"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 May 2011

Idealkah Berat Bayi Anda?

Melihat bayi yang sihat atau montel memang membuat kita rasa geram. Namum pernahkah anda terfikir apakah berat tubuh bayi anda adalah berat yang ideal dan bersesuaian dengannya? Jangan terlalu asyik dan suka bila melihat tubuh bayi semakin montel kerana jika alpa, bermakna anda membiarkan risiko obesiti menghampiri bayi anda.

Berat Ideal

Berat bayi yang normal sewaktu lahir adalah 2.5 kilogram ke atas. Jika kurang dari angka itu, bermakna bayi lahir dengan berat tubuh yang kurang. Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat boleh dilihat dalam 3 bulan pertama. Pada usia 1 hingga 3 bulan, kenaikan berat tubuh yang normal adalah antara 150 - 250 gram seminggu. Pada usia 4 - 6 bulan pula, kenaikan berat badannya haruslah antara 350 - 450 gram sebulan. Pada usia antara 10 hingga 12 bulan pula, berat badan si kecil sebaiknya bertambah antara 250 - 350 gram sebulan.

Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat tubuh bayi biasanya berlaku dengan cepat. Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan. Salah satu faktornya kerana bayi sudah mulai aktif bergerak. Hati-hati jika bayi yang berusia lingkungan 4 bulan hanya mengalami pertambahan berat tubuh kurang dari 200 gram seminggu, itu bermakna bayi mungkin menghadapi masalah kurang makan.

Bayi Sihat Vs Obesiti

Selalunya orang menyangka bayi yang montel dan berisi adalah bayi yang sihat tanpa disedari bahawa bayi itu berisiko menuju ke arah obesiti. Bayi akan menjadi gemuk jika jumlah makanan yang diambil melebihi dari keperluan tubuhnya. Kalori yang berlebihan akan terkumpul dan tersimpan menjadi lemak. Sel-sel lemak ini akan membesar dan melebihi dari jumlah yang dimiliki oleh bayi dengan berat tubuh yang normal.

Selalunya, si kecil yang tergolong gemuk mempunyai selera makan yang tinggi kerana telah diajari dengan tabiat pemakanan sebegitu. Kerana itu si kecil yang berat tubuh berlebihan selalunya sukar untuk turun berat badan kerana mempunyai nafsu makan yang tinggi.

Anda perlu risau dengan fenomena ini kerana obesiti berisiko menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit. Si kecil yang obesiti berisiko mendapat hipertensi (darah tinggi), diabetes dan gangguan ortopedik.

Diet Pada Bayi

Sebaiknya bayi yang baru lahir hingga berusia 6 bulan diberi susu ibu berbanding susu formula. Ini kerana susu lembu mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi dari susu ibu. Diet pada anak yang berusia 1 tahun ke bawah seeloknya dilakukan setelah mendapat konsultasi doktor. Mengurangkan jumlah makanan yang diambil bukanlah satu tindakan bijak kerana si kecil sedang dalam proses tumbesaran dimana dia amat memerlukan gizi yang baik untuk tubuhnya.

Sebaiknya berikan anak makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan paling penting, elakkan dari makanan yang manis, berlemak dan juga makanan segera.

61 comments:

  1. salam...

    nak minta pendapat dr kak engku...anak saya berat sama jer...umur 4 bulan 5.9 bila timbang tuk umur 5 bulan pun sama berat dier..apakah punca nyer...kalo menyusu kuat ajer..tq

    ReplyDelete
  2. radeka: wsalam, klu tgk kat carta tumbesaran anak, berat dia ok ke tidak, klu ok, tak perlu la risau yek hehehe

    ReplyDelete
  3. kalo tgk carta mendatar jer...

    ReplyDelete
  4. radeka: garisan carta tu keluar ke area kurang berat badan ke? klu tak takpe la.

    ReplyDelete
  5. bayi sy lahir kecik walaupun ckp bulan tp awal 3 minggu dr tarikh jangkaan. dia lahir cuma 1.9kg.. tp sihat. cuma sy risau sbb bayi sy dh 4 bulan tp tak semontel bayi org lain. dia fully BF. last check up masa dia 3 bulan lebih aritu berat dia cuma 4.3kg & panjang 57cm. normal ke? dia menyusu macam biasa jer.. ada hari dia krg minum susu & ada hari agak banyak dia menyusu.

    ReplyDelete
  6. the lekat: cuba pantau berat menggunakan carta pada kad kelahiran baby. pastikan berat baby dlm berat yg ideal.

    ReplyDelete
  7. assalam kak...baby saya now da 5buln,tpi berat 4.91kg jer..graf berat badan da kuning, n bmi da merah...masa dia 4buln pun berat 4.9kg..cmne nk buat...tpi dia ok je,aktif n xmeragam pun...

    ReplyDelete
  8. wassalam anonymous,
    Boleh akaktahu brape berat lahir baby dan bb minum susu apa ye? Jika perlu bb mungkin boleh di rujuk pada pegawai zat makanan (PZM). PZM memang arif bab2 makan nie. Tq

    ReplyDelete
  9. kak, bayi lelaki sya 3bulan,,tp berat badan masa 2bln n 3bln samer jer..xberubah pon,,still 5.4kg jer..masa lahir 3.2kg..

    ReplyDelete
  10. hehehe takpe jgn risau, cuba pantau berat anak berpandukan buku merah baby tu ye

    ReplyDelete
  11. Anak sy lahir 2.74 skang dh 5bulan lbih berat die tiap2 bulan naik 0.2 je..nurse nk refer dktr kalo xnaik lg..skang sy bg cmpur susu enfalac...adakah sy perlu tukar susu atau beri bubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ninieumie,
      Seelok2nya teruskan susu ibu sahaja. Bila anak dah umur 6 bulan baru bg bb mknan tambahan. Boleh akak tahu brape beratbadan anak sekarang? Tq

      Delete
    2. Mase timbang 18/4 berat die 5.8..susu bdn saje xckup die lapar lg..ade jgk sy bg bubur cerelac..kdg2 bubur nasi pn sy bg ckit..sy buat cair2..risau berat xnaik..nnti nk refer dktor lak..susu ibu sekali pam dpt 3auns..sy buat 2 sesi..

      Delete
  12. salam..ank sy 5 bln 6.5kg..alhamdulillah..wktu lahir 2.13kg ja..3 bln ptama naik 1kg tiap bln..pastu skng 500g tiap bln..mnum susu snow..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum kak.. baby saya masa lahir brt dia 3.7 baby girl,skrg umur dia 3bln berat dh 7.3kg dh xnormal ke erk? dia minum susu lbh krg 18-20 oz satu hari dr 7am-7pm. saya bg susu badan n susu formula (anmum)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Susu ibu adalah makanan yg terbaik untuk bayi. Berat badan bb normal jika dibandingkan dgn berat lahir. Puan tak perlu risau. Teruskan penyusuan susu ibu ye. Tq

      Delete
  14. Hai kak.. baby saya girl lahir 2.15 kg..skrg 5/12 ok x berat 6 kg??

    ReplyDelete
  15. Hi
    Beratbadan anak puan normal. Tak perlu risau. Teruskan bf ye.

    ReplyDelete
  16. salam kak...

    berat baby boy sy wktu lahir 2.48kg. 2 bulan pertama naik 1 kg. ari tu da 3 bulan, naik 0.7 jer.skrg berat bdn baby, 3 bulan 5.1 jer...lau ikut buku merah yg bhgian carta tu, masih normal.

    ReplyDelete
  17. salam kak...anak sy baby boy masa lahir 2.7kg, 1 bulan 3.8kg, 2 bulan 4.7kg & 3 bulan 5.3kg...normal ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nora,
      Berat bb normal tak perlu risau. Teruskan breastfeeding ye. Tq

      Delete
  18. salam kak engku
    berat bb lahir 3.25kg , 1 bulan-4.2kg, 2 bln - 5.6kg, 3bln- 6.4kg, 5 bln - 7.2kg , 6 bln- 7.45kg, 7 bln - 7.6kg, 8bln - 7.9kg dan skrg 9 bln 8.3kg ...baby sy full br

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      Tahniah. Kenaikan beratlahir bb sejajar dengan usia.Teruskan bf ye.

      Delete
  19. As-salam kak engku..
    Mohon sdikit bantuan atas kemusykilan saya ni..
    Bb lahir pd mggu ke 37 dgn berat 2.46..tp weight gain smpi umur 6 bulan alhmdulillah ok..

    Sampailah sblum ni mase umur 7 bulan berat bb 7 kg..
    Semalam timbang utk setahun 8.5kg..so jarak antara 7-12 bulan tu berat naik 1.5 shja..ok ke mcm tu?

    Bb msh fully bf tnpa campur formula..makan pun ok je..bubur sehari 2 kali..agak risau sbb mak saya bising katanya berat anak tak mcm umur budak setahun..mcm mana ye..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Salam K Engku..baby saya lahir beratnye 3.2KG. sekarang ni umurnya 7 bln tapi beratnya 5.3kg. susu ape yang sesuai untuk naikkan berat badnnye?

    ReplyDelete
  22. salam,
    sya nak tanya la mcm mana nak kurangkan mkn anak.
    masa lahir anak sya berat 3.34kg...peningkatan dari 1bln ke 7 bulan agak merisaukan tp under control tp 8bln ke 12bln dah normal maintain 8kg ke 10kg tp skrg 1thn 2bln berat dah 11kg adakah normal...tp kalu di tgk badan berisi n sgt chubby dan semua org menegur...so sya amat risau. kalu di tgk dlm carta stil under control lagi....tp sya amat bimbang jika tak bertindak awal.sbb my famali ada genetik gemuk.anak saya suka makn bubur nasi.selera bertambah selepas baik dari demam.apakah tindakan yg perlu sya amik.tolong bagi cadangan pada sya.
    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Tahniah kerana mmpunyai anak cubby n sihat. Anak yg cubby atau gemuk adalah salah satu punya dari genetik. Sebagai ibubapa kita tak boleh menyekat selera mkn anak. Bg je bb mkn apa yg diingininya. Apa yg penting bb sihat n tidak ada masalah kesihatan. Jika perlu puan blh rujuk dengan pegawai pemakanan yg ada di kljnik2 kesihatan untuk nasihat ttg pemakanan.

      Delete
  23. Assalam Puan,
    Anak saya lahir berat 3.7kg 55cm pastu masa cek utk bulan kedua berat 5.4kg tp masa umur anak saya 3 bulan berat dia 5.6kg. Adakah pertambahan berat bdn anak saya tu normal? Anak saya menyusu formula sbb sekarang susu saya dah tdk byk. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Pertambahan beratbdn anak sebanyak 0.2kg klau di kira dlm tempoh sebulan adalah tak normal. Ini mungkin berlaku byk sebab. Salah satunya alat timbang yg berlainan @ mungkin bb baru baik demam. Jika ini berlaku cuba timbang sekali lagi. Tapi klau di ambil kira jumlah keseluruhan kenaikan adalah 1.9kg dari berat lahir adalah amat memuaskan. Pengiraan BMI adalah melibatkan panjang & berat bb. Sila rujuk carta beratbadan n carta bmi dalam kad anak. Tq

      Delete
  24. salam, nak tanya..adakah normal berat baby turun?
    anak saya lahir 2.15kg, selepas 10 hari naik 2.4kg tapi setelah 20hari turun menjadi 2.2kg..harini sebulan kembali kepada 2.4kg..adakah normal?saya memang bf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qienah,
      Iya normal. Biasanya beberapa hari lps lahir berat bb turun 10% dari berat lahir. Umur 10 hari dpt balik berat lahir. Berat bb turun naik mmg normal. Tak perlu risau teruskan bf. Tq

      Delete
  25. salam nk tnya..anak saya lahir 3.31kg dengan panjg 50cm..prkembangannya dikira agak mendadak ini kerana pada usia 3bln sudah meningkt kepd 6.9kg dengan ketinggian 62cm,..adakah berat anak saya normal?tq

    ReplyDelete
  26. Salam,
    Purata pjg bb masa lahir adalah 50cm. Kdr tambahan pjg untuk 3bulan adalah 20% Apa yg dicapai oleh anak puan adalah normal. Takperlulah dirisaukan ye. Tq

    ReplyDelete
  27. Salam..kak berat bdn ank sy yg brusia 11bulan dlm 6.8kg.adakah itu normal?anak sy jga ssh utk tidur di siang hari.dia akn bangun dlm pkul 8/9am..lps tu akn tidur blik dlm pkul 2/3pm,tu pn hnya 1jam shja.untuk pngetahuan akk,ank sy tdk mnyusu bdn dan pjg 71cm..boleh x akk bg sy tips2 utk tidurkn ank.ney adlh ank prtma sy.
    Kalo boleh sy nk jwpn dr akk scpt mgkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam princess sakura,
      Susah jugak nak ckp eratbdn anak normal ke tak. Sbb ia dilihat n dikaji dari byk sudut. Sering dikaitkan dgn berat lahir n peratus kenaikan serta panjang bb untuk tengok bmi. Cuba tanya nurse @ doktor yang memeriksa anak ye.
      Corak tidur bb sentiasa berubah ikut umur n persekitaran serta cara didikan sms bb. Tips yg biasa akak peraktikan, bg bb nyusu bdn, sapu minyak bb pd perut n pakaikan barut, betis n tapak kaki sambil buat urutan, selps nyusu bedungkan bb. Insyaallah bb tidur lena.

      Delete
  28. salam kak engku,
    anak sy (girl)masa lahir berat 2.75kg...timbang 6 bulan hari tu 5.7kg je..normal ke..??

    ReplyDelete
  29. Salam kak engku..
    Sy hanim.sy bru mlahirkan bayi perempuan seberat 3.24 kg pada 19nov yg lalu..hari ini, sy ke klinik utk checkup 1bln, berat bayi sy hanya 3.3 kg..adakah ini normal..sy bf sepenuhnya bayi sy..arap dpt bantu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Macam tak betul je berat bb tu. Boleh timbang sekali n confirm betul2 ye. Tq

      Delete
  30. hi kak Engku..
    nk tnya ni..bby boy sya lahir dgn berat 3.12kg panjang 48 cm bila cek 1bulan berat 4.5kg panjang 55cm after 2 bulan berat 6.8kg panjang 60cm. full BF.. normal tak berat baby sya ni? agak risau juga sbb bila nk g kerja nnti terpaksa cmpur dgn susu formula..hrap dpt bg nasihat.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      Berat bdn bb normal. Akak nasihatkan teruskan bf sampai bb umur 6 bulan. Tak perlu campur susu. 1 bulan sblum start keja, mulakan memerah susu untuk simpan stok ye. Bila start susu formula bb byk masalah nanti....ciritbirit, sembelit, demam n alami masalah pernafasan. Teruskan bf, insyaallah.....bb takde masalah.

      Delete
  31. slm .i nk tau berat anak i normal ke x .i risau la brp bdn ank i . 9 bln bert bdn die hanye 7.6 je ape i nk wat ,lg satu anak suke masuk kn jari kn mulut die selps tu muntah .kadng2 satu sampai 3 kali muntah .ape nk wat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Berat anak di ambil kira dari berat lahir, rekod beratbadan setiapbulan. Insyaallah dari situ baru blh buat bandingan.
      Pasal anaksuka masuk jari tu, mmg normalbg bb peringkat umur camni. Jg kebersihan tangan bb ye @ klau perlu blh bg mainan yg sesuai untuk menarik minat bb. Mudah2 an bb tertarik.

      Delete
  32. As salam K.Engku, sy nk tnya camne nak naikkan berat anak saya. sekarang umur 6bln dengan berat hanya 4.3kg. masa lahir 2.9kg.

    ReplyDelete
  33. salam kak engku. baby boy iza 3bln 6.5kg. lahir hnya 2.8kg. skrg 4bulan rsanya dh smpai 7kg. tp dgn mata kasar,dia kurus. x chubby mcm baby2 lain. iza rsau klu dia obesiti. ptutkah iza menghadkan pemberian susu kpdnya slps ni? utk pgetahuan kak engku sehari dlm 5kali dia mnum. stiap mnum 4oz.

    ReplyDelete
  34. Salam kak engku

    Baby sy lahir 2.94kg..1 bulan 4.2kg..2 bulan 4.8kg..sy risaula..sy hntar anak ke rumah pengasuh..setiap hari saya bekalkan 20oz susu..petang botol sure kosong..tp berat anak sy naik sikit je..adakah anak saya tak cukup susu..sbb berat yg naik berbeza sgt mase sy jg dlm pantang..

    ReplyDelete
  35. Salam kak..sy ade kerisauan sdikit...ank saya lahir dgn berat 2.9kg..skg dh 4 bulan dan berat dia 8.1kg..dia mmg kuat menyusu.kdg2 bf saja pon x ckup..ank sy bf n fm..adakah ank sy obesiti?

    ReplyDelete
  36. as salam kak engku..
    nak tanya ni.. risau jugak bby mcm x cukup berat je berbanding anak kawan2x yg sama bersalin bln 9 lepas..
    bby sy lahir berat 3.16, sebulan 4.2, 2bln 4.9, 3 bln baru 5kg, 4 bln 5.4 kg...esok nk g checkup lagi... x tahu brp berat... normal x??

    ReplyDelete
  37. Salam baby saya umur 3 bulan berat dh 5.1kg perlu tambah lg ke berat badan

    ReplyDelete
  38. Salam kak engku..
    Baby girl saya lahir 3.75kg.sekarang dah 2 bulan berat 4.9kg.normal tak berat baby mcm ni? Stakat ni saya bf..

    ReplyDelete
  39. assalam k.engku..nak tnya,baby girl saya lahir dengan berat 4.78kg..sebab saya ada diabetis masa hamil..4 hari pertama berat dia turun 4.28kg sebab dia kena kuning..bila dah sembuh berat dia naik 4.7kg..masa timbang sebulan berat turun 4.4kg (13hb 2 2013),lepas tu timbang 28hb 2 2013 4.5kg..tapi semalam 14hb 3 2013 berat baby still 4.5kg..apa sebabnya ye?adakah sebab timbang di klinik berlainan?sebab tu bacaan berbeza..saya BF,tp kdg2 sy ada bg ank saya susu formula sekali sehari..sebab kadang2 susu macam tak cukup..harap k.engku dapat membantu..risau plak..

    ReplyDelete
  40. salam kak..nk tnye..ank sye lahir berat die 3.4kg..mse die 5bln brat die 6.2kg..ada kah berat die normal???bby sye fm spnuh masa...

    ReplyDelete
  41. Salam kak..ank sy girl lahir 3.1kg..lps sbulan 4.1kg, 2bln 4.8kg,3bln 5.6kg then the latest 4bln 6.5kg...normal ke?my bb x bf,mnum anmum..

    ReplyDelete
  42. Assalam. Normal ke berat baby saya.. masa lahir 3.15kg. Berat untuk sebulan 3.86kg sahaja. Fully breastfeed. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, thanks ye sudi singgah bloh akak. Utk memantau perkembangan berat anak, cuba tgk carta berat pada buku kelahiran. Dari situ Pn boleh lihat samada berat baby ideal, ataupun tidak.

      Delete
  43. Salam kak, ank sye 10 bln, tp brat die xnormal la, aritu timbng 9 bln 5.70 kg jer, 10 bln xtimbng lg, risau la, susu pn die xminom sgt, ingt nk cmpor, tp die xnk mnom fm, sye fully bf

    ReplyDelete
  44. salam kak, anak saya berusia 6 bln...mase lahir berat baby girl saya 3.72kg dan skrg pd usia 6 bln, dia dh 9.5kg... adakah berat dia normal? saya bf dan campur ngan susu snow sbb susu saya xbnyk....

    ReplyDelete
  45. berat ank sy 12bln hanya 6.4kg je..dy hnya susu bdn..mkn pn xkuat sgt..cmne ye nk tmbh kn berat bdn dy?

    ReplyDelete