"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

10 June 2010

Bagaimana Terjadinya Keguguran (Abortion)

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.


Sebab-Sebab Terjadi Keguguran
  • Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.
  • Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.
  • Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.
  • Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Cara merawat keputihan (klik sini). Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.
  • Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.
  • Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

Tanda-Tanda Keguguran
  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan
  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tip
Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.

10 comments:

  1. salam.. kak engku
    saya hendak bertanya, sejauh mana cervical encirclage dapat menjamin bayi tidak akan terkeluar? adakaah rawatan ini menyakitkan? saya pernah diberitahu bahawa ada orang yang peranakannya dijahit pun kaki bayinya terbolos juga ketika usia kandungan 6 bulan, pun tidak dapat diselamaatkan. bagaimana pula suntikan hcg dapat membantu rahim lemah?jika kita tidak jahit hanya ambil suntikan tersebut, adakah boleh selamat?

    ReplyDelete
  2. Pn: Wsalam, dlm kes nie akak tak dapat nak jawab ngan detail la sebabnye nie bukan bidang akak nie hehehe, walau bagaimanapun, nasihat akak adalah lebih baik dapatkan pandangan dari beberapa orang doktor @ doktor pakar bagi kes sebegini, tanyakan kepada mereka apa sahaja soalan yang terbuku di hati serta tanyakan juga soalan mengenai jalan @ kaedah rawatan yang ada, kemudian bolehlah buat keputusan berdasarkan info yang telah diperolehi itu. Sekiranya ada bahan bacaan mengenai kes sebegini, rujuklah ye...ok bye n jumpe lagi

    ReplyDelete
  3. boleh ke kehamilah terjadi sekiranya si suami tidak sempat pancut ke dalam rahim tetapi pancut di luar faraj.......

    ReplyDelete
  4. salam akak adakah cairan berwarna coklat keluar dari kemaluan semasa kandungan berusia 11 minggu merupakan tanda2 keguguran?.

    ReplyDelete
  5. Wsalam, tanda tu tak semestinya tanda keguguran, tapi nasihat akak pn pergilah ke klinik utk pemeriksaan ye, lagi cepat lagi baik.

    ReplyDelete
  6. salam kak engku..sy baru disahkan keguguran 5weeks(anak kedua)..doc bgtau tiada perkembangan pada bayi..bile scan hanya nampak kantung bby je..:(( apakah punca terjadinya tiada perkembangan pada bayi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,
      Maaf akak tak dapat nak pastikan punca terjadinya tiada perkembangan pd bayi. Akak nasihatkan dapatkan info dari doktor yang memeriksa ye. Tq

      Delete
  7. as salam kak engku...sy nk bertanya,tp ini bukan pasal keguguran...sy nk tny,sy bru disahkan hamil ank ketika di usia kandungan 4bulan...sebelum sy disahkan mengandung,sy telah mkan bermacam-macam ubat seperti ponstan,ubt untuk period,maajun dan lain-lain...tiadanya alahan menyebabkan sy tidak tahu bahawa sy hamil lg...sejak bersalin ank kedua sy 7bln lalu,sy belum lg didatangi period...tetiba,bila di check,sy hamil lg...sy nk tny,ubt2 yg sy mkn sebelum ni,ade kesan sampingan atau tidak kepadan ank dlm kandungan sy ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam anonymous,
      Tahniah atas kehamilan puan. Sms hamil kita dinasihatkan tidak mengambil sebarang ubat tanpa arahan dari doktor. Jika puan telah mengambil ubat spt yg telah diterangkan, akak nasihatkan buat pemeriksaan yg detail secara regular di klinik. Insyaallah jika ada masalah doktor blh rujuk ke hospital dengan segera. Banyak2 doa moga kandungan puan selamat. Amin.

      Delete
  8. salam kak. sy shila yg aritu tnye psl pendarahan selepas mslh kencing kotor dan keputihan. smlm dah jmpe o&g specialist. dia kata darah dr dalam. kemungkinan besar akn kguguran.air ketuban makin brkurg. scan baby msh ade heart beat dan baby ok lg.doc hnye beri antibiotik je dan suruh rehat. sy agak sedih la sbb dah 5bln lbh sy kandungan anak ini.namun sy redha kalau itu takdirnya.skg sy msh berdoa moga baby sihat dan selamat. kak, xde cara ke nk tambah air ketuban? doc xckp knape leh blaku pendarahan,apa punca nye.sy da 2 mggu lbh xpi kje,duk umh rehat je xde kluar jln or buat buat kje berat.

    ReplyDelete