman, alat jangka suhu raksa tidak sesuai digunakan kerana ia sukar dibaca. Bacaan yang kurang tepat akan menyukarkan anda mencari waktu subur yang tepat. Anda boleh mula mencatatkan suhu badan pada hari pertama haid. Ukuran hendaklah dibuat sebaik sahaja anda bangun dari tidur sebelum memberus gigi ataupun berkumur.

Pada hari berlakunya ovulasi, suhu badan anda akan melonjak sehingga 36.7 darjah selsius (atau lebih daripada itu) dan tidak akan turun lagi daripada suhu berkenaan. Inilah yang dikatakan petanda hari subur. Hari ini jugalah dikatakan amat sesuai untuk anda berdua berusaha mendapatkan cahaya mata.

Namum, hari ovulasi akan berubah-ubah dari satu bulan ke bulan yang lainnya mengikut kitaran haid setiap wanita. Sementara itu, catatan BBT tidak akan tepat jika anda mengalami demam, tidak cukup tidur atau mengalami penyakit tertentu seperti thyrooxiicosis. Catatan BBT juga bukanlah 100% tepat bagi setiap wanita. Ini kerana suhu badan wanita berkenaan mungkin tidak melonjak naik biarpun pada hari berkenaan adalah hari ovulasi berlaku.

Bagi wanita yang mengalami masalah kesuburan, BBT akan menunjukkan suhu badan yang rendah setiap pagi. Jika mengalami kes sebegini, anda perlu merujuk kepada doktor pakar sakit puan.


Pemeriksaan Bendalir Pangkal Rahim

Biasanya, ketika waktu subur, bendalir pangkal rahim anda akan menyerupai putih telur mentah. Ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak dan jernih (tanpa warna).

Setelah ovulasi selesai, bendalir pangkal rahim akan menjadi semakin pekat, kental dan berwarna keputihan dan kuantitinya semakin berkurangan. Anda dapat melakukan pemeriksaan ini dengan melihat kehadiran bendalir berkenaan yang melekat di atas seluar dalam ataupun dari kawasan faraj.


Pemeriksaan Posisi Pangkal Rahim

Pemeriksaan ini dapat anda lakukan dengan menyentuh pangkal rahim sendiri. Apa yang perlua anda lakukan ialah memasukkan jari hantu (pastikan ia benar-benar bersih) ke dalam faraj. Ketika hari subur, pangkal rahim terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut. Namum, jika anda kurang yakin dengan pemeriksaan ini, jangan lakukannya sendiri.


Penggunaan Alat Clear Plan

Lazimnya, alat ini digunakan oleh wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan. Harganya agak mahal dan seharusnya digunakan setelah mendapat nasihat daripada doktor pakar. Clear plan didatangkan dalam bentuk urine stick iaitu setiap satu keping digunakan untuk menguji air kencing pada setiap pagi sepanjang proses rawatan dilakukan. Ia bagi menguji tahap hormon LH di dalam ai kencing anda.

Hormon LH dari kelenjar pituitari akan meningkat sekali dalam sebulan pada hari subur. Peranan hormon LH ialah memberitahu ovari untuk mengeluarkan ovum apabila tiba masa untuk ovulasi. Kebiasaannya ovulasi berlaku selepas 36 jam. Oleh itu, apabila Clear plan menunjukkan keputusan positif, ini menandakan hormon LH telah meningkat dan ovulasi dianggarkan akan terjadi dalam tempoh 36 jam kemudiannya. Walau bagaimanapu, penggunaan alat ini boleh terjejas keputusannya jika anda sedang menyusukan bayi atau mengalami penyakit organ hati, ginjal atau polycystic ovarion syndrome.


Fasa Kitaran Haid

Hari 1 - 4
Merupakan fasa pengeluaran darah haid. Biasakan diri untuk mencatat hari pertama hingga terakhir haid pada kalendar, diari atau buku catatan terutamanya jika merancang hamil.

Hari 5 - 13
Fasa di mana hormon estrogen mula meningkat. Darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal sebagai persediaan kehamilan. Ovum yang berada di dalam ovari kini semakin matang.

Hari 15 - 28
Fasa di mana ovuk dilepaskan. Begitu juga dengan hormon progestron yang menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Jika tidak berlaku persenyawaan, hormon progestron berkurangan dan dinding rahim akan runtuh sebagai haid.


Rujuk link ini bagi anda yang merancang kehamilan
1. Rahsia Mudah Hamil
2. Panduan Senang Hamil

5 comments:

  1. salam kak engku ..
    sy nk tnya pndapat kak engku tentang masalah sy..sy dah 2bulan xperiod dan sy sudah kawen..stiap kali test,negative..sy xpuas hati krn perut sy membuncit,so sy ajak suami pi jmpa doktor..2kali doktor test,mmg negative..sy risau kot2 ad fibroid or tiub folopian trsumbat..doktor ckp xde mslh berikut..doktor cuma bekelkan ubt tahan sakit dan ubat utk kncing kotor..smpai skrg,masih lg xperiod..sy ad mngunakan produk lumiglow dan makan jamu (pil binari manjakani)..doktor suggest suh sy amalkan EPO..sy masih blom cuba krn harganya yg trlalu mhal bg sy ..kitaran haid sy mmg xnormal sjak dlu lg..kdg2 je 28 hari...sy pon brharap mngandung,krn ahli kuarga sy,kawen sbulan dah lekat..ni mmbuatkan sy rendah dri... :( tolong lah sy kak engku ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Linda Faizul,
      Boleh bg email address, ada beberapa produk yg akak nak syorkan. Tanya sikit soklan....tq

      Delete
  2. salam kak engku..
    sy nk tny..
    sy punye kitar haid 35hr n wktu subur jth pd hr ke 21..pd hr ke 20 sy telh besama dgn suami n slpas bersama trase krem di bhgian perut..keesokannye sy dpti ad lendir likat jernih seprti putih telur..untk pengetahuan kak engku suhu tubuh sy jg agak tinggi pd ktika itu..adkh sy sedg mengalami ovulasi? tetapi yg sy musykil kenapa sy mengalami kram dipert selpas bsama ngan suami..adekan ianye tnda sy mengalami maslh spt endometriosis? harap kak engku dpt memberikan jwpn kpd sy..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pn sabariah,
      Kram yg pn alami bukannya tanda endometriosis. Lendir likat yg kluar tu mungkin air mani suami @ mungkin lendir dari kemaluan puan. Bila bersama puan kena relax ye. Mudah2an puan cepat hamil. Amin.

      Delete
  3. Salam kak engku...
    Sy dlm mslh....sejak kawen kitaran haid sy x menentu...sblm kawen haid sy normal...setahun kawen haid sy berubah..sy akan dtg haid tiap 2 bln sekali..pa sbnar msalh sy kak....blh email sy..lizababy85@yahoo.com..tq

    ReplyDelete