Morning Sickness adalah perkara biasa dalam 3 bulan pertama kehamilan. Mual, loya, muntah dan pening adalah sinonim dengan keadaan ini. Berikut antara tip dan panduan yang boleh membantu anda berhadapan dengan masalah ini.
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana akan mudah membuatkan anda mual lalu muntah.
- Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu mengatasi rasa mual, antaranya seperti roti dan kentang.
- Sewaktu bangun dari tidur terutamanya pada waktu pagi, jangan terus bangun secara tiba-tiba. Bangun perlahan. Duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum perlahan-lahan bangun dan berdiri.
- Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia hanya akan memburukkan lagi gejala morning sickness anda.
- Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. Minum air putih ataupun jus buah-buahan. Ini penting untuk memastikan tubuh mendapat air secukupnya. Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein.
- Jika anda mengalami mual dan muntah yang teruk hingga tidak boleh makan, berjumpalah dengan doktor. Ubat-ubatan seperti ubat tahan muntah mungkin dapat membantu anda.
- Anda boleh cuba amalkan minuman halia. Ini kerana halia diakui secara tradisi membantu rasa mual.
- Kurangkan berada di hadapan komputer. Papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda semakin menjadi.
- Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Anda boleh juga minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.
- Pakai baju yang longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual.
No comments:
Post a Comment