"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

09 June 2010

Amalan Pemulihan Selepas Bersalin

Pada Masa Sekarang, Terdapat 2 kaedah Bersalin

Normal
  • Bersalin Secara Spontan
  • Bersalin Dengan Bantuan Forsep Atau Vakum
Pembedahan
  • Walaupun kaedahnya berbeza, namum proses pemulihannya tetap sama.

Pemulihan Ibu Selepas Bersalin Secara Normal

1. Luka Episiotomi atau koyakan dijahit dengan benang jenis "catgut"
Benang ini dibuat daripada protein dan akan hancur serta lesap dengan sendirinya selepas 10 hari hingga ke 12 hari. Jangan takut untuk membersihkan luka setiap hari dengan air suam. Pastikan anda sentiasa lap luka hingga kering. Luka yang kotor dan berbau perlukan perhatian dan lebih khuatir akan dijangkiti kuman. Jika luka lambat sembuh, jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Biasanya doktor akan memberi antibiotik serta mencuci luka tersebut.

2. Rahim akan mengecut selepas 10 hari bersalin
Sekiranya rahim tidak mengecut dan pendarahan berterusan, kemungkinan ada cebisan uri yang tertinggal. Untuk memastikannya ibu perlu menjalani pemeriksaan ultrabunyi atau imbasan. Jika betul terdapat uri yang tertinggal, ibu perlu menjalani D&C bagi mengeluarkan cebisan tersebut.

3. Kepentingan penjagaan payudara
Pastikan kelancaran susu dan kebersihan payudara sentiasa terjaga. Sekiranya payudara sakit dan merah atau "Mastitis" (jangkitan yang menyebabkan payudara bengkak, keras, kemerahan dan sakit), ibu harus mengambil antibiotik.

4. Diet yang baik
Selepas bersalin, ibu perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat dan vitamin seperti buah betik dan sayuran hijau yang penting untuk mengelakan masalah sembelit. Digalakkan juga makan makanan tambahan yang kaya dengan asid folik dan zat besi kerana ibu akan menyusukan bayi. Semasa bersalin, ibu kehilangan banyak darah dan perlukan zat tersebut untuk mendapatkan darah yang mencukupi bagi keperluannya.

5. Post-partum blues / depress atau tekanan (meroyan)
Keadaan ini disebabkan oleh gangguan paras hormon dalam tubuh badan wanita selepas bersalin. Wanita memerlukan sokongan suami dan keluarga agar sentiasa bersemangat dan ceria.

6. Rawatan tradisional
Amalkan rawatan tradisional seperti bengkung herba, dan urutan. Rawatan ini bagus kerana secara saintifiknya ia bertindak sebagai pelawas untuk melancarkan pergerakan usus dan meningkatkan pengaliran darah pada organ. Gabungan kaedah moden dan tradisional terbukti memberi pemulihan yang optimum kepada ibu.


Pemulihan Ibu Bersalin Secara Caesarean

Keutamaan diberi kepada penjagaan luka lebih besar dan dalam. Ada jenis luka menegak dan luka yang melintang.

Kebanyakan ibu takut hendak mandi atau membasahkan luka. Akibatnya kulit jadi kotor dan kuman menyerang luka. Keadaan ini akan menyebabkan "wound breakdown" iaitu luka terbelah dan perlu dijahit semula. Cara yang betul ialah dengan mandi dan jaga kebersihan diri dengan baik. Cuci luka bersih-bersih dan keringkan dengan tuala bersih. Untuk mengeringkan luka yang telah dicuci dengan cepat, anda boleh juga pasang kipas dan halakan pada luka.

Dengan tangan yang bersih, picit hujung luka. Kalau tiada cecair yang keluar dan tidak sakit, ertinya luka sudah sembuh dan baik. Jika luka sembuh dengan baik, tiada halangan untuk berbengkung (asalkan jangan terlalu ketat).


Soalan-Soalan Biasa Yang Dikemukan Selepas Bersalin

1. Saya baru bersalin secara pembedahan 6 bulan lepas dan kini mengandung lagi. Adakah luka akan terbuka? Perlukah kandungan digugurkan?

Jawapan : Teruskan kandungan. Luka yang sudah sembuh dengan baik tidak akan terbuka. Anda akan bersalin 9 bulan lagi, jadi anda mempunyai waktu yang banyak bagi penyembuhan. Ini bukanlah alasan untuk gugurkan kandungan.


2. Berapa jarak waktu yang selamat selepas pembedahan untuk mengandung?

Jawapan : Tidak ada waktu yang tetap. 2 tahun merupakan waktu yang baik kerana bayi sudah habis menyusu dan ibu dapat berehat secukupnya.


3. Jika sekali telah melakukan pembedahan, adakah kehamilan yang seterusnya perlukan pembedahan juga?

Jawapan : Tidak. Tetapi kalau anda sudah menjalani 2 kali pembedahan, kehamilan yang seterusnya memerlukan pembedahan.


4. Berapa jumlah kelahiran sekiranya telah menjalani pembedahan?

Jawapan : Tidak dapat dipastikan dengan jelas. Bergantung kepada keadaan dalam perut ibu. Semasa pembedahan, doktor akan memberi nasihat. Jika baik keadaannya, kemungkinan boleh mendapat 4 atau 5 orang anak melalui pembedahan. Walau bagaimanapun, risiko tetap meningkat pada setiap kelahiran.


5. Bagaimana pula dengan hubungan seksual? Bilakah aktiviti ini boleh dilakukan?

Jawapan : Biasanya jahitan pada luka vagina sembuh dan darah nifas sudah kering bagi yang bersalin secara normal. Begitu juga dengan bersalin secara pembedahan. Perlu diingat, amalan perancangan keluarga penting ketika ini kerana tahap kesuburan adalah tinggi bagi mereka yang tidak menyusu sepenuh masa.

3 comments:

  1. salam.saya sudah 34hari melahirkan secara normal.dlm seminggu ni saya rs pedih bila buang air kecil dan bila saya lihat,ada jahitan yg terbuka(kulit luar).bila pgi klinik utk cucuk bayi sy minta nurse check,dan dia mengesahkannya.so far,dia bagi sy vitamin(obimin).saya ada la taruk manjakani pada luka tersebut.agak@ berapa lama luka tersebut akan pulih yer?ada ke cara lain utk cepatkan penyembuhan luka tersebut?
    terima kasih
    -nopi

    ReplyDelete
  2. saya selalu mengalami kesejukkan, sakit kepala dan mudah lupa . baru baru ni sya pergi berubat dan ambil ubat meroyan. dah msk 3 minggu saya mengambil ubat seperti herba. knpa saya msah la rasa sepeti sebelum sya berubat

    ReplyDelete
  3. Saya dah 15 hari melahirkan. Tetapi darah saya masih tak kering. Sekarang saya mengalami sakit perut yg teramat sangat. Sakitnya seperti senggugut. Apa punca sakit ini ye? Apa perlu saya buat?

    ReplyDelete