Perubahan hormon semasa hamil menjadikan tubuh mengalami pelbagai gejala dan simptom kehamilan. Antaranya ialah masalah kulit. Berikut tip dan panduan yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan masalah ini.
- Wajah Berminyak - Ada wanita ketika hamil tiba-tiba mengalami masalah kulit berminyak dan menjadikan wajah dipenuhi jerawat. Amalkan membasuh wajah secara rutin 2 kali sehari menggunakan pembersih yang tidak mengandungi sebarang pewangi ataupun alkohol.
- Pigmentasi - Ramai wanita menghadapi masalah ini ketika hamil dan selalunya ia akan hilang setelah anda melahirkan bayi. Anda boleh cuba menggunakan krim pelindung ultraviolet untuk membantu mengurangkan masalah ini.
- Kulit Kering Dan Gatal - Masalah ini disebabkan oleh kulit yang meregang akibat kandungan yang semakin membesar. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku, sebaliknya usaplah dengan kain lembut hingga hilang rasa gatal. Sapukan minyak bayi pada bahagian kulit yang kering untuk mengekalkan kelembapannya.
- Rekahan - Inilah masalah yang paling merisaukan wanita hamil kerana kesan rekahan ini tidak mudah hilang selepas melahirkan. Kawasan yang biasa berlaku rekahan adalah payudara, perut, paha dan pinggul. Rajinlah melakukan urutan menggunakan minyak atau pelembap yang sesuai di kawasan tersebut untuk membantu mengurangkan kesan rekahan ini.
- Urat Bersimpul - Timbulnya urat-urat halus di permukaan kulit berlaku kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat beban kandungan yang dibawa. Untuk mengatasinya, cuba elakkan berjalan kaki atau berdiri terlalu lama. Elakkan kaki berada dalam keadaan tergantung.
No comments:
Post a Comment